Jeju Island, South Korea ( 21 - 25 July 2018 )

Saturday, 8 December 2018


Jeju Island, South Korea.

I made it to Jeju Island this time in July (my birthday month) hehe. As usual kali ni saya ke Jeju bersama aunty kesayangan yang share sama bulan & sama tarikh birthday. Dah lama actually kami plan nak celebrate birthday oversea tapi asyik tak kesampaian.

Kali ini plan nak ke Jeju dibuat 2 bulan sebelum. Last minit preparation juga sebenarnya ni. Pada mula, saya telah search harga ticket di Air Asia Go (termasuk hotel) tapi agak mahal berbanding harga di website Air Asia sendiri.

Kebetulan Air Asia ada buat promotion on July, jadi kami beli return ticket ke Jeju dengan harga RM 780.50 seorang termasuk meals & luggage 30kg. Ticket agak murah sebab kalau ikutkan flt ke Jeju agak mahal.

Siapa yang dah tengok drama korea ‘On The Way To the Airport’ 2016 dia akan tahu macam mana cantik nya Jeju Island dengan nature! Jeju here we come!



DAY 1

Flt Air Asia X ke Jeju mengambil masa selama 6 jam & kami bertolak dari KLIA2 pada pukul 6.50 pagi & selamat sampai di Jeju pada pukul 2 petang waktu tempatan. Beza waktu di Jeju adalah cepat satu jam dari Malaysia.

Muka mengantuk masing masing

Here we go

Kali ni amik quite zone tak nak orang bising 

Breakfast on board

Sampai di airport Jeju, kami terus cop passport & tunggu luggage. Sepanjang pemerhatian saya, staff di Jeju airport sangat cekap & sangat bagus dalam handling luggage kami semua. Selesai ambil luggage, kami terus ke mini mart untuk beli sedikit snacks.

Hello

Airport Jeju

Excited niii

Sepanjang di Jeju, kami menggunakan public transport untuk bergerak. Ada certain blog kata leceh sebab Jeju sepatutnya lagi bagus sewa kereta, tapi pada saya, I’m okay with public transport. Honestly bus di sini sangat on time & sangat selesa (bersih & setiap bus ada wifi yang laju).

Sebelum itu, untuk menggunakan bus di sini, kamu perlu menggunakan T-Money card seperti di Seoul. Kami telah pergi ke Korea Tourism Organisation di Korea Plaza, Menara Hap Seng KL untuk collect card T-Money berserta brochures secara PERCUMA! Refer website di sini (https://www.visitkorea.com.my/



Kami ke mini mart juga untuk topup card. Kami topup T-Money dalam lebih kurang 27,000 KRW bersamaan RM 100.

Selesai topup, kami menuju ke luar terminal untuk cari platform bus. Kalau sesat, pergi terus ke information counter & diaorang akan bg direction.

Receptionist dah siap bagi alamat bustop in korea


Untuk hari pertama sehingga ke tiga, kami menetap di Seogwipo. Kira daerah ni jauh sikit dari Jeju City. Dekat Seogwipo ni daerah dia macam kampong tapi banyak attractions nature dekat sini.

Untuk ke Seogwipo, kami naik bus no 181. Bus akan bergerak mengikut masa yang telah ditetapkan di signboard dekat platform. Biasanya bus akan ada setiap 30 mins hingga 1 jam.

Sampai di platform, kami terlepas bus sebab bus dekat sini memang punctual. So kami terpaksa tunggu dalam 45 mins lagi untuk next bus. Make sure tengok masa next bus coming, jangan terlepas lagi.

Platform bus

Bus pun sampai selepas 45 mins. Kami terus letak luggage di bawah bus & terus naik & tap saja T-Money. Kebetulan driver tu baik & dia tanya nak berhenti dekat mana. Kami tunjuk bus stop yang kami nak turun tu (dalam tulisan Korea sebab receptionist information counter dah tolong tuliskan siap siap tadi). Tapi jangan risau, setiap hentian, TV dalam bus tu akan tulis nama setiap hentian tersebut dalam bahas Inggeris serta Korea.

Bus akan stop stop di banyak bustop. Sama je macam bus RapidKL. Bus sangat selesa dengan free wifi yang lajuuuu. Trip kali ni saya tak perlu tukar or beli traveler simcard pun. All depends on free wifi yang memang laju di Jeju ni.

Perjalanan dari airport ke Seogwipo mengabil masa selama 1 jam. View sepanjang jalan memang the best. Suasana kampung yang bersih memang nampak tenang sangat.

Kami turun di hentian Jungang Rotary. Memang dalam tv tu dah bagitahu next station Jungang Rotary, tapi driver tu pun insist bagitahu lagi dekat kitaorang. Bagus betul orang Korea ni. Tambang bus dalam 3,000 KRW.

As usual, saya akan baca review setiap kali nak book hotel (harga, location, condition) ni 3 yang paling penting. Kami terus berjalan menuju ke guesthouse dengan berpandukan offline Google map. Tak jauh pun dari bustop tu nak guesthouse dalam 5 mins sahaja.

Minjoongak Guesthouse

Di Seogwipo kami telah book di Minjoongak Guesthouse. Harga untuk 2 malam RM 200. So seorang jatuh pada RM 100.

Sampai di guesthouse, kami tunggu owner tu dalam 5 mins. Owner hubs & wife sangat sangat baik & banyak bantu kami sepanjang kami stay sini. Dapat kunci, kami terus ke bilik & rehat sekejap.



Yang penting toilet bersih

View dari bilik

Bilik kami pilih ala ala Korean bedroom style. Tidur atas lantai beralaskan tilam toto tu. Tak ada katil. Tapi tetap selesa tilam semua empuk lagi. Bukan selalu dapat experience macam ni kan?

Comel je korean style bedroom ni

Selesai mandi & rehat, kami terus plan ikut itinerary asal. Jam dah pukul 4.50 petang, jadi kami turun ke bawah & check map Seogwipo. Owner suggest kami ke Jusangjeolli Cliff.

Untuk ke situ, kami perlu naik bus lagi. Kami terus ke bustop tadi di Jugang Rotary. Tapi bukan naik di situ, tapi berhadapan dengan bustop tu. Make sure bustop betul & no bus pun betul. Agak complicated sikit dengan bus dekat sini tapi kalau keliru, tanya je orang sana, mereka sangat membantu walaupun English diaorang kurang sikit. Just tunjuk gambar destinasi, diaorang akan paham & bagi direction.

Kami amil bus no 520 untuk ke Jusangjeolli Cliff. Perjalanan mengambil masa selama 45 mins. Agak jauh jugak. Driver pun tanya nak ke mana, & kami bgtahu nak ke situ, dia akan bgtahu bustop mana & dia akan suruh kami turun di situ.

Sampai di bustop, driver bus kata turun & jalan kaki dalam 10 mins nanti sampai ke Jusangjeolli Cliff. Kami pun berterima kasih pada driver yang sangat baik hati tu & dia tersenyum je.

Kami jalan kaki dalam 8 mins & sampai di Jusangjeolli Cliff. Unfortunately, kami sampai, entrance untuk ke platform Jusangjeolli Cliff dah tutup. Sebab dia tutup pukul 5 & kami sampai waktu tu dah pukul 5.50 petang.

Tadaaaa

Takpe jangan risau, kalau entrance dah tutup, ada lagi satu port nak tengok view cliff yang catik tu, jalan ke bawah turun bukit sikit, nanti ada satu port yang sangat cantik.








Tak perlu entrance fee pun dekat sini, kalau nak masuk ke platform mungkin akan dikenakan charge.

View cliff dengan ombak laut memang cantik sangat. Kami pun tunggu sampai sunset dekat sini. 10000% jatuh cinta dengan view sunset dekat sini.




Selesai semua, kami terus berjalan ke bustop untuk pulang ke guesthouse. Waktu dah pukul almost 7 malam. Tak silap bus ada waktu waktu tertentu. Boleh refer sini untuk masa bus bus (https://allaboutjeju.com/jeju-bus-routes/intercity-bus-routes-jeju/). Tambang bus lebih kurang 1,700 KRW.

Kami sampai di guesthouse dalam pukul 8.30 malam & kami terus makan malam (Brahims, sambal telur & maggi). Dekat Seogwipo ni susah sikit nak cari makanan halal. Saya ada baca, Jeju City banyak la restaurant halal. Jadi kalau nak stay dekat area Seogwipo, better bawak makanan siap siap ya.

Pukul 10 kami dah tidur sebab excited sangat untuk destination esok hari! Yayy



DAY 2

Awal pagi kitaorang dah bangun. Pukul 4 pagi dah bangun & siap siap. Misi utama harini ialah Seongsan Ilchulbong & Udo Island!

Excited sangat sampai kami amik 1st bus paling awal pukul 5 pagi. Semalam owner dah bagitahu suruh kami amik bus paling awal sebab kalau sempat boleh tengok sunrise dekat Seongsan Ilchulbong.

Bustop nak ke Seongsan Ilchulbong dekat je dengan guesthouse, dalam 3 mins je. Ni bustop lain lagi haha. Nasib baik owner bagitahu which bustop & no bus yang kitaorang kena amik.

Kami tunggu bus di Old Terminal Seogwipo. Bus no 201 sampai tepat pukul 5 pagi. Kami naik bus & terus duduk. Perjalanan mengambil masa dalam 1 jam 10 mins. Dah terlepas sunrise, sebab pagi di sini cepat.


Ikut je direction yang diberi

Untuk ke Seongsan Ilchulbong, kami akan turun di bustop Seongsan Ilchulbong Entrance. Tambang bus dalam 1,150 KRW. Dari bustop, kami jalan kaki dalam 5 mins menuju ke entrance Seongsan Ilchulbong. Waktu tu dah pukul 6.20 pagi, dah cerah pun hari dah macam pukul 10 pagi.



Sampai di situ, kami terus beli ticket masuk dengan harga 2,000 KRW per person.



Angin sangat kuat time ni sebab Seongsan Ilchulbong ni sebelah laut. Kami terus masuk & menikmati angin laut yang sangat kuat. Habis rosak rambut hahha.








Untuk ke peak, anda perlu mendaki tangga yang agak tinggi & lama (sebab stamina tak ada pagi pagi). Kami amik masa almost 45 mins jugak la nak sampai ke peak paling atas (sebab banyak berhenti rehat dekat pondok pondok). Make sure siap siap bawak air mineral.

Jauh lagi nak sampai peak ni haha

Hilang penat bila dah sampai dekat peak paling atas. View dia memang the booommmm. Boleh nampak Udo Island dari atas. Untuk info, Seongsan Ilchulbong ni dipanggil Sunrise Peak & dia terbentuk dari volcano atas laut. Kira volcano tu dah mati lah.

View pekan dari peak


Kawah volcano dulu




Di peak, anda dapat lihat view sekitar pekan & dapat lihat mendapan kawah gunung berapi yang dah mati (dah berumput hijau).







Kami habiskan masa lebih kurang sejam dekat atas ni. Nak turun senang je tak yah nak pakai banyak tenaga sangat haha.



I made it to the peak!




Selesai di sini, kami terus turun & menuju semula ke bustop Seogsan Ilchulbong Entrance untuk tunggu bus nak ke Udo Island. Tapi bus lambat sangat. Ada sorang pakcik cab ni datang & offer naik cab dia hantar ke jetty.

Sebelum naik, kami tanya siap siap berapa harga sebab tak jauh pun jetty tu dari bustop kami, cuma nak jalan kaki tu memang tak lah hahha. Dia pun offer dalam 2,500 KRW lebih kurang RM10. So sorang dalam 1,250 KRW. Okay la tu dari nak tunggu bus lama so buang masa nanti.

Jadi kami terus ke jetty dengan menaiki cab. Tak jauh pun dalam 10 mins dah sampai. Excited sangat nak ke Udo Island ni, kami terus ke counter ticket.

Jetty Udo Island

Rasa nak menangissss sebab ferry service untuk harini not available (atas sebab cuaca berangin, laut berombak kuat). Musnah la harapan nak ke Udo Island. Jadi itinerary terbantut sekejap dekat sini.



Plan asal memang hari kedua nak habiskan masa di Seongsan Ilchulbong & Udo Island sebab dua dua ni berdekatan. Jadi kami terpaksa ubah plan. Nasib waktu tu baru pukul 10 pagi.

Pikir punya pikir, my aunty ajak ke Play Kpop (museum kpop)…..

Speechless sekejap hahaha (I’m not a kpop fans)

Takpe ikutkan aje, kami plan nak balik ke hotel semula untuk mandi & tukar baju. Jadi kami terus ke bustop terdekat nak cari bus balik ke gueshouse. Kami naik bus no berapa tak ingat & harga pun 1,150 KRW untuk ke guesthouse.




Selesai mandi & makan, kami terus keluar untuk ke bustop nak ke Play Kpop. Bustop kali ni agak jauh, kena jalan kaki 15 mins dari guesthouse. Laluan bus untuk ke Play Kpop ni actually sama je macam laluan nak ke Jusangjeolli Cliff semalam, tapi owner guesthouse kata better naik dari bustop New Kyumnam Tourist Hotel sebab bus tourist ni laju so cepat sampai & tak buang masa (katanya)

Sampai dah (my aunty excited terlebih)


Dari bustop New Kyumnam Tourist Hotel, kami amik bus no 600 & turun di bustop Korean National Tourism Organisation. Turun je bustop terus nampak Play Kpop building besar depan mata.

My aunty so excited meanwhile I’m not. Sedih lagi sebab tak dapat ke Udo Island.

Entrance fee untuk Play Kpop ni 15,000 KRW. A bit mahal sikit & dia ada had masa pulak tu. Only 3 hours per entry sahaja ya. Building nampak besar tapi tak tahu la dalam dia macam mana. Let’s explore.



Play Kpop ni dia museum music music di Korea. Start tahun 70an hingga sekarang. Mostly siapa yang minat kpop memang akan dating ke sini la.

Kami habiskan masa lebih kurang 2 jam dekat sini. Not bad la boleh la layan kan my aunty sorang ni hahaha.



Hahahaha



With her Oppa






Kami trus ke bustop tadi & amik bus yang sama no 600 untuk pulang & turun di bustop yang sama di New Kyumnam Tourist Hotel. Tambang bus pergi & balik 5,000 KRW per person. Bus no 600 ni mahal sikit sebab dia airport limousine.

Map bustop bus 600


Sampai di bustop Kyumnam Tourist Hotel, kami plan nak ke Cheongjiyeon Falls. Jalan kaki je dari bustop tadi lebih kurang 10 mins dah sampai.




Entrance fee di sini dikenakan sebanyak 2,000 KRW per person. Ticket entrance kena beli guna kiosk, tak ada counter. Jangan risau, kiosk dia user friendly, ada English version.



Selesai beli ticket di kiosk, kami menuju masuk & guard akan periksa ticket sebelum masuk ke kawasan waterfalls. Actually waterfall ni tak boleh mandi pun, just tengok view dia je.

Eh macam sama je


Patung ni memang banyak dekat Jeju


Jangan confuse ya ada dua waterfalls yang nama dia almost sama. Cheongjiyeon Falls & Cheonjeyeon Falls. Yang saya pergi ni ialah Cheongjiyeon Falls tauuuu. Lagi sat utu jauh dari sini so kami tak pergi.

Untuk sampai ke waterfall ni, kami trekking around 10 mins jugak la nak sampai ke situ.

So waterfall dia macam biasa biasa je, but still nice! Kan best kalau boleh mandi dekat sini. We spent about 1 hour dekat sini duduk & watched the people around.




Keluar dari waterfall, kitaorang singgah beli waffle (bentuk sotong) tapi dalam dia bukan isi sotong tapi isi cheese yang banyak gila. Harga pun around 3,000 KRW.




Kami terus berjalan menuju bridge dalam 10 mins. Ada satu bridge dekat hujung jetty. View sini pun cantik. Bridge tu menyeberang ke satu park. Free entrance.

Ombak rindu

Hari pun dah almost mala, kami terus jalan kaki balik ke guesthouse. Harini kaki memang nak patah sebab banyak sangat berjalan dari pagi non stop.

Singgah GS 25 macam 7E tapi lagi banyak choice snacks. Malam pun kami makan bekalan yang dah siap bawak dari Malaysia.


DAY 3

Semalam pukul 8.30 dah tidur, memang pengsan habis terlalu penat. Bangun bangun dah pukul 7 pagi. Terlupa harini nak check out & gerak ke Jeju City.

Bye :( 

Kami breakfast & berkemas untuk check out. Time to say good bye to Seogwipo.

Lepas check out, kami terus jalan kaki ke Old Terminal Seogwipo semalam. Amik bus no 281 untuk ke Jeju City & turun di Jeju Bus Terminal. Tambang bus lebih kurang 1,150 KRW. Perjalanan amik masa lebih kurang 1 jam juga.



Sampai di Jeju Bus Terminal, kami terus google map menuju ke hotel. Jalan kaki dalam 10 mins juga, cuaca panas terik! Kali ni di Jeju City, kami menginap di Jeju Sky Hill Business Hotel. Macam biasa booked di Booking.com dengan harga RM 225 untuk 2 malam. Sorang jatuh kepada RM 112.50 untuk twins room.


Tu building hotel kami


Receptionist di sini juga sangat friendly & banyak membantu. Plan untuk harini nak pergi ke Monsant Café nak tengok sunset tapii macam jauh dekat area Aewol-ri amik masa pun 1 jam naik bus. Takut tak sempat nak balik.

Jadi, kami tukar plan ke Loveland (18sx only). Ni memang kitaorang main redah je nak pergi museum ni hahaha. Dinasihat kan tak yah pergi ke sini kalau bawak anak anak kecik.

Dari hotel, kami jalan kaki dalam 2 mins ke bustop berdekatan. Amik bus no 465 dengan tambang 1,150 KRW. Perjalanan dalam 30 mins. Bus akan berhnti di bustop berhampiran dengan Loveland. Kami turun dan menuju ke museum tu dengan fee yang berharga 12,000 KRW.










Kami spent around 1 jam lebih di sini dengan cuaca panas terik.

Selesai di Loveland, kami ke Mysterious Road cuma 3 mins je jalan kaki. Mysterious Road ni korang boleh google keunikkan dia. Lupa nak record video time tu sebab memang cuaca panas terik.




Kami balik naik di bustop yang sama, amik bus no 465 dah pulang ke Jeju City. Turun pun di Jeju Bus Terminal dengan tambang yang sama 1,150 KRW.

Sunset di Jeju City
Balik hotel rest & kami plan nak keluar untuk dinner malam ni. Malam ni kami ke Jugang Underground Market. Nak ke situ, dari hotel, kami amik bus no 332 & turun di bustop Jeju Jungang Underground. Tambang 1,150 KRW.

Turun bawah tu baru jumpa mall ni





Market ni dia bawah tanah macam station train, tapi train takde. Dekat sini banyak jual face masks dengan harga yang sangat murah. Kami shopping sekejap di sini sebelum makan malam.





Keluar dari underground mall ni, kami menuju ke satu street. Saya lupa nama street tersebut. Street tersebut banyak jual sneakers, banyak branded stuffs dekat sana. Kebetulan time kitaorang ke sini, tengan summer sale. Memang banyak la Adidas, Nike tengah sale. Apa lagi hehehe.







Selesai shopping, kami terus cari restaurant CurryWood (Indian & Nepal Cuisine). Restaurant ni betul betul atas kedai Le Coq Sportif di level 2. Makanan sini memang sedap & harga pun affordable.



Kami pilih set untuk dua orang iaitu set nasi biryani dengan curry, ayam tandoori & macam macam lagi side dishes dia. Harga untuk set ni 50,000 KRW. So sorang hanya 25,000 KRW. Very recommended sebab memang sedap.

Curry ayam dia sedapppp

Di Jeju City ni, mostly bus akan stop perkhidmatan around 9 pm. Tapi sekarang ni waktu dah 10.30 malam. Macam mana nak balik hotel? Kalau nak senang naik saja cab. Tak pun, cari bustop & dia ada midnight bus. Midnight bus start dari pukul 9pm-12 midnight macam tu.

Kami naik dari bustop yang sama kami turun di Jungang Underground, dan amik bus no 3002 dan turun di bustop area hotel kami dengan harga 2,000 KRW. Dah malam balik terus tidur.

Masks ni satu packet ada 12 pcs baru RM 10 macam tu



Day 4

Hari yang paling ditunggu tunggu! Harini kami akan ke O’sulloc! Di sini terdapat Tea museum (green tea) & juga Innisfree Jeju House. Excited pagi pagi dah siap & breakfast. Hotel ni tak include breakfast ya.


Dari hotel, kami terus ke jalan kaki ke Jeju Bus Terminal. Cari platform Jeju Intercity Bus Terminal. Dari situ, kami pilih untuk naik bus no 151. Tambang lebih kurang 2,000 KRW & perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam juga.


Cawan di O'sulloc


Sampai di O’sulloc, kami terus ke Innisfree Jeju House. Dekat sini ada ladang tea yang sangat besar. View pun cantik, macam ala ala Cameron Highland pun ada tapi cuma tak sejuk & kurang berbukit.



Hati hati


Masuk 2 saat nak gambar lepastu berlari keluar sbb takut ada ular hahaha


Kami terus ke Innisfree Jeju House & shopping di sini. Masuk je dalam ni, bau wangi dia boleh menagis happy rasanya. Honestly, skincare dekat sini memang murah berbanding di Malaysia. Kita boleh refund tax di sini.


Masks ni paling best!

Best cologne too !


Specialty dia dekat Innisfree House ni, dia café sendiri. Yang paling comel dekat café ni dia ada satu cake bentuk gunung Hallasan. Comel gila & sedapppp.

Hallasan Mountain cake 




Dekat sini pun ada handmade soap yang kita boleh buat sendiri. Kira macam diy la macam tu, kita boleh bentukkan sabun tu macam mana yang kita nak.



Harga untuk satu set diy soap ni lebih kurang 15,000 KRW dengan pilihan 3 flavor. Boleh pilih set Volcanic, Green Tea or Tangerine. Dalam satu set ni dia akan bagi kita 3 buku sabun. So worth it la dengan harga macam tu kan.

Ada 3 boleh pilih (prefer Green Tea & Tangerine)

Kita kena bayar dulu set sabun yang kita nak di counter, & lepastu dia akan bawa kita ke satu ruang untuk buat sabun tu. Semua instruction ada dlam set tu or dia akan tunjuk cara dalam iPad. Each one ada dapat satu iPad untuk refer depan mata.

Tempat nak diy soap kita

Set soap

Ingat senang, tapi leceh sikit la time nak menguli sabun tu. Leteh tangan oii. But overall best experience! Tangan pun lembut bau wangi tak yah cakap lah ahahaha.

Mine dah siap!


Masks masks masks


Selesai shopping & buat sabun di Innisfree, kami ke O’sulloc Tea Museum. Okay siapa yang die hard fans green tea WAJIB datang sini. Sumpah segala macam green tea dia semua sedap!!


Semua sedap


Okay tak sentuh pun 

Saya amik set A yang ada green tea frappuccino, green tea roll cheese cake & green tea ice cream! Ahh sumpah sedap memang nikmat green tea tu sangat sangat sedap. Rugi siapa yang tak minat green tea. Harga untuk satu set A ni
17,000 KRW. Dia tulis serving for 2, tapi ahh untuk sorang je dah boleh habis! (my aunty dia tak minat green tea sebab dia kata rasa air kura kura LOL)

Semua sedappppppppp

Muka happy la tu


Selesai di situ, kami nak terus balik ke Jeju City. Sama juga, naik bustop yang berlawanan untuk balik, bus no 151 juga untuk balik ke Jeju Bus Terminal. Tambang pun sama 2,000 KRW. Sampai di Jeju City, kami pulang ke hotel untuk rest sebentar.







Waktu petang, kami ke Jeju Dongmun Fish Market nak tengok fresh seafood. Naik bus di bustop yang sama semlam masa nak ke Jungang Unground. Tambang bus pergi balik as usual 2,300 KRW.

Entrance wet market



Honestly dengan wet market Jeju ni, sangat sangat bersih. Paham tak bersih dia yang tak ada sisa sampah & semua benda terlalu bersih. Ini pasar ikan ni bukan mall. Salute lah dengan kebersihan diaorang dekat sini.

Dari petang sampai ke malam kami spent dekat area situ. Area market ni berdekatan dengan Jungang Underground & shopping street tu. Apa lagi last night ni dekat Jeju City, kita shopping sampai habis duit hahah.




Singgah di Jugang Underground untuk beli facemasks & sikit sourvenir. Saya kurang pasti dekat mana entah kedai yang jaul sourvenir, dalam banyak banyak kedai dkat Jungang Underground ni, ada satu je kedai yang jual fridge magnet & keychain. Harga pun berpatutan.



Malam lagi sekali dinner tempat yang sama di CurryWood restaurant.

Selesai dinner, kami terus balik ke hotel. Okay start stress sebab barang shopping terlampau banyak & seorang hanya 20 kg luggage je ni. Rasanya memang dah overweight! Hahah siapa suruh shopping macam orang tak ingat dunia kan? Lol

Tengok la bersepah dia macam mana

Tengok la berapa banyak shopping kasut 

 

DAY 5

Happy 25th Birthday to me & Happy 27th Birthday to my aunty!
Apooo birthday nak celebrate dekat oversea, last last harini tak kemana pun sibuk dengan kemas luggage & flight balik kitaorang pukul 1 tengahari.

Pagi tu sempat saya lari kejap ke Jungang Undergound sebab nak beli socks yang comel comel. Semalam ada post dalam ig story, tak tahu pulak ramai nak kirim. Kedai sini mostly tutup pukul 9 malam, so semalam tak sempat nak beli. Tu yang lari pergi lagi pagini. Tapiii kedai tu tutup sedih nya :( *So siapa nak beli socks tu, beli dekat Jungjang Underground ni, murah & banyak gila choise yang comel comel.






Paling comelllll


Kedai pun tutup, saya balik ke hotel kemas bag, lunch & check out. For me I recommended this hotel sebab easy excess. Nak kemana mana pun senang.

Wajib beli honey butter almond ni ya bila sampai di Korea!


Kami amik cab untuk ke airport dengan tambang 15,000 KRW, so sorang jatuh 7,500 KRW. Tak jauh pun airport dari hotel ni dalam 15 mins naik cab dah sampai dah.



Sampai airport, memang timbang luggage masign masing overweigth!! Apa lagi nak tak nak, kena tambah lah. Kami tambah lagi 10 kg luggage dengan harga 20,000 KRW. Bertabahlah kalau pergi holiday & shopping, macam ni la jadinya.



Another quite zone

Flt balik ke KL pukul 1.30pm & kami selamat sampai di KL pukul 10 malam.


Sunset on board



Till next time Jeju Island & yes kalau diberi lagi peluang nak repeat Jeju, saya akan pergi lagi. Tak puas nak rasa angina Jeju & view yang cantik!



BUDGET LISTDOWN PER PERSON;
THINGS
PRICES (RM & KRW)
FLIGHT TICKET RETURN AAX
RM 780
INSURANCE
RM 26
MINJOONGAK GUESTHOUSE
RM 100
JEJU SKY HILL BUSINESS HOTEL
RM 112.50
T-MONEY TOPUP
27,000 KRW
SEONGSAN ILCHULBONG
2,00O KRW
PLAY KPOP
15,000 KRW
CHEONGJIYION
2,000 KRW
LOVELAND
12,000 KRW
INNISFREE SOUP
15,000 KRW
GREEN TEA SET
17,000 KRW
CAB
7,500 KRW
ADD ON LUGGAGE
20,000 KRW
SHOPPING
200,000 KRW
MEALS
80,000 KRW
OTHERS (RM)
RM 300
OTHERS (KRW)
100,000 KRW


RATE

548,000 KRW        = +- RM 2,030
                           = RM 1,312.50 + RM 2,030
                           = RM 3,342.50

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS