Ho Chi Minh City, Vietnam (18 - 21 April 2017)

Saturday, 27 May 2017

Ho Chi Minh City, Vietnam.


Trip kali ini pun saya berdua dengan aunty kesayangan. Plan ke HCMC ni dah lama, since tahun lepas lagi. Tix pergi kami beli time free seat bulan June 2016. Time tu harga tix hanya RM45 KUL-SGN.

Tix SGN-KUL kami beli 2 bulan sebelum flt dgn harga RM215 termasuk luggage 20kg seorang. This trip gonna be my first busiest city ever. Plan nak ke sini pun untuk shopping & pergi cover sightseeing berhampiran. Tak sempat nak ke Dalat or Mui Ne.
So let’s go to Ho Chi Minh City!


DAY 1

Kami amik flt pagi ke HCMC sbb tak nak rugi masa. So flt kami pukul 7.00 pagi. Kami sampai di KLIA2 pukul 12 malam. Ni pun sebab tak nak beratur panjang time check in luggage nanti.





Kami lepak di KLIA2 sampai pagi. Check in luggage pukul 4 pagi. Nasib baik kami beratur awal jadi tak la sesak sangat.

Selesai check in luggage, kami terus masuk ke immigration kaunter & cop passport. Kami terus ke boarding gate.




Flt pagi ni agak full juga. Flt sampai on time & kami terus beratur untuk boarding.
Yes tak sabar nak habiskan 2 jam dalam flt nak tidur. Dah semalaman tak tidak mata dah macam panda.




Sebelum tidur, sempat breakfast mac & cheese lagi lol.
Perjalanan untuk ke HCMC mengambil masa selama 2 jam.





Kami selamat sampai di Saigon International Airport pada pukul 9.00 pagi. Waktu di HCMC lambat 1 jam dari waktu di Malaysia. Untuk ke HCMC kita tak perlu isi arrival card.




Sampai di airport, kami terus ke immigration untuk cop passport & seterusnya turun kebawah untuk tunggu luggage.





Selesai collect luggage, kami terus ke booth untuk beli simcard. Harga paling murah untuk simcard Vinaphone adalah VND 150k. Not bad, line laju gila. Bagus betul.

Kami terus ke pintu keluar & dapatkan shuttle bus untuk ke hotel kami. Hotel kami terletak di district 1 iaitu di tengah Bandar. Jadi senang la nak ke situ.
Shuttle bus untuk ke Bandar HCM adalah bus yang bernombor 152. Bus ni betul betul terletak di pintu keluar airport. Memang senang nak cari.




Kami terus naik bus tersebut & sebelum tu for sure saya & my aunty dah baca review harga tix bus awal awal sebelum sampai di HCMC ni. Biasalah HCMC kan banyak scammers. Untuk shuttle bus ni, kami kena bayar VND 5k seorang. Tapi kami bawak 2 luggage besar, so driver bus tu suruh bayar VND 10k seorang. Nak buat macam mana kita bayar je la. Padahal luggage je pun tu pun charge.

Bus terus bergerak menuju ke bandar HCM. Jalan sangat sangat sangat jam ya & yes im getting stress with this city now! Padahal belum sampai hotel lagi ni dah stress.
Dalam 30 minit perjalanan, kami bus berhenti di bustop yang kami nak turun. Sebelum tu, kami dah siap siap print route bus tu, so tunjuk je dkat driver nak berhenti dekat bustop yang mana. Jadi kami pilih bustop yang paling hampir dengan hotel kami.

Okay dah turun bus, kami terus confused dengan jalan raya dekat sini lol. Nasib baik dah siap beli simcard, so kami terus google map untuk ke hotel kami.
Cuaca haritu sangat panas cecah 33°C ya! Bayangkan dengan berjalan kaki & heret luggage berat untuk ke hotel haha.

Okay cari punya cari, rupanya hotel kami ni agak tersorok di belakang bangunan. Patut la susah nak jumpa.




Kami memilih Blue River Hotel. Total harga untuk 3 malam adalah sebanyak USD 80 termasuk breakfast. So kami perlu bayar seorang USD 40 sahaja untuk duluxe room. Mostly hotel akan di charge USD bila dekat sini.

Kami sampai awal dalam pukul 9.40 pagi, jadi kami tak boleh check in lagi sebab bilik full.

Hmm lagi satu staff tu kata, bilik yang kami dah tempeh di booking.com rupanya dah full. Nasib baik staff tu polite, jadi dia beri kami bilik besar (dorm style) tapi hanya kami berdua private sahaja. Okay la boleh la janji ada & kita boleh sepahkan barang tak yah kemas loll.




Kami tinggalkan luggage semua di lobby. Sebelum tu, staff tu dah terangkan tempat tempat wajib pergi bila sampai di sini. Bagus betul staff hotel ni.

Kami terus keluar & cari makan sebab lapar dah haha. Kami terus ke Malaysian Street untuk breakfast & lunch terus. Agak jauh jugak la nak jalan kaki tu dalam hmm 20 minit. Dengan cuaca panas terikkkk. Gigih berjalan jugak.

Diingatkan dekat HCMC ni terima lagi duit RM ya. Jadi kami tukar VND tak banyak pun, just untuk makan & benda penting. Shopping di Malaysian Street semua pakai duit RM. Ohh lupa hotel kami bayar dengan USD.

Di Malaysian Street, terdapat beberapa restaurant halal. Sini memang susah sikit nak cari makanan halal, so kami memang standby Brahim’s tu siap siap.




Kami ke restaurant Musa Kariem. Harga makanan dekat sini wowww menangis kejap hahaha. Kami makan bayar dengan VND tapi dah convert tu, sepinggan nasi goreng dengan telur harga dia rm20 hahaha melampauuu. Takpe la nak merasa kan? Tapi serious sedap gila nasi goreng dekat restaurant ni.

Selesai makan, kami ke Ben Thanh market. Sebab dah dekat sangat. Tapi tak beli apa, just window shopping tengok harga semua. Jangan bargain harga kalau tak nak beli. Orang dekat sini sangat RUDE. So just tengok je price tag & compare kan nanti.
Malaysian Street meriah waktu malam. Memang ramai gila orang Malaysia dekat situ. Macam Masjid Jamek dah jadi nya hahaha.




Ben Thanh Market




Kami terus berpandukan google map untuk ke Golden Dragon Water Puppet Theatre. Jauh jugak la jalan kaki around 15-20 minit. Kami tak naik public transport sebab mostly semua just walking distance je. Better jalan kaki la sbb nak tengok tempat orang kan?

Sampai di Golden Dragon Water Puppet Theatre, kami terus ke kaunter tiket nak beli tiket untuk malam ni. Malangnya hmm tiket dah sold out. Bukan sold out untuk malam ni je, sold out untuk 5 hari seterusnya. Weyhh seriouslah?? Nak menangis la macam niiiii. Penat penat dating jauh jalan kaki panas terik, sekali dah sold out.




Takpe la tak da rezeki nak tengok water puppet. Harga murah hanya VND 150k. Sehari hanya ada 2 show sahaja. Tu yang sold out ramai orang kot. Okay la tak apa, next time pula.

Kami singgah di taman jogging untuk rest sementara sebelum jalan kaki balik ke hotel.





Kami sampai di lobi hotel, amik luggage & terus rehat mandi & tidur. Malam tu baru terbangun lapar haha.

Kami makan Brahim’s & terus keluar untuk ke Malaysian Street. Kami keluar dalam pukul 7.45 malam.

Memang meriah habis dekat Malaysian Street. 90% semua orang Malaysia haha, btw ada je yang kekwat ye dekat sini. Padahal HCMC je punnnn makcik oii.
Untuk malam ni kami tak shopping pun, just jalan jalan sekitar tu. Tapiii tak boleh jadi juga, tershopping tshirt lol.

Selesai di situ, kami terus balik ke hotel & pergi ke backpacker street untuk cari travel agency untuk ke Mekong River & Chu Chi Tunnel esok yayyy. Backpacker street sangat meriah ya macam di Patong.

Make sure riki riki dulu harga di semua agency sebab harga diaorang lain lain. Mostly ada yang guna USD, ada guna VND. RM diaorang tak terima ya. Only in Malaysian Street sahaja.

Jalan jalan, kami cari travel agency yang aunty suruh cari sebab murah katanya, tapii tak jumpa. So kami cari travel agency yang lain. Sebelum tu dah google, The Sinh Tourist travel agency murah. So kami terus google map untuk ke situ. (The Sinh Tourist)

Kami dapat package untuk full day tour ke Chu Chi Tunnel & Mekong River dengan hanya VND 309k seorang. Harga ni termasuk semua complete but tak termasuk entrance fee untuk Chu Chi Tunnel. Oh yes I’m excited !!




So dah settle, kami terus balik ke hotel untuk rehat. Esok awal pagi pukul 6.30 dah kena tunggu di travel agency tersebut.





End of day 1.




DAY 2

Aktiviti yang ditunggu tunggu !
Mehhh kita ke Chu Chi Tunnel & Mekong River !
Kalau tak ke sini, macam tak pernah sampai di HCMC ya.

Awal pagi lagi kami dah keluar hotel  tak sempat nak breakfast. But kami dah bawa roti siap siap dari Malaysia & terus ke travel agency untuk tunggu di situ. Mereka tak fetch kita macam dekat Krabi, ni kita sendiri yang kena pergi ke office diaorang. Nasib baik dekat je dengan hotel.





Kami gerak ke Chu Chi Tunnel dengan bus. Ramai yang join so bus memang full. Untuk ke Chu Chi Tunnel, makan masa dalam 1 jam lebih untuk sampai. So apa lagi, saya habiskan masa tidur lol. Celik mata dah sampai haha.






Chu Chi Tunnel
Untuk entrance fee, kami perlu bayar VND 120k seorang. Selesai beli tix, kami terus masuk ke entrance. Pagi pagi pun dah ramai tourist.





Kami ke station satu & seterusnya. Tour guide kami cerita kan pasal sejarah di sini.









Seterusnya, tour guide bawa kami ke padang tembak. Sesiapa nak try pegang senapang real & shoot kena beli bullet. Ni siapa yang nak, siapa tak nak boleh duduk tepi.





Paling excited nak masuk tunnel yang kena merangkak ni. Walaupun tahu tunnel tu kecik, but why not try sebab bukan selalu dapat rasa kan?

Tour guide bagi cadangan untuk amik laluan tunnel sepanjang 600 meter. Dia siap bgtahu size berat badan maximum untuk lalu dalam tunnel tu. Memang sempit sebab tu kalau orang yang berbadan besar tak lepas nak lalu.

Tour guide jalan di bahagian depan dulu, & kami semua beramai ramai ikut di belakang. Perghhh bayangkan kena merangkak ye sepanjang 600 meter dengan gelap, sempit, tak cukup nafas woii. Sumpah ni first & last !

Fuhh memang penat gila masuk tunnel tu. Selesai keluar tunnel, kami terus ke station untuk makan ubi kayu. Ni macam dia kata makanan zaman perang dulu la, diaorang makan ni je.




Last station, kami dibawa untuk lihat dokumentari perang zaman dulu.
Selesai semua, kami terus keluar & kembali ke bus untuk ke Mekong River.
Perjalanan untuk ke Mekong River mengambil masa selama 2 jam setengah. Yes sekali lagi saya habiskan masa dengan tidur lagi. Penat kot dekat tunnel tadi.


Mekong River






Setelah 2 jam setengah, kami selamat sampai di Mekong Delta. Kami terus ke jetty untuk naik boat besar di delta Mekong. Perjalanan boat besar lebih kurang 30 minit.





Sampai di jetty kampong mana entah, kami dibawa untuk makan lunch yang dah termasuk dalam package sekali. Make sure cakap dengan diaorang yang kita tak makan pork. Mereka serve makanan traditional iaitu Vietnamese Rolls. So original & tasty!









Selesai makan, kami naik boat semula untuk ke sebuah perkampungan ni. Perkampungan yang kami pergi ni diaorang buat gula gula kelapa sebagai mata pencarian. So dekat sini boleh la beli gula gula kelapa memang lemak & seddap.





Next pit stop, kami jalan kaki ke menyeberangi sungai kecik. Kira naik jejantas la macam tu.






Sampai next pit stop, kami menaiki kereta kuda untuk ke pit stop seterusnya. Kesian juga tengok kuda tu almost 20 minit kami ke next pit stop tu.





Next pit stop adalah sebuah kampong yang menjual madu lebah asli. Kami dihidangkan dengan jasmine tea & madu serta fresh fruits & diiringi dengan persembahan traditional orang Vietnam. Mereka akan sediakan bakul untuk tips, jadi sediakan la duit RM dalam RM1 pun jadilah.




Selesai semua, kami terus dibawa ke belakang kampung menuju ke sunagi Mekong. Yayy finally!




Sampan kecik semua dah tunggu kami di situ. Sampan hanya memuatkan 5 orang penumpang sahaja termasuk pendayung.









Perjalanan menaiki sampan tu ambil masa lebih kurang 10-15 minit untuk sampai ke jetty besar. Risau sampan tu tak kukuh, for sure air yang keroh dekat sungai Mekong ni ada buaya haha. Dalam hati cepat lah sampai jetty besar. Padahal sebelum ni excited sangat kan nak naik pfft.




Sampai di jetty besar, boat besar tadi dah tunggu kami di situ. Saya sempat beri makcik yang penat dayung sampan tadi tips rm10. Dia tak mintak pun, tapi at least bagi la kan dia dah tua so derma je seikhlas hati.

Kami terus naik boat besar untuk pulang ke Mekong Delta tadi. Perjalanan boat pun mengambil masa lebih kurang 30 minit.





Sampai je, terus naik bus & rest. Perjalanan untuk pulang ke HCMC mengambil masa 1 jam setengah. Tidur lagi ! Hahaha

Perjalanan pulang agak lama sebab jalan jam maybe sebab peak hour orang balik kerja.
Kami sampai di The Sinh Tourist office pukul 5 petang. Kami terus balik ke hotel untuk mandi & rehat.

Waktu malam lagi sekali kami ke Malaysian Street untuk shopping. Jangan lupa rasa coffee original Saigon ye ! Rm 3 jeeeee.





End of day 2.





DAY 3

Harini bangun lewat sikit, penat semalam tak habis lagi lol. Kami breakfast di hotel.




Selesai breakfast kami terus menuju ke tempat pertama iaitu ke Independent Palace. Kami ke sana dengan berjalan kaki around 20 minit dari hotel.




Entrance fee adalah VND 40k. Actually takde apa pun dekat Independent Palace ni. Macam istana lama so just tengok bilik bilik pameran je. Okay boring nexttt..












Kami terus War Remnants Musium yang terletak tak jauh dari Independent Palace.
Untuk entrance fee ni, kami dikenakan VND 15k sahaja. Fuhh cuaca memang panas terikk walaupun dah pukul 4 petang ni.








Secara jujurnya, War Remnants Musium ni agak scary sebab banyak video, gambar & peninggalan perang zaman dulu. Tak sesuai untuk bawak budak budak datang sini. Kami menghabiskan masa di sini selama 1 jam macam tu.

Seterusnya kami bejalan kaki lagi menuju ke Notre Dame & Saigon Central Post Office. Dua dua tempat ni tak jauh, hanya bersebelahan sahaja & dua dua tempat ni tak dikenakan entrance fee.
















Hari dah makin petang, jadi kami terus balik hotel.

Waktu malam, sekali lagi kami habiskan masa di Malaysian Street untuk malam terakhir. Cotton sini murah murah. Cotton Vietnam boleh dapat 4meter/sepasang RM25 sahaja. Siapa makcik makcik, kakak kakak yang suka cotton, mmg wajib shopping dekat HCMC ni.








End of day 3.



DAY 4

Awal pagi macam biasa breakfast dekat hotel dulu.

Seterusnya, kami ke Takashimaya yang terletak tak jauh dari hotel. Dekat sini pun tempat shopping. But a bit mahal sikit dari Malaysian Street. Dekat sini tak terima duit RM ya, semua guna VND & USD.




Selesai di situ, kami berjalan kaki jauh sedikit untuk ke Saigon Square. Saigon square ni macam dekat Petaling Street la, banyak branded items yang more berquality. Sini pun guna VND & USD, RM tak terima.




Around pukul 12, kami terus pulang ke hotel untuk packing. Kami dapat late check out pukul 2 petang.

Untuk ke airport, kami sudah book cab dari hotel. Harga untuk satu cab USD10.
Padahal flight balik pukul 10 malam waktu Vietnam, tapi pukul 4 petang kami dah gerak ke airport. Nak check in luggage & staff tu kata takut jalan jam, sebab tu gerak awal. So mereput lah dekat airport tu lama lama.

Perjalanan ke airport dari hotel ambil masa around 1 jam jugak la sebab jalan dah start jam, local balik kerja dah. Jarak just around 7km je tapi jalan jam tu yang buat lambat sampai.

Sampai di airport, kami lepak makan dulu then tunggu kaunter check in luggage buka.
Dekat sini immigration check pun kena buka kasut. Sama macam dekat airport Kalibu-Boracay haritu lol. So memang panjang la orang queue nak lepas immigration check.
Selesai semua, kami terus ke boarding gate untuk tunggu flight. Flight delay dalam setengah jam jugak lah, semua dah tak sabar nak balik dah ni.







See you again HCMC


Alhamdulillah kami sampai di KLIA2 pukul 1.30 pagi macam tu haha. So as conclusion, maybe la HCMC ni first & last kottt, kalau just untuk shopping je boleh lah..







BUDGET LIST DOWN PER PERSON;

THINGS
PRICES (RM & VND)
FLIGHT TICKETS KUL-HCMC
RM 45
FLIGHT TICKETS HCMC-KUL
RM 215
HOTEL
USD 40
CAB HOTEL-AIRPORT
USD 5
SIMCARD
VND 150K
SHUTTLE BUS
VND 10K
CHU CHI TUNNEL & MEKONG PACKAGE
VND 309K
CHU CHI TUNNEL ENTRANCE FEE
VND 120K
ENTRANCE FEES
VND 55K
SHOPPING
RM 500
OTHERS (vnd)
VND 500k
OTHERS (myr)
RM 200
TOTAL
RM 960 + USD 45 + VND 1,144,000


RATE

VND 1,144,000          = RM 250
USD 45                       = RM 195

RM 960 + RM 250 +RM 195
= RM 1405



 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS