Yogyakarta (21 - 23 February 2017)

Sunday 21 May 2017


*now playing Ratusan Purnama

Plan ke Jogja makin menjadi jadi sejak ada ADDC2. Well siapa yang dah nonton movie tu memang tahu mostly diaorang shoot dekat area Jogja.

Kami plan ke Jogja untuk tahun 2017 & tix flt dah pun kami beli lama pada bulan Jun 2016 semasa free seat dengan harga RM37 sehala. Masa tu kami just beli tix sehala kerana mungkin kami akan pulang ke Kuala Lumpur melalui Bandung or Jakarta.

Plan ke Jogja pada asalnya hanyalah kami bertiga, saya , Haziq & Am. Disebabkan Haziq busy dengan class, jadi kami hanya pergi berdua sahaja.

& trip kali ini agak last mins untuk preparations iti semua. Rasanya sebelun sebelum flt, baru kami discuss iti untuk ke sana.

So after discuss & all, kami plan untuk balik ke KL melalui Bandung. Jadi, kami terus cari tix BDO-KL di Traveloka dengan harga RM230 after discounted RM200 per person.
Kami juga telah menempah tix train dari Jogja ke Bandung. Harga tix train berbeza mengikut masa, jenis koc & juga jenis kelas. Terdapat 3 jenis iaitu Executive, Business & Economy class. So untuk 8 jam perjalanan ini, kami telah mengambil train malam iaitu train MALABAR 99, business class yang berharga RM90 per person.

So ayuh liburan di Jogja & Bandung!

Kan bagus kalau nilai ni semua dalam RM hahaha

DAY 1

Sebelum sunrise lagi dah sampai hahaha 

Morning flight zzzz

Flt untuk ke Jogja dari KLIA2 mengambil masa selama 2 jam untuk sampai. Jadi kami memilih untuk mengambil flt pagi 9.30am. Flt ke Jogja pada masa itu sangat full.
Seperti biasa, flt attendant akan mengedarkan arrival card semasa perjalanan.


Kami selamat sampai di Adisutjipto International airport pada pukul 11.20am waktu Indonesia. Diingatkan lagi waktu di Jogja adalah lambat satu jap dari waktu Malaysia.


Helloooo Jogja !


Cuaca a bit gloomy pada waktu itu. Airport di Jogja agak kecik seperti di airport Kalibo.

Kami terus beratur untuk cop passport. Selepas settle untuk cop passport, kami terus menujuk keluar ke pintu besar. Seperti yang disangka, memnag ramai supir akan berada dia arrival hall menunggu tourist.

Disebabkan kami hanya pergi berdua, jadi kami mengambil keputusan awal awal lagi untuk menyewa motosikal sahaja. Mostly supir yang kami dapat untuk sebuah kereta berharga dalam IDR 500k-600k untuk 12 jam & itu tidak termasuk tips serta belanja makan untuk supir lagi.

Hotel kami berada berdekatan dengan Jalan Malioboro, jadi dari airport, kami terus mencari bus Transjogja untuk ke hotel kami. Kami terus mencari information board untuk maps bus Transjogja.

Kami hanya berjalan kaki untuk ke bustop Transjogja dari arrival hall lebih kurang 800 meter. Di sini mereka memanggil ‘halte’ yang bermaksud bustop.


Halte


Kami terus ke halte yang paling dekat di aiport. Sebelum itu, kami ingin ke station train Jogja terdahulu untuk mendapatkan boarding pass. Jadi kami membeli tix bus mengahal ke hentian Jalan Malioboro yang berharga IDR 3500 per person.

Perjalan mengambil masa lebih kurang 30 mins. Di dalam bus tersebut, saya sempat bertanya kepada local people untuk ke station train Jogja & hentian mana yang terdekat untuk ke sana. Mereka semua sangat friendly & memberi tahu hentian mana yang patut kami turun.
Station train Jogja



Sampai di satu hentian, kami turun untuk ke station Jogja. Jarak antara station Jogja & Jalan Malioboro sangat dekat. Apabila kami sampai di station Jogja, kami masih tidak boleh print lagi boarding pass train kerana untuk print boarding pass sekurang kurangnya 12 jam sebelum waktu train berlepas. Jadi kami meneruskan perjalanan ke Jalan Malioboro & menuju ke hotel.

Jalan Malioboro

30'C

Sebelum tu kami mencari simcard simPATI dulu bersebelahan mall Malioboro. Simcard berharga IDR 70k.




Selepas selesai beli simcard, kami terus meneju ke hotel kami yang terletak di Jalan Mataram di belakang Jalan Malioboro. Seperti biasa kami sudah booked hotel awal awal lagi. Jadi kami booked Hotel Pules di booking.com. Hotel di Jogja kami hanyalah untuk satu malam sahaja.

Harga untuk standard romm including breakfast adalah RM110. Jadi kami bahagi 2, & seorang jatuh kepada RM55 sahaja.

Hotel Pules sangat selesa & staffnya sangat friendly. & tempatnya juga sangat strategic kerana berdekatan dengan Jalan Malioboro, hanya jalan kaki lebih kurang 5 mins sahaja.
Selesai check in, kami mandi & keluar untuk mencari makan.




Kami terus menuju ke Jalan Malioboro kerana disana terdapat banyak gerai serta restaurant yang sedap sedap. As usual bila dah sampai di negara orang, makanan local yang wajib kita rasa dahulu.

Kami makan di gerai yang menjual bakso. Mostly di sini makanan semua halal. Bakso asli Indonesia sangat sedap & hanya berharga IDR 12k sahaja. Untuk lunch kali ini sy menghabiskan dalam IDR 30k sahaja.


Bakso


Ada saya terbaca review, jika ingin makan di gerai tepi jalan, lebih baik cari gerai yang bersih & kalau boleh elakkan untuk minum minuman ber-ice kerana takut sakit perut. Jadi, saya siap siap beli Evian di mini mart sepanjang di sana.

Selesai lunch, kami terus bersiar siar di sekitar Jalan Malioboro yang sangat famous dengan shopping & barang semua murah murah.
Banyak baju kemeja batik dari harga serendah IDR 20k hinggalah ratusan ribu. Depends on materials nya.




Saya menghabiskan shopping lebih kurang IDR 200k termasuk souvenir Jogja.
Hari jutga hamper petang & kami pulang ke hotel. Sebelum pulang kami singgah di kedai Bakpia Citra untuk membeli sekotak bakpia. Terdapat banyak flavors di sini. Mostly ramai yang review untuk mencuba Bakpia 25 tapi kami try rasa Bakpia Citra kerana Bakpia Citra ini sedikit mahal & premium quality. Tak kisah untuk bayar lebih tetapi puas hati bila kita makan kan?

Ternyata memang sedap & puas hati. Kami cuba bakpia berintikan keju. Harga untuk sekotak bakpia adalah IDR 50k.


Yes


Kami terus pulang semula ke hotel untuk berehat.
Plan untuk ronda ronda di Jogja hanya dengan motosikal, disebabkan cuaca agak gloomy & hujan, jadi kami terus booked kereta sewa.



View dari bilik hotel kami


Kereta sewa lepas kunci bermaksud kereta sewa yang kami pandu sendiri without  supir. Lagi jimat, lagi mudah tidak terikat. Harga untuk sebuah kereta sewa yang disewa selama 24 jam adalah IDR 350k sahaja. Jadi kami bahagi dua jatuh kepada IDR 175k seorang. Deposit untuk sewa adalah sebanyak IDR 500k.


Saya deal dengan Anisa Transport semasa di Malaysia lagi. Harga yang saya dapat adalah harga student so syaratnya adalah anda perlukan Student ID & passport & mereka akan pegang dua dua document tersebut sehinggalah selesai pemulangan kereta sewa tersebut.
Pihak Anisa Transport akan menghantar kereta sewa tersebut dihadapan hotel kami. Servis sangat bagus. Lupa nak snap gambar kereta sewa sebab dah lapar sangat haha.


Selesai kereta sewa dihantar, kami terus keluar untuk mengisi petrol siap siap pada malam tersebut. Kami mengisi petrol sebanyak IDR 200k. So seorang IDR 100k.
Kami terus ke Legian Restaurant yang terletak di hadapan Ibis Hotel di Jalan Malioboro. Untuk makan malam, kami try nasi Gudeg. Harga untuk makan malam kali ini saya menghabiskan sebanyak IDR 80k.





Gudeg


Selepas makan malam, kami terus ke Alun Alun Kidul. Perjalanan kali ini banyak menggunakan waze kerana kereta kami yang pandu sendiri.

Park kereta di Alun Alun Kidul berharga IDR 3k sahaja. Alun Alun Kidul sangat meriah pada waktu malam dengan kereta basikal berlampu neon. Terdapat juga deretan gerai makan di situ. Hari semakin malam & kami terus pulang ke hotel semula.





Sampai di hotel, kami discuss untuk destination hari esok. Peta & plan sudah saya siapkan awal awal.

Memandangkan dah ada kereta sewa yang dipandu sendiri, jadi kami mengambil keputusan untuk ke Punthuk Setumbu untuk sunrise pada awal pagi esok.
Kami terus packing & tidur.


End of day 1.





DAY 2

Kami check out awal pada pukul 4 pagi. Kami terus menuju ke Punthuk Setumbu yang lebih kurang 1 jam perjalanan dari Kota Jogja. Sunrise di sini sangat awal seawal 5.30 pagi.


Tugu Jogja


Kami berpandukan waze sepanjang perjalanan. Hari masih gelap. Untuk ke Punthuk Setumbu, kita akan melalui candi Borubudur. Untuk trip kali ini, kami tidak pergi ke candi Borubudur kerana kekangan masa yang singkat di Jogja.


Waze sangat membantu di sepanjang perjalanan. & berhati hati jika memandu sendiri di Jogja, kerana traffic nya sangat sesak & motosikal merata rata.

Kami sampai di Punthuk Setumbu pada pukul 5.10 pagi. Selesai park kereta, kami disapa oleh local people sebagai guide di sana. Kami menolak secara baik kerana kami ingin ke atas dengan sendiri. Guide tour tu agak mahal IDR 70k.


Jadi kami terus ke entrance untuk membeli tix. Harga untuk tix foreigner di Puntuk Setumbu adalah sebanyak IDR 30k per person. Saya ada terbaca review, jika anda mengambil supir, mungkin supir boleh dapatkan entrance tix dengan harga local di sana.
Untuk ke puncak Punthuk Setumbu, anda perlu mendaki tangga yang agak jauh maybe dalam lebih kurang 10-20 mins berjalan kaki. Depend on stamina anda bagaimana.


Sesampai kami di atas, hari mula terang & sunrise muncul. View di sini sangat cantik berlatarkan gunung merapi, gereja ayam serta candi Borubudur.













Kami mengabiskan masa di sini hampir 2 jam.
Kami terus turun kebawah semula & pulang ke Kota Jogja semula untuk breakfast. Park kenderaan disini dikenakan IDR 3k. Perjalanan semasa pulang ke Kota Jogja sangat mengujakan. Banyak sawah padi rupanya di sekitar Punthuk Setumbu ini. Yelah kan pagi tadi semasa perjalanan pergi hari masih gelap jadi tidak nampak apa apa.





Entrance Candi Borobudur 

Hello Kota Yogyakarta


Kami terus ke gerai di sekitar Jalan Malioboro sekali lagi untuk breakfast ayam penyet.
Selepas breakfast, kami terus ke air terjun Kedung Kandang yang terletak lebih kurang 1 jam perjalanan dari Kota Jogja.


Original ayam penyet yesss

View sepanjang jalan menuju ke sana memang sangat cantik. Jalan berbukit seperti Cameron Highland, jadi silalah pandu berhati hati.

Kami sentiasa menggunakan waze sepanjang perjalanan. Air terjun kedung kandang ini terletak agak jauh di bahagian pendalaman kampong. Sesampai kami di kampung, line internet terus tiada, jadi kami sesat sebentar. Jangan risau penduduk kampung di sini sangat baik hati & tanya saja arah untuk ke situ.





Selepas beberapa minit, kami sampai di air terjun kedung kandang. Hanya kami berdua pada masa itu, jadi kami terus beli tix dengan seorang pakcik di situ. Harga untuk seorang dikenakan sebanyak IDR 3k dan parking berharga IDR 1k.



Ada dua air terjun, kami ke kedung kandang dahulu


Tanpa melengahkan masa lagi, kami menuju ke bahagian lereng bukit untuk turun ke air terjun. View sangatlah cantik. Untuk ke sini, stamina kena kuat actually, disebabkan kami main redah je, so nak tak nak terpaksa la. Make sure pakai kasut kerana kamu akan turun lereng bukit melalui batu batu air terjun yang sangat licin. Overall track untuk turun lereng bukit sangat mencabar.








Sepanjang perjalanan terdapat anak panah iaitu direction untuk ke air terjun tersebut yang terletak jauh di bawah.






Hampir 45 mins juga kami menuruni lereng bukit & tadaaaa dah sampai ke kawasan air terjun kedung kandang.




Kami menghabiskan masa selama 30 mins di situ & pulang mengikut arah yang di tetapkan. Jalan untuk keluar berbeza dari jalan yang masuk tadi.
Bayangkan jalan keluar kami perlu mendaki bukit bukit di air terjun tu dengan menggunakan tali?! Fuhhh sangat mencabar & agak merbahaya jadi berhati hati sepanjang anda berada di situ.

Sampai di kereta, kami berehat sebentar.
Kami meneruskan perjalanan menuju ke Hutan Pinus. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 25 mins sahaja.


View sepanjang perjalanan

Dalam perjalanan tersebut, kami sempat singgah di Taman Batu Watuamben. View sangat cantik di situ. Kami berehat di sana agak lama juga.







Kami terus menuju ke Hutan Pinus Asri. Tidak di kena kan bayaran untuk masuk, hanya bayar IDR 3k untuk parking kereta.

Cuaca pada masa itu agak gloomy & hujan renyai tapi tidak lama.Kami menghabiskan masa di sana hampir setengah jam.







Selesai di Hutan Pinus, kami meneruskan perjalanan menuju ke Kebun Buah Mangunan yang terletak lebih kurang 5 mins dari Hutan Pinus Asri.

Untuk entrance fee kali ini, kami dikenakan bayaran sebanyak IDR 5k seorang & parking berharga IDR 3k. Cuaca sangat panas pada masa ini, padahal tadi gloomy & hujan renyai.
Untuk ke Kebun Buah, lebih bagus jika pergi waktu pagi untuk sunrise. Tapi atas kekangan masa, jadi kami tak sempat untuk sunrise di sini.









Selepas itu, kami menuju ke Jurang Tembelan yang terletak bersebelahan dengan kebun buah. Entrance free tapi kena bayar untuk parking sebanyak IDR 3k.







Kami terus menuju ke Pantai Parangtritis untuk sunset. Di sini sekali lagi kami dikenakan IDR 3k untuk parking. View di sini sangat cantik, seakan akan view di pantai Aonang yang berlatarkan bukit di penjuru pantai. Pasir di sini juga sangat bersih, halus & berwarna hitam.






Plan untuk ke Gumuk Pasir untuk sandboarding tak jadi, kerana kami ingin rushing pulang ke Kota Jogja semula.

Kami terus menuju ke Kota Jogja untuk early dinner di Bu Ageng. Restaurant Bu Ageng terletak di Kota Jogja & makanan nya semua sedap sedap & murah. Ada scene di dalam AADC2.








Train malam untuk ke Bandung bertolak pukul 11 malam, dan kami masih ada masa untuk bersiar siar lagi, jadi kami terus ke station Jogja untuk print boarding pass.

Selesai print, kami ke Sellie Coffee. Sellie Coffee juga ada terdapat dalam AADC2 scene.








Kami sempat ke Jalan Malioboro sekali lagi untuk last mins shopping.

Selesai semuanya, pihak Anisa Transport telah tunggu kami di station Jogja pada pukul 10 malam. Kami memulangkan semula kereta sewa & terus ke dalam station untuk menunggu train ke Bandung.


Jumpa di Bandung !!


Do email me for more info ; irfannshazwan@yahoo.com


BUDGET LIST DOWN PER PERSON;
THINGS
PRICES (RM & IDR)
FLIGHT TICKETS KUL-JOGJA
RM 37
HOTEL
RM 55
TRAIN JOGJA-BANDUNG
RM 90
SIMCARD
IDR 70 K
TRANSJOGJA BUS AIRPORT TO HOTEL
IDR 3.5 K
MEALS
IDR 150 K
WISATA & PARKING FEES
IDR 100 K
CAR RENTAL
IDR 175 K
PETROL
IDR 100 K
TIPS
IDR 100 K
SHOPPING
IDR 350 K
OTHERS
IDR 200 K
TOTAL
RM 182 + IDR 1,248,500


RATE
1 JUTA =  RM 330
IDR 1,248,500  = RM 412.05
**RM 182 + RM 412.05

= RM 594.05

No comments:

Post a Comment

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS