Perth, Western Australia (13-18 November 2016)

Saturday 11 March 2017

Perth, Western Australia.

After balik dari Boracay, one of my best friend suddenly ajak untuk ulang lagi trip ke Koh Lipe, Thailand. Kami plan next trip bulan Nov. Bulan Nov im not sure cuaca dekat sana rasanya still monsoon. Okay so cancel Koh Lipe. Next try cari tix flt ke Bali pula. Mostly semua cecah almost 500+ maybe sebab bulan Nov dah start cuti sekolah. Okay cancel Bali. So kita cari flt ke Bandung pula. Harga pun almost the same dengan Bali. Kitaorang plan untuk budget destination kali ni huhu.


Lepas dua tiga hari, kami cari lagi tix flt yang murah untuk our next destination. Cari punya cari, tetiba terpikir untuk ke route Australia. Okay so kitaorang terus tengok tix ke Perth. Wow not bad, kitaorang dapat dalam rm650 return AAX not more than rm700. Well, nak tak nak alang alang pergi je la.


Kitaorang prepare everything around less than 2 months. Paling sakit time ni currency dah makin menaik. First tukar $1= rm3.05 lepastu kali kedua tukar lagi terus naik rm3.35. Pengsan sekejap.
Mostly kami study some on the itinerary dekat sini :
-   (The Voket)
-   (Mada's World)
-   Group facebook ( Tips Cuti Cuti Perth )sangat membantu

So lets go !



Day 1


Flt kami pagi pada pukul 10.10 am D7 232. Kami dah siap print boarding pass, but dekat tix tu dia akan tulis ‘this is not your boarding pass’ So what you have to do, pergi counter check in untuk dapat kan lagi boarding pass yang sah. Ini kerana Australia menggunakan visa, so ground staff Air Asia akan double check visa & akan reprint new boarding pass. Make sure datang awal sebab mmg ramai beratur untuk pengesahan document visa ini di counter check in.


Untuk visa, kami beli melalui agent dengan harga RM20 sahaja per person. Ini butiran beliau. Sangat recommended.


Visa dah ready !


Untuk insurance saya ambil AXA yang berharga RM40 (Insurance)


Boarding pass yang dah ditukar


Fav doughnut 


Selesai check immigration semua, kami terus ke boarding gate. Tak sangka agak ketat juga nak ke Australia ni. Maybe sebab ramai sangat orang Malaysia ke sana untuk bekerja. Di boarding gate aka nada polis yang jaga & akan tanya kita tujuan untuk ke Australia. So memang kami nak holiday jawab saja nak bercuti selama beberapa hari.


Flt KL-Perth mengambil masa selama 5 jam menaiki Air Asia X. Well sepanjang jalan apa lagi, kami habiskan dengan tidur. Bangun tidur dua kali tak sampai sampai. Seperti biasa, flt attendant akan mengedarkan arrival card.


Flt sampai di Perth pada pukul 3 petang. Waktu Perth & Malaysia adalah sama cuma di sana akan terang awal sama macam di Sabah Sarawak.


Kami terus menuju ke immigration. Sementara beratur di immigration, kami sempat lagi berkenalan dengan orang Malaysia. Mostly mmg ramai orang Malaysia untuk melancong ke Perth. Wifi airport sangat laju ya.


Setelah lepas immigration, kami terus menuju ke bawah untuk final check. Di sini sangat ketat kerana setiap makanan yang dibawa akan di check. Jadi untuk memudahkan kerja, kami awal awal lagi dah asingkan bag untuk makanan sahaja. Kami bawa paket instant Brahim’s sahaja. Alhamdulillah memang lepas.


Selepas itu, kami terus keluar untuk mencari simcard di dalam airport Perth. Mostly orang akan recommended untuk mengambil simcard Optus yang berharga $10 untuk 5 hari. Malang nya semasa kami sampai di situ, servis down. So kami pilih simcard Vodafone yang berharga $15 untuk 10GB. Not bad line sangat laju.


$15


Selesai beli simcard, kami ke satu information corner untuk collect semua brochure activity yang menarik di Perth.
Kami memilih untuk tinggl di hotel yang berbeza sepanjang 6 hari di sini. Untuk 3 hari awal kami memilih untuk tinggal di Wombat Backpackers yang terletak di Hay Street.

Di sini ada dorm. Jadi, kami terus memilih untuk booked private room untuk 2 orang sahaja. Agak mahal sedikit tetapi selesa bagi kami. Kami kurang gemar jika tinggal di dorm yang bercampur dengan tourist lain.


Harga private room untuk 2 orang adalah $56 untuk satu malam. Jadi kami booked untuk 13-16 Nov. Untuk hostel ni, saya hanya bg 5 over 10 stars. Boleh baca review di booking. com ya nanti haha.


Saya saran kan agar anda stay di hostel@hostel yang berada di area CDB (central business district)Ini kerana terdapat banyak bustop untuk free bus iaitu CAT Bus.



Map free CAT bus



Jadi untuk ke Wombat Backpackers dari airport, kami mengambil bus TransPerth yang bernumber 308 yang berharga $4.60. Bus akan berhenti di Elizabeth Quay. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 mins. Boleh refer di Transperth (Transperth)



Hello Perth


Perth International Airport


My bestfriend since standard 3


Sampai di Elizabeth Quay, kami terus mencari free CAT bus untuk ke hostel. Laluan CAT bus untuk ke hostel kami adalah RED bus line. Dari Malaysia siap siap ya print out map untuk route CAT bus ni. Senang sampai di sana terus cari.


Kami menaiki BLUE bus line & berhenti di bustop no 14. Jalan kaki sedikit melintas sebelah jalan, kami tunggu untuk menaiki RED bus line untuk ke hostel. Kami akan berhenti di bustop no 29 Queens Garden untuk ke Wombat Backpackers.


Sepanjang perjalanan saya dapati every each of person yang turun atau naik free CAT bus ni sangat sangat polite & friendly. Setiap kali passengers keluar, mereka akan ucapkan thank you kepada driver bus tersebut. Sangat polite.


Sesampai di bustop number 29, kami perlu berjalan kaki lebih kurang 3 minit untuk sampai ke Wombat Backapckers. Waktu dah menunjukkan pukul 4.30 petang. Jadi kami terus check in dan masuk bilik. Untuk deposit kamu kena sediakan $20 sahaja untuk satu bilik. Jadi total untuk private room untuk 3 malam berharga $168 untuk dua orang, so seorang hanya bayar $84 (Wombat Backpackers)


Hello


Bilik kecik tapi okay la



Di sini terdapat dapur untuk anda masak. Complete dapur, peti ais, microwave semua ada dibahagian basement hostel ini. Jadi kami terus ke dapur untuk panaskan Brahim’s yang kami bawa.


Tadaaaaa 
Chef of the day




Semua masak sendiri puas hati


Pukul 5 pm mostly kedai dah banyak tutup. Mereka memang tutup awal, so yang buka hanyalah shopping mall.
Waktu free CAT bus juga akan berakhir lebih kurang pukul 7 malam macam tu. Jadi kami sempat untuk menaiki free CAT bus untuk ke Murray Street. Kami keluar untuk beli snacks di Woolworths di Murray Street.


Woolworths di Murray St


Di Woolworths barang dapur sangat murah & banyak pilihan. Pilih saja semua jenis ada di sana. Strawberry, buah buahan & sayur semua fresh fresh. Kami berbelanja lebih kurang $30 untuk makanan di sini.



My fav


Fresh strawberry


Nuts


Walnuts


Yang ni paling fav



Setelah selesai, kami terus pulang dengan berjalan kaki ke hostel kami. Agak jauh juga Murray Street dengan hostel kami lebih kurang 3 km, tapi tak terasa penat sebab cuaca malam tu hanyalah 17c.


Sejuk


Kami terus balik ke hostel & tidur. End of day 1.




DAY 2


Im excitedddddddd for day 2 ! Harini kita akan pergi ke Caversham Wildlife Park. Nak jumpa kangaroo yayy. Kami breakfast di hostel dahulu sebelum keluar. Untuk ke Caversham route agak jauh jika menaiki public transport.


Goodmorning


Blue skies


8 am



Kami keluar pada pukul 8 pagi. Seperti biasa kami akan ke free CAT bustop di no 29 Queens Garden & akan berhenti di bustop no 10 Forest Place. Anda perlu melintas jalan untuk ke Perth Station. Jangan pergi  ke Perth Underground ya. Sampai di Perth Station, beli tix sehala untuk ke Basseandean Station iaitu di Zone 2 yang berharga $4.60 untuk seorang. Jika anda confuse, sila Tanya di information counter ataupun local people di sana. Mereka tersangat la friendly & membantu.
Perth Station


Platform 7






Perth Station

Train tix


Sampai di Bassendean Station, anda perlu keluar dari station untuk ke bustop yang ber number 955&956 & turun di Whiteman Park. Anda tidak perlu untuk membeli tix bus lagi, tunjuk sahaja tix train tadi kepada pemandu bus tersebut. Be alert untuk turun di Whiteman Park, ataupun cakap saja kepada pemandu bus tersebut untuk berhentikan anda di sana.



Di Bassendean Station


Bustop 955&956


Kami sampai di Whiteman Park pada pukul 11 pagi, terdapat satu pondok telephone untuk ke Caversham Wildlife Park. Call sahaja di situ & ada staff Caversham akan dtg untuk menjemput anda. Jika jalan kaki agak jauh untuk masuk ke entrance Caversham.


Hello Whiteman Park












Entrance fee untuk masuk ke Caversham Wildlife Park berharga $28 per person untuk adult. Agak mahal but really worth it. Kami menghabiskan masa di Caversham sehingga pukul 3 petang. Terdapat pelbagai show di sana. Cuma alert dengan masa show.


Omey omeyyy


Di sini terdapat satu zone dimana semua kangaroo bebas untuk kesana sini. Anda boleh feed kangaroo secara percuma. Dinasihatkan datang awal pagi untuk feed kangaroo kerana mereka lapar pada awal pagi.



Banyakkkk Kangaroooo


Mostly 90% orang Malaysia ada dekat sini hahaha


White Kangaroo


Possum


Inilah dia Wombat


Koala malu la


Amik gambar pun kena beratur 20 mins haha


Lets feed them !



Selesai di Caversham, kami meminta staff Caversham untuk menghantar kami semula ke pondok telephone tadi. Sampai di pondok telephone, kami terus melintas jalan untuk ke bustop. Tunngu bus 955&956 untuk ke Basssendean Station semula. Di sini anda perlu sekali lagi membeli tix yang berharga $4.60.


Sampai di Bassendean Station, anda tidak perlu lagi untuk membeli tix train untuk pulang ke Perth Station.


Kami terus ke Murray Street untuk window shopping pada petang itu.

Pada waktu malam, kami banyak menghabiskan masa di hostel kerana penat berjalan satu hari. End of day 2.





DAY 3



As usual, breakfast dulu di hostel. Tapi tak nak breakfast berat berat sbb kita nak makan fish & chip hehe.
Wuhuuu kita kan spend time di Fremantle ! Yayy. Okay untuk ke Fremantle kita akan naik train di Perth Station juga.
Kami keluar hostel lewat sedikit pada pukul 11 pagi. So sampai di Perth Station, terus beli tix Zone 2 untuk ke Fremantle yang berharga $4.60. Jgan risau terlepas station kerana station Fremantle adalah station terakhir.



View dalam train


So pretty


Fremantle Station



So hello Fremantle. 

This small town sangat fresh sangat tenang & seriously im in love with it. InsyaAllah kalau next trip maybe akan stay satu malam di sini. Kami sampai disini around pukul 1 tengahari. Cuaca sangat windy & memang best sangat vibes around here.
Actually ada juga free CAT bus dekat Fremantle ni tapi kami tak naik pun. Just jalan kaki sahaja.


Langit biru memang cantik


Tenang je town dia


Old building everywhere


Cantik kan?



Tujuan utama kitaorang ke Frementle adalah untuk lunch fish & chip yang sedap tu. Mostly kami hanya jalan kaki je sekitar Fremantle ni. Sambil sambil boleh tengok building yang cantik & unik.
Kami terus ke Kaili's iaitu restaurant fish & chip tu. Ada Kaili's & Cicerello's. Got my fish & chip + diet coke total $23


Di hadapan Cicerello's


Yay finally ! Kaili's




Beratur untuk order


Fresh fresh fresh


Banyak menu so boleh pilih mana yang nak rasa


Haziq ambil tuna chip dengan harga $13. Nak tambah sauce kena charge $0.50 untuk satu packet.
Kami menikmati fish & chip di bahagian luar restaurant berlatar belakang kan view laut. Fuhhh the best ! Banyak seagull di siniso berhati hati dengan makanan anda.


Haziq punya


Its mine !


Table outside resturant


Tuna Chip apa entah tapi tak sedap sangat hahaha


My fish & chip lagi sedap hehe


Nyanyi lagu camar yang pulang


Habis makan, kami terus ke Bathers Beach berdekatan dengan restaurant tersebut. Pantai ni boleh mandi, tapi mostly orang yang datang ke sini tidak mandi di sini.



Bather's Beach House


Panasnya matahari




Di Bather's Beach





Untuk cari souvenir yang murah, ramai syor kan untuk pergi ke Eshed market & pergi ke Megabes. Owner orang Singapore katanya. Malang nya Eshed buka weekend sahaja.

Eshed Market



Jadi kami terus berjalan untuk ke kedai Freo Souvenir di Fremantle St. Ownernya adalah orang Indonesia & fasih berbahasa melayu. Boleh nego lagi harga semua. Hoodie Aussie di sini berharga $15. Not bad juga la. Saya menghabiskan $30 untuk souvenir di sini. Sebab esok plan nak ke Megabes tapi di kilang nya sendiri.




Freo Souvenirs



Selesai beli souvenir, kami terus ke Cotton On di Adelaide St. Nasib memang baik, time kami ke sana, Cotton On baru firt day buat sale & semua barang berharga $10 sahaja. Apa lagi shopping habis *padahal tak check in luggage mesti bag berat. Saya menghabiskan dalam $50 untuk shopping di sini.


Hehe seronok



Seterusnya kami ke Chemist Warehouse berdekatan dengan Cotton On. Di sini terdapat perbagai jenis perfume & memang murah. Atually dekat Perth city pun ada juga. Shopping lagi la nampaknya. Tapi kena beli perfume yang 100ml ke bawah sebab kami tak check in luggage, on cabin hanya boleh bawa liquid 100ml sahaja. Saya menghabiskan dalam $50 di sini.



Roti canai $6.50 berhuhuhu la kita


Fremantle Market pun buka pun buka on weekend


Fresh flowers belakang tu



Murahh murahhh


Wuuuu banyakk





Hari dah petang, kami terus ke Fremantle Station untuk pulang. Kami sekali lagi bayar $4.60 untuk tix pulang ke Perth Station.
Goodbye Fremantle.
Kami sampai di hostel & packing barang barang untuk check out pada tengahari esok.


End of day 3.




DAY 4


Breakfast di hostel dahulu before check out. Kami pindah ke Hyatt Regency Perth di Adelaide Terrace selama 2 malam. Harga untuk standard twin room berharga rm1350. Jadi kami bahagi kepada 2 iaitu seorang hanya bayar sebanyak rm675. (Hyatt Regency)


Lobby



Selesai check in di sana, kami plan untuk ronda ronda Perth City sahaja. Mostly kami habiskan masa untuk hari ke 4 di Murray Street. Cuaca kurang elok & hujan pada hari tersebut. Kami ke Forrest Chase Myer shopping mall.








Kami juga pergi ke London Court di area situ.




Amik vibes London mana tahu next year nak ke sana pula hehe 
So London






Wajib rasa Dare sedappppp






DAY 5


Hari ke 5 kami ke Megabes factory yang terletak di Malaga. Agak jauh sedikit dari Perth City. Tetapi anda masih boleh untuk menaiki bus Transperth untuk ke sana. Make sure, untuk kesana, kamu harus email dahulu untuk buat appointment dengan owner di situ.


Kami terus menuju ke Perth Busport bersebelahan dengan Perth Station. Untuk ke sana, kami harus tunggu untuk bus yang ber no 362 mengahala ke Ballajura. Jika kamu confused, just tanya kepada driver bus untuk ke Megabes factory di Malaga. Mereka sangat membantu. Harga bus juga sama di Zone 2 $4.60.



Ala ala TBS


Perth Busport






Perjalanan mengambil masa selama 20 mins. Driver bus berhentikan kami di perhentian Illawarra Cr Before Sunset Dr. Sampai di bustop tersebut, kami buka maps untuk route ke Megabes. Hanya dalam 900 meter berjalan kaki dah sampai.



Email dulu before dtg ya untuk appoinment


Here we go



Tadaaa, kedatangan kami di sambut mesra dengan owner Megabes. Mereka sangat friendly & harga pun masih boleh negotiate.
Rasa nak menagis sekejap sebab harga untuk hoodie Aussie di sini hanyalah $6 sahajaaaa. Saya membelanja kan lebih krang $40 untuk souvenir di sini.


Huuu


Hoodie design yang sama beli semalam $15 menangis jap



Kami mengabiskan masa kurang dari 2 jam kerana ingin mengejar bus di bustop tadi semula.


Untuk pengetahuan anda, setiap tix Transperth untuk bus mahupun train, tix tersebut sah selama 2 jam. Jadi jika anda naik bus pulang ke Perth Busport sebelum 2 jam dari masa tix dibeli, ianya dikira sah lagi.


Jadi kami sampai di bustop tadi & kebetulan waktu tix dah habis & bus sampai 2 mins lewat dari time table yang sepatutnya. Di Perth setiap public transport mereka adalah sangat sharp. Bus pun begitu juga.


Jadi kami terlebih 2 mins & tix kami dah expired. Jadi kami tunjukkan kepada driver bus tersebut & guess what? Dia bagi kami naik tanpa membei tix baru. Alhamdulillah save lagi $4.60 hahaha.


Sampai di Perth Busport kami turun dengan mengucapkan ribuan thank you kepada driver bus tersebut. Dia hanya tersenyum gembira hahaha.

Kami terus balik ke hotel & mandi.


Pada waktu petang kami ke King’s Park dengan menggunakan free CAT bus. Agak jauh sedikit jarak antara bustop & King’s Park. Jadi kami jalan kaki & banyak bertanya kepada local people untuk entrance King’s Park.


View dari King’s Park sangat cantik. Kita dapat lihat Perth City dari atas bukit.



Tu dia Perth City


Cantik


Road to King's Park


Fresh Roses



Habis ke King’s Park kami cepat cepat ke bustop untuk mendapatkan free CAT bus sebelum waktu operasi mereka tamat.


Pada malam hari, kami banyak menghabiskan masa di Elizabeth Quay. Cuaca windy & sangat sejuk sampai ke tulang.


Sejukk


Elizabeth Quay



End of day 5.




DAY 6


Awal pagi kami keluar untuk fresh air di Langley Park yang berada di belakang hotel kami. Just walking distance.



Depan tu Swan River



Selepas itu, kami sempat singgah ke Chemist Warehouse lagi untuk final shopping perfume hehe. Kali ni saya menghabiskan dalam $40 untuk perfume lagi haha.












Hasil tangkapan dekat Chemist Warehouse haha..

















Selesai semua, kami packing bag & menuju ke bustop untuk mendapatkan bus Transperth ke airport. Bus juga berharga $4.60.
Flt kami pada pukul 4.50 petang, jadi tak perlu rushing lagi.
Kami sampai di airport awal. Jadi untuk boarding pass kali ini juga, anda perlu ke counter check in untuk pengesahan visa lagi sekali & dapatkan boarding pass.


Nasib kurang baik, setiap bag passengers yang menaiki Air Asia akan di timbang oleh ground staff di situ. Menangis lagi sekali kami terpaksa check in luggage on the spot kerana terlebih 7kg hahaha. 


Nak tak nak terpasksa juga bayar. Kami minimise kan bag untuk hand carry & check in 15kg untuk 2 bag. Jadi harga untuk 15kg adalah sebanyak $60. Jadi kami share berdua & bayar $30 seorang. Menyesal juga tak pre check in luggage awal awal time booked tix. Rasanya jauh lagi murah.



Paan buatkan hehe





Paan one of my best friend crew untuk flight balik Perth-Kul


Sunset


Mana tak nya dengan perfume, souvenir, barang shopping lagi memang full & berat la luggage tu haha.
Flt on time & yeah see you again Perth.



Nasib baik perfume banyak banyak tak pecah. Okay dah boleh beli luggage baru



Actually banyak tempat kami tak cover contoh nya mcam Pinnacles, Blue Boat House & banyak lagi la sebab kami malas nak sewa kereta. Maybe next time pergi beramai ramai, kita sewa kereta & round Western Australia.





Do email me for more info ; irfannshazwan@yahoo.com






TIPS PERTH
1. 1. RAJIN SURVEY AIR ASIA BIASANYA PERTH MURAH & BOLEH DAPAT DALAM HANYA RM 500 RETURN.
2. 2. JUST BAWA INSTANT BRAHIM’S JIKA INGIN BERJIMAT UNTUK MAKANAN.
3. 3. AS USUAL, SIAP SIAP BOOK HOTEL DI AGODA ATAUPUN DI BOOKING.COM.
4. 4. JANGAN RISAU TENTANG MAKANAN HALAL DI PERTH MEMANG SANGAT BANYAK. CUMA HARGA AGAK MAHAL SEDIKIT.
5. 5. PRINT SIAP SIAP FREE CAT BUS MAP.
6. 6. VISA JANGAN LUPA.
7. 7. MAKE SURE PRE CHECK IN LUGGAE SIAP SIAP TIME BOOKED TIX JANGAN JADI MCAM KAMI KENA CHECK IN ON THE SPOT HAHAHA.
8. 8. PERTH IS SAFETY FOR SOLO TRAVELLER.
9. 9. FREMANTLE WAJIB PERGI JIKA DAH SAMPAI KE PERTH.




















BUDGET LIST DOWN PER PERSON;
THINGS
PRICES (RM & AUD)
TIX PERTH RETURN AAX
RM 650
VISA
RM 20
INSURANCE
RM 40
WOMBAT BACKPACKERS (3 NIGHTS)
$ 84
SIMCARD
$ 15
TRANSPERTH TIX ALL INCLUDED (TRAIN & BUS)
$ 32.20
FISH & CHIP
$ 23
SOUVENIR SHOPPING
$ 90
CAVERSHAM WILDLIFE PARK
$ 28
SHOPPING
$ 90
MEALS
$ 50
GROCERIES
$ 30
HYATT REGENCY HOTEL (2 NIGHTS)
RM 675
CHECK IN LUGGAGE
$ 30
OTHERS
$ 100
TOTAL
RM 1385 + $ 572.20


RATE
$ 1 =  RM 3.35
$ 572.20  = RM 1916.87
**RM 1385 + RM 1916.87


= RM 3301.87
 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS