Bandung (23- 24 February 2017)

Tuesday, 23 May 2017

Thank you Jogja ! For sure akan repeat lagi dalam tahun ni hehe.. Baca previous post saya di Jogja ( Jogja )

Kami menunggu train untuk ke Bandung pada pukul 11.30 malam. Sebelum itu, kami sudah siap siap beli makanan ringan di station Jogja.


Boarding Pass

Train ke Bandung


Perjalanan dari Jogja menuju ke Bandung mengambil masa selama 8 jam. Saya dpat tahu Bandung adalah station yang terakhir sekali. Jadi tak usah risau terlepas station.

Train tiba pada pukul 11.50 & kami terus ke koc yang telah ditetapkan. Penumpang pun agak ramai masa itu. Train ini complete dengan plug untuk charge phone. Sayangnya train di sini tidak mempunyai koc berkatil seperti di Malaysia.





Train mula bergerak setelah semua penumpang selesai naik & duduk di tempat yang telah ditetapkan. Dalam berapa minit perjalanan, train crew dating untuk menjual makanan. Kami mengambil set nasi goreng bakso yang berharga IDR 30k .


Sedapppppp


Crew juga menawar kan bantal untuk di sewa yang berharga IDR 3k sahaja. Bantal mesti dipulangkan semula sebelum keluar dari train. Jujur saya cakap, pengalaman menaiki train & tidur selama 8 jam di sini kurang memuaskan. Tidak seperti menaiki train KUL-HATYAI dengan koc berkatil, boleh baca di post saya yang terdahulu ( Hatyai & Koh Lipe ).

Bantal kecik

Selesai makan semua, kami tidur. Bawa shawl atau selimut awal awal kerana aircond sejuk dalam train. Tapi seperti biasa, tidur sekejap lepastu terjaga sebab bunyi train yang terlalu bising. Perjalanan malam ni jimat hotel sebenarnya.


Keadaan kerusi dalam koc yang kurang selesa (tapi orang sebelah tidur nyenayk jugak HAHA)



Bila hari dah cerah, view sepanjang perjalanan sangat cantik. Train lalu di kawasan lereng bukit, sawah padi & kawasan perkampungan.








Tepat jam 8 pagi, train sampai di Station Bandung.

Selamat pagi Bandung!







Kami terus keluar dari station dan menggunakan google maps untuk ke hotel. Kali ni hotel hanyalah 800 meter dari station Bandung, jadi kami ambil keputusan untuk jalan kaki sahaja.

Tujuan utama kami ke Bandung adalah shopping & Trans studio hahaha. Jadi kami tidak mengambil supir ataupun sewa kereta.

Kami terus berjalan di tengah Bandar Bandung yang sangat sesak berpandukan google maps. Setelah 15 minit berjalan, kami sampai di hotel Yokotel. Harga untuk satu malam adalah RM 120. Seperti biasa kami sudah book awal di booking.com . Jadi seorang hanya bayar RM 60 untuk hotel di Bandung.





Check in seperti biasa pada pukul 2 petang, tapi kami terlampau penat, jadi kami minta untuk early check in. Kami perlu bayar 50% dari harga hotel jika ingin early check in. Jadi kami hanya bayar seorang RM 30.

Kami terus masuk hotel & mandi & tidur. Plan untuk harini nak habiskan masa ke Trans studio Bandung.

Kami gerak ke Trans studio Bandung pada pukul 12 tengahari. Kami mengambil Grab Car untuk ke sana. Agak murah, hanya IDR 20k sahaja. Perjalanan tak jauh mana pun, Cuma jalan jam yang buat jauh haha.


Hello Trans studio (gambar gegar sebab excited sangat)


Sampai di Trans studio Bandung, kami terus ke kaunter untuk membeli tiket masuk. Harga untuk tiket berharga IDR 180k untuk seorang. Tetapi staff tu kata akan dapat potongan 15% jika kami ada tiket flight ataupun tiket apa sahaja untuk sampai ke Bandung. Jadi kami tunjuk tiket train dari Joga ke Bandung. So, kami hanya bayar seorang IDR 153k sahaja.






Kami terus masuk ke Trans studio. Worth it la dengan harga tu. Rasanya lagi worth it dari Times Square KL haha.




Ada aquarium lagi dekat sini.





Kami lunch di salah sebuah restaurant yang terdapat di dalam Trans studio. Kami sempat tunggu acara perarakan penutup di situ. Sangat meriah !






Tepat 7 malam, kami keluar dari situ & terus balik ke hotel dengan Grab Car sekali lagi. Kami mandi & rest sebentar. Kami terus ke restaurant berdekatan untuk dinner.
Selesai dinner, kami pulang semula ke hotel.


Nasi pedas yang sangar pedas

Karaoke Princess Syahrini

Oh yessss fav Gery are here !

Hipster betul tangga dia



End of day 1 in Bandung.





DAY 2 IN BANDUNG

Kami bangun awal untuk ke Pasar Baru yang terletak hanya di belakang hotel kami. Untuk ke situ, kami hanya berjalan kaki selama 3-5 minit sahaja. Sangat dekat. Yang penting pisang sale harus beli bila sampai di Bandung.



Saya shopping lace & batik untuk my mum di Pasar Baru. Harga jauh sangat murah berbanding di KL. Boleh bargain lagi & banyak choices.











Selesai di Pasar Baru, kami ke restaurant untuk early lunch. Kami mengambil Batagor & Gado gado. Sedappppp.




Selesai makan, kami pulang ke hotel & kemas barang & check out. Kami tinggal barang di hotel & menuju ke Rumah Mode Factory Outlet. Sekali lagi kami menaiki Grab Car. Perjalanan macam biasa, jam everywhere. Dalam google map hanya makan masa 18 minit, tapi dengan keadaan traffic yang jam, kami sampai setelah 30 perjalanan.



Rumah Mode ni sama macam JPO atau MPO tapi lagi murah & banyak sangat choices.
Kami menghabiskan masa lebih kurang 3 jam di sini. Rambang mata nak pilih haha.








Kami terus pulang ke hotel dengan Grab Car juga.

Tiba di hotel pada pukul 5 petang. Kami rest sebentar dan pack barang & gerak ke airport.


Menagis tgok backpack yang semestinya dah overweight lol


Thank you staff Yokotel yang sangat sangat friendly & baik gila! Lepasni nak datang Bandung pilih je hotel ni sebab dekat dengan Pasar Baru & sangat worth it !


Kami terus ke airport dengan Grab Car. Sampai di airport, kami singgah di restaurant berdekatan untuk early dinner.

Selesai makan, kami terus masuk ke airport *padahal takut sebab backpack overweight ni tak check in lol




Finally, lepas pun hahaha, selesai cop passport semua kami terus ke ruang menuggu. Flight sampai around pukul 9 malam.




Alhamdulillah, kami selamat tiba di KLIA2 pada pukul 12 malam waktu Malaysia.
Thank you Jogja & Bandung for the best moments !



Do email me for more info ; irfannshazwan@yahoo.com







BUDGET LIST DOWN PER PERSON;


THINGS
PRICES (RM & IDR)
FLIGHT TICKETS BANDUNG-KL
RM 200
HOTEL (PLUS EARLY CHECK IN)
RM 80
TRANS STUDIO BANDUNG (AFTER 15% OFF)
IDR 153 K
GRAB CAR
IDR 100 K
MEALS
IDR 150 K
SHOPPING
IDR 800 K
OTHERS
IDR 200 K
TOTAL
RM 280 + IDR 1,403,000


RATE
1 JUTA =  RM 330
IDR 1,403,000  = RM 462.99
**RM 280 + RM 462.99
RM 742.99



No comments:

Post a Comment

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS