Manila, Phillipines ( 2 October - 6 October 2018 )

Saturday 6 July 2019





Manila, Philippines.

Mabuhay Manila. Kali kedua jejak kaki ke Philippines selepas Boracay. Plan nak ke Manila hanya untuk pergi concert Sam Smith yay. As usual, trip kali ni pun pergi dengan my aunty. Tix flight kami beli 3 minggu sebelum sebab masing masing busy dengan kerja sampai tak sempat nak check tix flight. Flt kami beli dari apps Skyscanner, KUL-MNL (Airasia) & MNL-KUL (Cebu Pacific) dengan harga RM 580 seorang.


DAY 1

Flight Kuala Lumpur ke Manila mengambil masa dalam 4 jam perjalanan. Flight dari KUL bertolak dalam pukul 10.30 pagi. Kami selamat sampai di Ninoy Aquino International Airport pada pukul 3.30 petang waktu tempatan. Waktu Manila sama macam Malaysia.


Sampai di airport, kami tunggu dalam 10 minit untuk collect luggage. Settle ambil luggage, kami terus menuju keluar untuk cari simcard. As usual simcard dekat airport memang senang nak cari. Package untuk simcard kali ni berharga 600 PESOS untuk 7 hari.

Outside aiport

Selesai beli simcard, kami terus ke arrival gate & book Grab untuk ke apartment kami di Taft Avenue Vista Taft yang terletak di daerah Malate. Waktu peak hour di Manila sangat menggila.

Kami book Grab & tunggu hampir 20 mins di arrival gate. Maybe semua nak balik kerja time tu waktu pun dah pukul 4.30 petang plus hujan renyai. Sampai Grab, kami terus gerak menuju ke apartment.

Grab ikut laluan highway nak elak jam, so toll akan tambah dalam fare kita sama macam kita guna Grab dekat Malaysia.



Actually jarak airport dengan Vista Taft ni hanya dalam 10km tapi amik masa almost 2 jam perjalanan sebab terlalu sesak.



Sampai di Vista Taft, kami terus ke lobi. Actually Vista Taft ni condominium, jadi kami tempah awal di Booking.com dengan harga hanya RM280 untuk 4 malam. Sorang hanya RM140 sahaja. Puas hati bilik luas & paling penting bersih.



Untuk hari pertama kami tak keluar berjalan sebab penat & hari dah malam. Kami keluar lepak di Starbucks bawah & beli snacks di mini mart.

View dari bilik kami




DAY 2

Hari kedua kami siap siap breakfast dalam bilik. Cuaca agak panas & kami plan untuk ke Intramuros. Dekat sini lah yang ada Fort Santigo.



Untuk ke sana, kami naik metro train yang terletak berdekatan dengan hotel. Tak jauh pun, jalan kaki dalam 3 minit dah sampai station Vito Cruz. Jangan risau public transport dekat Manila ni banyak ada Grab, metro, jeepney, bus & tuktuk.

Goodmorning Manila

Saya tak sure dekat Manila ni metro diaorang ada guna card touch & go atau tidak. Kami beli ticket di kaunter sahaja. Bagitahu station mana nak turun dekat kaunter, nanti di bagitahu harga. Harga ticket macam biasa tak mahal pun sama macam harga train dekat KL.

Train Map Manila


Train dekat Manila pun selesa. Cuma dinasihat kan bag tu sila pegang elok elok sebab ada banyak kes pick pocket kan so hati hati bila naik public transport ni.




Turun station Vito Cruz, kami sesat sekejap. Tanya orang dekat sana jalan untuk ke Intramuros. Jalan kaki dalam 15 minit dah jumpa pintu gerbang kota Intramuros.



Actually Intramuros ni besar. Dia ada map untuk tempat tempat wajib bila sampai di sini. Kalau penat nak jalan, ada kereta kuda boleh naik. Tapi kami jalan kaki je sekitar situ.

Map Intramuros 

First pit stop mestilah Starbucks sebab jalan jauh penat haus haha. Building Starbucks dekat Intramuros ni cantik.



Next, kami terus jalan kaki menuju ke Fort Santiago. Harga ticket masuk hanya dalam 50 PESOS. Luas juga dalam ni.Pintu gerbang sini pun ala ala dekat Afamosa Melaka. Banyak sejarah yang ada dekat sini, jadi sebelum datang ke sini, korang boleh buat research sikit pasal sejarah ni.





Dekat Fort Santiago ni pun ada sejarah pasal Jose Rizal & ada penjara dia. Kami spend almost 2 jam dekat sini.





Lepastu kami terus jalan kaki lebih kurang 10 minit untuk ke Rizal Park. Meriahhh taman ni time petang. Ramai family bawa anak anak diaorang dekat sini. Ada macam macam aktiviti diaorang boleh buat dekat sini tapi mostly diaorang akan enjoy sunset & lepak lepak.





Hari dah malam, kami terus ke mall Robinson Place. Jalan kaki dalam 10 minit je dah sampai. Mall ni pun besar & meriah. Kami ke sini untuk makan malam. Banyak restaurant fast food ada dekat sini.



Robinson Place ni agak jauh sikit dengan train station. Jadi, kami naik tuktuk untuk ke train station. Train station yang berdekatan dengan mall ni adalah station Pedro Gil.

Kami sampai di hotel & rehat. Sempat pergi swimming jap. Tidur awal sebab esok nak collect energy nak pergi ke Enchanted Kingdom.


DAY 3

Yay harini kita spend whole day di Enchanted Kingdom theme park! Kami keluar hotel awal pagi sebab nak kejar bus untuk ke sana. Tengok map agak jauh sebab Enchanted Kingdom ni daerah lain. So naik bus makan masa dalam 2 jam untuk sampai.

First, kami naik train di station Vito Cruz & turun di station Gil Puyat. Satu station je tak jauh pun. Di station Gil Puyat, ada banyak bus untuk ke daerah di merata Manila. Nama terminal ni ialah Buendia.

Jadi, kami terus cari port bus JAC LINER bus untuk ke BALIBAGO. Jangan risau, setiap bus akan paparkan tempat tempat untuk berhenti. Naik bus tu & bagitahu driver nak turun di Waltermart Sta. Rosa. Harga ticket sehala hanya dalam 80 PESOS.

Bus sangat selesa & sejuk. Perjalanan ambil masa lebih kurang 2 jam sebab pagi pun jam dia boleh tahan. Make sure kita kena alert pit stop kita. Tapi kitaorang dah bagitahu driver tu nak berhenti dekat Waltermart & dia tahu kami pelancong so bila dah sampai dekat pit stop tu, dia alert kitaorang dah sampai.

Kami turun di pit stop tu dan waktu masih pukul 9.20 pagi. Enchanted Kingdom ni buka pukul 10 pagi. So kami jalan dulu di Waltermart mall dulu. Rupanya kami perlu jalan kaki lagi dalam 10 minit untuk sampai ke Enchanted Kingdom.




Ticket kami dah beli awal awal dalam apps KLOOK dengan harga RM50 seorang. Senang beli siap siap & scan je barcode tu, malas nak beratur panjang nak beli ticket.

Fun day todayyyy


Tepat pukul 10 pagi, theme park buka & agak ramai orang padahal ni weekdays ni. Banyak rides yang best dekat sini dari kanak kanak sampai lah dewasa. Wajib naik rollercoaster bila dah sampai sini. Kami spend whole day sampai petang dekat sini. Meriahh!



Waktu dah petang, kami terus jalan kaki ke bus station yang berhampiran. Actually kitaorang sesat sebenarnya, so terpaksa la jalan kaki jauh sikit dari Enchanter Kingdom menuju ke Balibago - Sta. Cruz Van Terminal.



Sampai di terminal, kami cari bus yang sama iaitu bus JAC LINER untuk pulang ke Buendia Terminal Manila. Perjalanan agak lama sebab dah petang so memang jam teruk.

Kami selamat sampai di terminal Buendia pada pukul 8 malam. Sampai hotel pengsan, mandi mandi & pergi lepak dekat cafe Coffee Project bawah hotel je.




DAY 4

Pagi harini kami ke area station Carriedo untuk cari souvenir. Dari hotel as usual kami naik train di station Vito Cruz & turun di station Carriedo. Area sini sangat padat dengan orang, jadi hati hati jaga bag.

Area sini banyak local people jual souvenir, kena pandai bargain & cari kedai. Area ni pun salah satu pasar pagi untuk penduduk dekat Manila ni. Sebab tu ramai orang masa kami sampai tu.

Selesai beli barang, kami pulang ke hotel & bersiap untuk ke Mall of Asia Arena. Konsert Sam Smith start pukul 8 malam, so kami ada masa untuk rehat di hotel dulu. Penat semalam tak habis lagi.

Kami gerak dari hotel dalam pukul 6 petang. Tak jauh mana pun cuma takut jam lagi. Kami book Grab untuk ke sana.

Sampai di sana, kami terus beratur untuk masuk ke konsert. Sempat lagi kenal dengan sorang kawan perempuan Manila dekat sini. Dia baik sangat & English dia fluent so tak ada masalah untuk kami borak sebelum konsert start.








Selesai konsert, kami terus jalan kaki ke McD berdekatan Mall of Asia. Ingat nak jalan dalam tu tapi mall dah tutup sebab dah lewat. Make sure sampai Manila, korang datang mall terbesar dekat Asia ni, tapi kami tak sempat nak jelajah mall ni.



Kami balik ke hotel dengan taxi sebab Grab dah tak ada malam tu. Range harga Grab & taxi pun almost sama. Make sure cari taxi yang bermeter so kita tak kena tipu.


DAY 5

Last day harini kami tak buat apa pun. Just rehat & check out hotel pukul 12 tengahari. Kami terus ke airport dengan Grab. Flight balik ke KL pukul 8.50 malam. Kami sampai dekat airport dalam pukul 2 petang. So mereput la nak tunggu flight malam. Plan nak keluar airport tapi tk berani sebab takut jam nanti tak sempat sampai semula.

Selesai check in dekat kaunter Cebu Pacific, kami terus lepak di McD sementara tunggu flight malam.

Kami selamat sampai di KLIA2 pukul 12 malam. So far naik flight Cebu Pacific best 9/10 stars!


BUDGET LISTDOWN PER PERSON;
THINGS
PRICES (RM & PESOS)
FLIGHT TICKET RETURN
RM 580
HOTEL
RM 140
SIMCARD
600 PESOS
INSURANCE
RM 26
TRANSPORT ALL IN
RM 100
ENCHANTED KINGDOM
RM 50
SHOPPING
2000 PESOS
MEALS
1000 PESOS
OTHERS (RM)
RM 200
OTHERS (KRW)
1000 PESOS


RATE

4,600 PESOS          = +- RM 460
RM 460 + RM 1096
RM 1,556



 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS