Hatyai, Thailand (22 - 24 December 2017)

Monday, 9 July 2018


Hatyai, Thailand.

Baru ada masa nak menaip semula blog ni. Dah lama bersarang lol. Short trip ke Hatyai kali ni tak lama, hanya 3 hari 2 malam. Kami ke Hatyai kali ini semata nak habiskan saki baki cuti untuk tahun 2017.

Kali ni saya ke Hatyai dengan hanya menaiki bus. Tak sempat nak book ETS sebab dah full. Maklumlah cuti sekolah kan. Nasib bus masih ada lagi, tapi itu pun kami book sebulan sebelum melalui website TBS.

DAY 1

Untuk short trip ke Hatyai kali ini, saya berdua sahaja bersama rakan baik saya iaitu Wahida. Kami menaiki bus direct dari TBS ke Hatyai Town. Sekarang senang sebab TBS ada sediakan banyak perkhidmatan bus terus ke Hatyai Town. Tapi diingatkan tolong baca dulu details ‘drop off’ semasa nak book ticket di website TBS ya. Pastikan destinasi terakhir ‘drop off’ adalah di Hatyai Town. Harga ticket bus RM56 seorang.




Bus menuju ke Hatyai bertolak pukul 11.45 malam. Delayed tu, sepatutnya bus pukul 11 malam dah bertolak. Bus akan ambil penumpang lain di Hentian Jalan Duta juga. Seperti  biasa, saya tidur sepanjang perjalanan huhu

Kami sampai di hentian di area bukit kayu hitam pada pukul 6.30 pagi. Hentian ni biasanya bus akan berhenti around 20 minit sebelum menuju ke immigration. Sebab immigration start buka pukul 7 pagi.

Bus bergerak terus ke immigration Malaysia. Time dekat immigration Malaysia tak ramai, sekali sampai di immigration Thailand, perghh nak menagis rasanya. Dulu masa saya cop di sana, tak payah amik nombor macam dekat bank tu. Sekarang kita kena amik nombor giliran & beratur. Tetapi mereka sediakan kerusi untuk duduk.


Di immigration Malaysia


Bayangkan lah nombor kami 1520 & 1521, tetapi screen panggil nombor 900-1000. Jenuhhh nak tunggu lagi 500 orang semata mata nak cop passport. Salah timing betul kami pergi sebab musim cuti sekolah & nak Chrismast kan (tak amik gambar angka giliran pun sebab dah stress ramai orang & lapar)

Selesai semua, kami terus ke belakang building untuk cari bus kami. Make sure time nak cop tu, kita kena geng dengan orang yang satu  bus dengan kita. Kalau dia tertinggal, kita pun tertinggal. So ada geng haha.

Bus terus ke Hatyai town. Perjalanan lebih kurang sejam juga. Saya tidur lagi sepanjang perjalanan huhu. Kami check cuaca di Hatyai untuk hari pertama, hujan yang non stop tapi tak lebat. Suhu pun 23 degree. Sejukkkk.

Bus akan stop di parking dia sendiri. Area mana saya tak sure. Lepastu nanti diaorang akan amik kita semua & naik tuk tuk terus ke Hatyai Town. Bus besar tak boleh masuk ke dlam Hatyai Town, jadi mereka bawa kami ke travel agency mereka.

Kami tak beli apa apa package pun dari mereka. Kami terus jalan kaki menuju ke Cathay Guest House/ Cathay Tour Hatyai untuk beli ticket bus balik ke Kuala Lumpur. Saya memang dah biasa di Cathay Guest House ni kerana harga lebih murah berbanding tempat lain. Package ke Krabi & Koh Lipe dulu saya memang amik di sini. Harga ticket bus Hatyai-KL adalah 500THB seorang.


Price list


Selesai beli ticket bus balik ke Kuala Lumpur, kami berjalan kaki mencari The Hive Hatyai Hostel. Tak jauh pun dalam 3 minit dah sampai.

Saya terus check in. Dalam booking rupanya bilik dorm yang kami pilih tu tak provide aircond, hanya kipas. Harga untuk satu malam 250TBH per person. Jadi kami upgrade bilik aircond dengan tambahan 100THB per night. Jadi total keseluruhan seorang adalah 600THB per person.




Saya sangat recommended hostel ni sebab memang pada saya sangat selesa. Dorm yang private ada langsir setiap katil. Macam di Koh Lipe. Location pun dekat dengan semua tempat. Walaupun toilet share ia tetap bersih.


Private Dorm



Mine


Kami rehat di hostel sebentar & terus keluar ke Kai Tod Decha restaurant. Dari hostel tak jauh mana pun jalan kaki dalam 10 mins dah sampai. Ramai orang dekat sini. Memang tempat fav saya dari dulu lagi.

Selesai makan, kami jalan kaki ke Kim Yong market. Hari pun hujan jadi kami spend time shopping dalam Kim Yong market je. Lepastu kami cari nasi kuning di area Kim Yong Market. Seperti biasa tempat fav saya. Kami habiskan around 100THB di sini.


Baru pukul 3 petang tapi dah gelap





Kim Yong Market


Yay finally nasi kuning

Say Hello to Wahida




Balik hostel mandi & tidur.

Waktu malam, kami ke Lee Garden. Seperti biasa sekitar Lee Garden memang ada kedai makan banyak. Senang nak cari kedai halal di sini.


Cereal ni sumpah sedap gila

Banana grill

Not bad la hahaha




DAY 2

Awal pagi kami dah keluar untuk breakfast di Tamrab restaurant. Dekat sini yang sedap ialah nasi kerabu daging panggang & roti canai telur. Perghhh tempat ni memang the best untuk breakfast. Dulu kitaorg makan roti telur ni sampai 3 keping seorang haha.





Balik ke hostel tak buat apa sebab hujan terlalu lebat. Dalam tengahari kami ambil grab terus ke Hatyai Central Festival. Mall ni macam macam ada jual. H&M ada, Uniqlo ada semua la ada. Paling best dekat sini food court dia. Semua makanan sedap2. Since trip ni pun nk naikkan berat badan, jadi kami ke food court untuk makan mini pizza & kebetulan time tu ada booth makanan halal Islam Thailand ada dkat situ. Apa lagi bantai makan lah haha.


Ni booth pizza tu dkat foodcourt



Tomyam Kung flavour




Pukul 8 macam tu kami keluar dari Central Festival & naik tuktuk ke Asian Night Market. Naik tuktuk dalam 5 mins macam tu dah sampai.




Asian Night market pun best kalau nak shopping. Banyak barang murah dekat sini. Saya apa lagi cari pulut mangga la dekat level atas. Bahagian atas ada macam food court jugak jual banyak makanan. Tapi time ni ramai orang sebab weekend kan. Jadi nak tunggu meja kosong tu agak lama la jugak.





Sebelum balik, kami singgah di 7E shopping snacks. 7E dekat Thailand ni memang paling best antara semua negara yang saya pernah pergi. Dah la banyak choice lepastu murah pulak tu.


Lagi sedap dari Tokyo Banana




DAY 3

As usual, pagi lagi kami keluar breakfast tempat sama dkat Tamrab Restaurant. Kali ni kami makan nasi campur pula sebab nasi kerabu dah habis. Nasib baik semalam dah makan, kalau tak mau kepunan huhu.

The best !



Kami balik ke hostel & pack barang. Check out hostel then kami ke Cathay Guest House untuk letak bag kami di situ. Bus balik KL malam so banyak masa lagi nak berjalan.

Lepastu kami jalan kaki terus ke Hatyai Plaza. Sini best jugak nak shopping, lagi murah dari Kim Yong Market.




Buat dkat sini 100THB je, kalau dekat KL dah RM30


Kami habiskan masa dekat sini & then kami ke Lee Garden untuk lunch.




Mini van kami bertolak dalam pukul 7 malam & sampai di boarder around 9 malam. Bus dah tunggu kami di boarder Malaysia.

Kami sampai di TBS around 4 pagi.




BUDGET LIST DOWN PER PERSON;

THINGS
PRICES (RM & THB)
BUS TICKET KUL-HATYAI
RM 56
BUS TICKET HATYAI-KUL
550 THB
HOTEL
600 THB
GRAB
100 THB
FOOD
500 THB
SHOPPING
RM 200
OTHERS (THB)
200 THB
OTHERS (RM)
RM 100
TOTAL
RM 356 + 1950 THB


RATE

1950 THB      = RM +- 240

= RM 356 + RM 240
= RM 596


No comments:

Post a Comment

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS