Hatyai, Thailand.
Baru ada masa nak menaip semula blog ni. Dah lama bersarang
lol. Short trip ke Hatyai kali ni tak lama, hanya 3 hari 2 malam. Kami ke
Hatyai kali ini semata nak habiskan saki baki cuti untuk tahun 2017.
Kali ni saya ke Hatyai dengan hanya menaiki bus. Tak sempat
nak book ETS sebab dah full. Maklumlah cuti sekolah kan. Nasib bus masih ada
lagi, tapi itu pun kami book sebulan sebelum melalui website TBS.
DAY 1
Untuk short trip ke Hatyai kali ini, saya berdua sahaja
bersama rakan baik saya iaitu Wahida. Kami menaiki bus direct dari TBS ke
Hatyai Town. Sekarang senang sebab TBS ada sediakan banyak perkhidmatan bus
terus ke Hatyai Town. Tapi diingatkan tolong baca dulu details ‘drop off’
semasa nak book ticket di website TBS ya. Pastikan destinasi terakhir ‘drop
off’ adalah di Hatyai Town. Harga ticket bus RM56 seorang.
Bus menuju ke Hatyai bertolak pukul 11.45 malam. Delayed tu,
sepatutnya bus pukul 11 malam dah bertolak. Bus akan ambil penumpang lain di
Hentian Jalan Duta juga. Seperti biasa,
saya tidur sepanjang perjalanan huhu
Kami sampai di hentian di area bukit kayu hitam pada pukul
6.30 pagi. Hentian ni biasanya bus akan berhenti around 20 minit sebelum menuju
ke immigration. Sebab immigration start buka pukul 7 pagi.
Bus bergerak terus ke immigration Malaysia. Time dekat
immigration Malaysia tak ramai, sekali sampai di immigration Thailand, perghh
nak menagis rasanya. Dulu masa saya cop di sana, tak payah amik nombor macam
dekat bank tu. Sekarang kita kena amik nombor giliran & beratur. Tetapi
mereka sediakan kerusi untuk duduk.
Di immigration Malaysia |
Bayangkan lah nombor kami 1520 & 1521, tetapi screen
panggil nombor 900-1000. Jenuhhh nak tunggu lagi 500 orang semata mata nak cop
passport. Salah timing betul kami pergi sebab musim cuti sekolah & nak
Chrismast kan (tak amik gambar angka giliran pun sebab dah stress ramai orang
& lapar)
Selesai semua, kami terus ke belakang building untuk cari
bus kami. Make sure time nak cop tu, kita kena geng dengan orang yang satu bus dengan kita. Kalau dia tertinggal, kita
pun tertinggal. So ada geng haha.
Bus terus ke Hatyai town. Perjalanan lebih kurang sejam
juga. Saya tidur lagi sepanjang perjalanan huhu. Kami check cuaca di Hatyai
untuk hari pertama, hujan yang non stop tapi tak lebat. Suhu pun 23 degree.
Sejukkkk.
Bus akan stop di parking dia sendiri. Area mana saya tak
sure. Lepastu nanti diaorang akan amik kita semua & naik tuk tuk terus ke
Hatyai Town. Bus besar tak boleh masuk ke dlam Hatyai Town, jadi mereka bawa
kami ke travel agency mereka.
Kami tak beli apa apa package pun dari mereka. Kami terus
jalan kaki menuju ke Cathay Guest House/ Cathay Tour Hatyai untuk beli ticket
bus balik ke Kuala Lumpur. Saya memang dah biasa di Cathay Guest House ni
kerana harga lebih murah berbanding tempat lain. Package ke Krabi & Koh
Lipe dulu saya memang amik di sini. Harga ticket bus Hatyai-KL adalah 500THB
seorang.
Price list |
Selesai beli ticket bus balik ke Kuala Lumpur, kami berjalan
kaki mencari The Hive Hatyai Hostel. Tak jauh pun dalam 3 minit dah sampai.
Saya terus check in. Dalam booking rupanya bilik dorm yang
kami pilih tu tak provide aircond, hanya kipas. Harga untuk satu malam 250TBH
per person. Jadi kami upgrade bilik aircond dengan tambahan 100THB per night.
Jadi total keseluruhan seorang adalah 600THB per person.
Saya sangat recommended hostel ni sebab memang pada saya
sangat selesa. Dorm yang private ada langsir setiap katil. Macam di Koh Lipe.
Location pun dekat dengan semua tempat. Walaupun toilet share ia tetap bersih.
Private Dorm |
Mine |
Kami rehat di hostel sebentar & terus keluar ke Kai Tod
Decha restaurant. Dari hostel tak jauh mana pun jalan kaki dalam 10 mins dah
sampai. Ramai orang dekat sini. Memang tempat fav saya dari dulu lagi.
Selesai makan, kami jalan kaki ke Kim Yong market. Hari pun
hujan jadi kami spend time shopping dalam Kim Yong market je. Lepastu kami cari
nasi kuning di area Kim Yong Market. Seperti biasa tempat fav saya. Kami
habiskan around 100THB
di sini.
Baru pukul 3 petang tapi dah gelap |
Kim Yong Market |
Yay finally nasi kuning |
Say Hello to Wahida |
Balik hostel mandi & tidur.
Waktu malam, kami ke Lee Garden. Seperti biasa sekitar Lee
Garden memang ada kedai makan banyak. Senang nak cari kedai halal di sini.
Cereal ni sumpah sedap gila |
Banana grill |
Not bad la hahaha |
DAY 2
Awal pagi kami dah keluar untuk breakfast di Tamrab
restaurant. Dekat sini yang sedap ialah nasi kerabu daging panggang & roti
canai telur. Perghhh tempat ni memang the best untuk breakfast. Dulu kitaorg
makan roti telur ni sampai 3 keping seorang haha.
Balik ke hostel tak buat apa sebab hujan terlalu lebat.
Dalam tengahari kami ambil grab terus ke Hatyai Central Festival. Mall ni macam
macam ada jual. H&M ada, Uniqlo ada semua la ada. Paling best dekat sini
food court dia. Semua makanan sedap2. Since trip ni pun nk naikkan berat badan,
jadi kami ke food court untuk makan mini pizza & kebetulan time tu ada
booth makanan halal Islam Thailand ada dkat situ. Apa lagi bantai makan lah haha.
Ni booth pizza tu dkat foodcourt |
Tomyam Kung flavour |
Pukul 8 macam tu kami keluar dari Central Festival &
naik tuktuk ke Asian Night Market. Naik tuktuk dalam 5 mins macam tu dah
sampai.
Asian Night market pun best kalau nak shopping. Banyak
barang murah dekat sini. Saya apa lagi cari pulut mangga la dekat level atas.
Bahagian atas ada macam food court jugak jual banyak makanan. Tapi time ni
ramai orang sebab weekend kan. Jadi nak tunggu meja kosong tu agak lama la
jugak.
Sebelum balik, kami singgah di 7E shopping snacks. 7E dekat
Thailand ni memang paling best antara semua negara yang saya pernah pergi. Dah
la banyak choice lepastu murah pulak tu.
Lagi sedap dari Tokyo Banana |
DAY 3
As usual, pagi lagi kami keluar breakfast tempat sama dkat
Tamrab Restaurant. Kali ni kami makan nasi campur pula sebab nasi kerabu dah
habis. Nasib baik semalam dah makan, kalau tak mau kepunan huhu.
Kami balik ke hostel & pack barang. Check out hostel
then kami ke Cathay Guest House untuk letak bag kami di situ. Bus balik KL
malam so banyak masa lagi nak berjalan.
Lepastu kami jalan kaki terus ke Hatyai Plaza. Sini best
jugak nak shopping, lagi murah dari Kim Yong Market.
Buat dkat sini 100THB je, kalau dekat KL dah RM30 |
Mini van kami bertolak dalam pukul 7 malam & sampai di
boarder around 9 malam. Bus dah tunggu kami di boarder Malaysia.
Kami sampai di TBS around 4 pagi.
BUDGET LIST DOWN PER PERSON;
THINGS
|
PRICES (RM & THB)
|
BUS
TICKET KUL-HATYAI
|
RM 56
|
BUS
TICKET HATYAI-KUL
|
550 THB
|
HOTEL
|
600 THB
|
GRAB
|
100 THB
|
FOOD
|
500 THB
|
SHOPPING
|
RM 200
|
OTHERS
(THB)
|
200 THB
|
OTHERS
(RM)
|
RM 100
|
TOTAL
|
RM 356 + 1950 THB
|
RATE
1950 THB = RM +- 240
= RM 356 + RM 240
= RM 596