Hong Kong.
Plan nak ke Hong Kong dari 2016, sampai la 2018, baru
berkesempatan dapat pergi. Kali ini saya ke Hong Kong berdua bersama rakan
saya. Ticket ke Hong Kong kami beli 3 bulan awal lebih kurang RM650 return
termasuk luggage & juga meal. Kami ke Hong Kong selama 5 hari 4 malam.
DAY 1
Flight ke Hong Kong makan masa selama lebih kurang 4 jam.
Flight kami pada pukul 4.10 petang dan sampai di Hong Kong dalam pukul 8.15
malam. Tiba di Hong Kong International Airport, kami terus menuju keluar untuk
clear passport. Airport Hong Kong sangat besar, ikut je direction keluar untuk
cop passport.
Clear skies |
Selesai cop passport, kami tunggu hamper 20 minit untuk
collect luggage. Sebab orang terlalu ramai masa cop passport tadi. Selesai
collect luggage, kami terus ke counter berhadapan pintu keluar untuk collect
Octopus Card & juga sim card.
Kami beli Octopus Card & sim card awal awal online di
KLOOK. Jika anda nak ke Hong Kong, beli pakej2 di KLOOK. Harga sangat murah
berbanding beli on the spot. Bila dah siap siap beli online, anda akan dapat
voucher untuk redeem barang yang anda beli. Contoh macam Octopus Card &
simcard ni, saya perlu tunjuk voucher tu dekat counter & terus dapat. Cepat
& sangat mudah. Octopus Card berharga RM48 & simcard RM28.
Contoh voucher yang kami beli di KLOOK |
Dalam Octopus Card tu dah ada $50. Jadi kami tambah lagi $300
seroang untuk 5 hari.
Selesai di counter, kami terus menuju keluar menghala ke bus
station untuk menaiki bus ke Chungking Mansions dia area Tsim Sha Tsui. Just
ikut direction symbol bus, so nanti akan terus ke bus tation di airport tu.
Kami mengambil bus A21 (City Flyer).
Beratur untuk tunggu bus |
Bus ni kira macam bus KLIA-KL Sentral tapi bus ni ada
beberapa pit stop la macam tu. Harga bus seorang $33. Bus ni guna Octopus Card. Tak
silap boleh guna cash, tapi make sure cash tu genap2, kalau tak, driver bus tak
kan pulangkan balance. Kami naik bus & turun di bustop Middle Rd/Nathan Rd
untuk ke Chungking Mansions. Jangan risau nanti dia ada bagitahu next stop
dekat mana, so just be alert okay. Perjalanan makan masa lebih kurang 40 mins.
Refer sini |
Untuk trip kalini, kami pilih untuk tinggal di guesthouse di
Chungking Mansions. Kami book awal di Booking.com seperti biasa. Kami stay di
Las Vegas Guesthouse dengan harga RM600 untuk 4 malam. Jadi kami bahagi 2, so
sorang RM300.
Pada awal agak susah nak cari guesthouse ni sebab banyak
block block. Tapi guesthouse ni dah bagi direction awal awal so senang kami
terus cari lift di block masing masing.
Bilik untuk 2 orang teramat lahhh kecil ya, memang tak ada
ruang nak letak luggage kami yang besar ni. Luggage terpaksa letak bawah katil.
Hotel di Hong Kong ni memang mostly kecil & kalau nak yang standard besar
tu harga agak mahal. Okay la asalkan bersih, kita bukannya nak duduk dalam
bilik 24/7 kan?
Selesai kemas barang, kami turun ke bawah untuk cari makan.
Tapi dekat sini kedai banyak dah tutup sebab dah pukul 11 malam macam tu.7E je
yang buka so, kami beli roti. Memang tak
buat apa untuk 1st day.
Malam tak pernah tidur di HK |
Goodnight |
DAY 2
Hari kedua cuaca sangat cantik tapi suhu pun not bad tak
panas & tak sejuk sangat. Pukul 10 kami dah keluar untuk ke area Kowloon.
Dari Kowloon, kami terus berjalan di area Avenue of Stars.
Kami juga sempat singgah di Habour City Mall dekat area situ
juga. Banyak mall sebenarmya dekat Hong Kong ni. Kami jalan kaki keluar menuju
ke Star Pier dalam 3 mins.
Wishlist nak naik cruise ni nanti |
Best view in HK |
Kami ke Star Ferry Pier untuk naik ferry ke Hong Kong
Island. Ferry untuk ke Hong Kong Island mengambil masa lebih kurang 10 mins je.
Harga pula seorang $3.7 upper deck & $3.10 untuk lower deck. Kami
ambil upper deck sebab view lagi best. Guna Octopus card juga.
Diingatkan ferry pier ada 2 tau di Hong Kong Island. Satu di
Wan Chai Pier & lagi satu di Central Ferry Pier No 7. Nak explore Hong Kong
island, better turun di Central Ferry Pier No 7.
Kami berjalan kaki dalam 3 mins untuk ke Hong Kong
Observation Wheel (ferris wheel). Kami beli ticket on the spot dengan harga
seorang $20 sahaja. Not bad la pusing dalam3 round macam tu.
Ticket |
Lepastu, kami menuju ke IFC Mall yang terletak lebih kurang
10 mins jalan kaki dari ferris wheel tersebut. Senang je nak ke IFC Mall, sebab
ada tempat untuk jalan kaki terus masuk ke situ. Macam Pavi-KLCC.
View dari Apple Store |
IFC Mall ada macam macam. Apple store pun besar 2 tingkat
dekat situ. Kami spend around 1 jam lebih di situ.
My favourite! |
Then kaki just jalan kaki menuju ke Mid-Level Escalator yang
panjang tu. Actually kitaorang main redah je. Tak tahu mana entah kitaorg redah
last last jumpa haha. Tak jauh pun dengan IFC Mall tu. Around 10 mins jalan
kaki jumpa dah entrance escalator tu.
Area Mid-Lever Escalator ni best. Ada macam macam.
Ada Lush, ada hipster café & macam macam la. Kami spend time berjalan dekat situ around 1 jam jugak la sebab memang jauh & panjang escalator tu.
Ada Lush, ada hipster café & macam macam la. Kami spend time berjalan dekat situ around 1 jam jugak la sebab memang jauh & panjang escalator tu.
Mid-level Escalator |
Kami terus patah balik ke IFC Mall untuk naik train di Hong
Kong Station menuju ke Central Station. Satu station je pun jarak dia. Kami ke
Central Station untuk ke Peak Tram. Kami pun dah beli awal awal ticket untuk ke
Peak Tram ni. Harga combo RM51 seorang untuk fast lane + return ticket +
entrance Sky Terrace 428. Saya nasihat kan lebih baik beli awal di KLOOK sebab
memang senang & tak yah nak beratur lama kot.
Kalau beli di KLOOK, print siap siap voucher & ikut instruction di situ. Kami ikut directions di mana agent KLOOK akan tunggu kami di Central Station exit K. Dekat Hong Kong ni train station dia punya banyak exit ya. Bayangkan dari A sampai K berapa banyak exit dia. Guna Octopus Card ya.
Happy semacam |
Kalau beli di KLOOK, print siap siap voucher & ikut instruction di situ. Kami ikut directions di mana agent KLOOK akan tunggu kami di Central Station exit K. Dekat Hong Kong ni train station dia punya banyak exit ya. Bayangkan dari A sampai K berapa banyak exit dia. Guna Octopus Card ya.
Kami keluar Central Station dan cari exit K. Kami nampak
agent KLOOK tunggu dengan bendera tour. Boleh pilih masa untuk naik di Victoria
Peak ni. Kami amik waktu petang sebab nak tengok sunset & nak tunggu view
malam sekali. Serahkan voucher yang dah print tu, & agent KLOOK akan bagi
kita ticket tram.
Tour guide akan bagi kita ticket tram ni |
Lebih kurang 40 orang jugak lah join tour group ni. Kita
akan jalan kaki follow tour guide tu untuk ke peak tram. Tak jah, dalam 10 mins
jalan kaki dah sampai. Kami terus q fast lane untuk naik tram. Beratur dalam 20
mins jugak la sebab memang padat & ramai sangat orang time ni.
Yay dah sampai |
Dalam tram |
Macam tram dekat Bukit Bendera haha |
Perjalanan tram ambil masa lebih kurang 15 mins macam tu.
Kami terus ke Sky Terrace di building paling atas sekali. Masa kitaorang sampai
ni cuaca around 14 degree sejukkk. Almost sunset, tapiii last last takde
sunset. Keciwaaaaa.
Mana sunset :( |
Almost dark |
View malam |
Tak kisah nak spend berapa lama dekat atas tu sebab takde
maximum hours pun. Around pukul 9 malam kami turun. Tram nak turun ni pun ramai
beratur dalam 30 mins.
Kami terus jalan kaki balik ke Central Station. Kena ingat
road jalan kaki balik ke situ semula kalau tak sesat nanti lol.
Kami singgah makan di area Mid-Lever escalator. Street food
in Hong Kong are the best! Makan sini memang mahal. Kami spend around $100 per
head untuk makan malam.
Puas hati dinner malam ni semua sedap! |
Lepas makan, kami jalan kaki semula ke Central Ferry Pier No
7. Agak jah tapi cuaca sejuk so tak rasa penat sangat pun. Tapi kaki nak
tercabut jugak la lol. Dah pukul 12 malam, so dah balik tidur.
DAY 3
Tengok dalam forecast cuaca harini pagi hujan sikit &
tengahari dah panas. Okay so tukar plan. Kita ke Disneyland harini yayyy.
Actually nak ke Disneyland esok, tapi forecast hujan so tukar harini la ya.
Kami akan spend the whole day dekat sini, Kitaorang amik
pakej sehari jee, ada pakej 2 hari tapi nak buat apa macam membazir masa &
duit kot. Sehari dah boleh cover semua rides, jangan risau. Cuma pergi on
weekdasy memang tak ramai orang sangat. Ticket Disneyland Hong Kong kami beli
online di KLOOK juga dengan harga RM281 untuk seorang.
Untuk ke Disneyland, senang je cara naik train ke situ. Dari Chungking Mansions, jalan kaki ke Tsim Sha Tsui Station. Naik dari Tsim Sha Tsui Station & turun di Lai King station.
Dari station Lai King, amik line sebelah untuk ke Sunny Bay station. Turun di Sunny Bay station, tunggu di sebelah platform untuk ke Disneyland Resort. Senang & mudah. Naik train semua ni guna Octopus okay.
Untuk ke Disneyland, senang je cara naik train ke situ. Dari Chungking Mansions, jalan kaki ke Tsim Sha Tsui Station. Naik dari Tsim Sha Tsui Station & turun di Lai King station.
Dah excited terlebih bila nampak train mickey ni! |
Dari station Lai King, amik line sebelah untuk ke Sunny Bay station. Turun di Sunny Bay station, tunggu di sebelah platform untuk ke Disneyland Resort. Senang & mudah. Naik train semua ni guna Octopus okay.
Disneyland train |
Kami sampai di Disneyland awal around 9.30 pagi. Tapi lum buka lagi, pukul 10 pagi baru buka. Kami spend masa di sekitar Disneyland dahulu. Time ni hujan gerimis dah, like non stop. Rasa nak menagis.
Eh eh dah sampaiii |
Kami spend the whole day di Disneyland naik semua rides yang
ada termasuk lah ride budak2 sekali. Bayar mahal mahal naik la semua rides kan
hahahaha.
Hi Mickeyyyyy |
Make sure korang mintak sticker dengan orang yang jaga
setiap entrance di setiap rides. Stickers semua lain lain, ada juga yang sama.
Tapi amik je la. Kalau tak mintak diaorang tak bagi pun.
She's soo prettyyy |
Awhhh |
Hi Mr Stark |
Untuk makan, di sini ada banyak je tempat makanan halal dlam
Disneyland. Kena cari ada logo halal besar lagi dia tulis. Makanan dalam ni
macam biasalah mahal sikit. Kami spend around $150 jugak la seorang untuk lunch.
RM25 ye haha |
Sebelah petang ada Flights of Fantasy Parade. Yang ni paling best &
seronok. Orang dewasa pun jadi budak budak bila join parade ni.
Little princess |
Flights of fantasy parade |
Actually sebelah malam ada fireworks before close kan, but
tak tahu kenapa takde maybe sebab hujan renyai or castle tu tengah renovations.
Tk dapat gambar depan castle tu so sedih.
Bye & I'm gonna miss youuuuu |
Dah pukul 9 lebih, kami terus balik dengan melalui train
route yang sama tadi. Penat gila tapi happy teramat lol.
Perut adh lapar, kami cari café di sekitar Tsim Sha Tsui.
Kami ke The Spaghetti House untuk makan malam di situ. Kami spend around $140
untuk dinner malam ni. Makanan sini memang mahal so deal with it.
Level 2 The Spaghetti House tu |
Balik hotel dah penat tidur.
DAY 4
Hari ni kami plan nak makan nasi Itik yay quack quack.
Seperti biasa kami naik ferry di Star Pier & turun di Central Ferry Pier No
7. Dari situ kami jalan kaki ke Hong Kong station & naik train terus ke
Causeway Bay station.
Causeway Bay station ni bawah tanah, so kira bila keluar,
korang akan jumpa Time Square Hong Kong. Not bad & sangat besar mall ni.
Dari Time Square, kami guna google map nak cari kedai nasi itik yang famous ni.
Kedai ni dekat area pasar & dia dalam food court. Tak
jauh pun dalam 5 mins jalan kaki dah sampai, tapi bila dah sesat tu yang jauh
rasanya. Kami sesat dalam 10 mins jugak la mencari sebab memang takde sign
board nasi itik tu. Nama kedai nasi itik tu Wai Kee.
Dah 10 mins berpusing tempat sama, last last kami decided
naik tangga pasar tu & daaaa jumpaaaaa. Dah tengahari & perut dah lapar
so order nasi itik set $36 & Imran makan curry mee. Not bad memang
sedap gila dekat sini. Datang sini should try this.
Finally! |
Lepas makan, kami jalan jalan di sekitar area tu & balik
ke time square. Kami terus ke Hong Kong station semula. Lepastu kami ke Lush di
area Mid-Level Escalator. Ada lorong ni, dia ada mural. I don’t know la why
semua orang jakun nak dating sini snap pic dekat sini. Dekat Malaysia melambak
dah haha.
Lush! |
Hipster cafe & street art |
Kami ke café icecream Emack & Bolio’s dekat area situ
juga. Sedap gila icecream dekat sini flovour semua memang tiptop & boleh
pilih cone icecream yang ada macam macam. Kami pilih double scoop icecream with
marshmallow cone pun dah $70. Worth every penny.
Hello pretty |
Banyak pilihan flavor untuk cone |
Makan sambil menagis |
Kami terus ke Central Ferry Pier No 7 untuk balik ke Tsim
Sha Tsui nak tengok Symphony of Lights. Every night ada start pukul 8 malam
macam tu. Tak lama pun 10 mins mcam tu.
What a view |
Then kami spend dakat area situ, meriah jugak la waktu malam
ada ramai buat busker. Kami sempat naik ke Time Ball Tower dekat depan dari
Star Ferry Pier tu.
Then kami dari Tsim Sha Tsui station naik train menuju ke
Mong Kok station. Kami turun di Mong Kok station untuk ke Ladies Market. Ladies
market buka petang till malam.
Kami tak beli apa pun dekat sini. Oh ya cuma beli mini pendrive yang comel comel $100 untuk 10pcs. Murah kan?
Kami tak beli apa pun dekat sini. Oh ya cuma beli mini pendrive yang comel comel $100 untuk 10pcs. Murah kan?
Comel semua pendrive dekat sini |
Dekat sini taka da apa sangat pun dia macam Petaling Street
je. Tapi area Mong Kok ni sangat happening sebab banyak kedai. Cari je apa
semua ada, dari Cotton On, H&M, Adidas, Nike & macam macam lah.
Lepastu kami balik ke Tsim Sha Tsui station & terus
balik ke hotel.
DAY 5
Last day dekat Hong Kong awal pagi kami ke Mirandor Mansions
nak beratur beli cookies dkat Jenny Bakery. Jenny Bakery ni ada dalam Mirandor
Mansions. Just jalan kaki 3 mins je dari Chungking Mansions, jumpa la Mirandor
ni.
Nasib baik beratur tak panjang, dapat la beli cookies 4 tin.
Sumpah memang sedap gila cookies dekat sini. Wajib datang beli. Harga pun not
bad.
Kami sempat singgah di iSquare depan je Chungking Mansion.
Jalan jalan situ & singgah Starbucks beli tumblr hahaha.
Luggage kami tinggal di hotel dulu. Sebelum ke airport, kami
sempat pergi ke Choi Hung estate. Ni tempat famous nak bergambar. Ni building
rumah apartment yang di cat warna rainbow.
Untuk ke sini, kami naik train dari Tsim Sha Tsui station
terus ke Yau Ma Tei station. Tukar lane di sini, amik train menuju ke Choi Hung
station. Turun di Choi Hung station, kami sesat jugak la dalam 5 minit sebab
salah block.
Station Choi Hung pun dah rainbow |
Tanya direction dkat makcik2 semua tak tahu English. So
kitaorang cari budak sekolah yang pakai uniform sekolah mesti diaorang pandai
English. Last2 jumpa & dia kata block seblah sana kena menyeberang jalan.
Dah jumpa yay |
Yay finally jalan kaki dalam 10 mins dah jumpa. Wow terkejut
sebab ramai yang bergambar dekat sini berlatarkan apartment yang rainbow ni.
Kami spend almost 1 hour jugak la dekat sini dengan cuaca agak panas hahaha
Padahal tengah panas ni |
After that, kami terus amik train balik & singgah dekat
Prince Edward station dulu untuk lunch di Ma’s Restaurant. Menu sini not bad la
dimsum pun sedap. Nasi goreng almost RM 70 sepinggang hahaha. Kami spend around
$200
di sini.
Lapar |
Lepas makan, kami singgah di Mong Kok station nak shopping
last souvenir. Selesai shopping kami amik train balik ke Tsim Sha Tsui untuk
amik luggage di hotel.
Aunty tu pun sibuk nak interframe lol |
Flight kami malam so banyak masa lagi sebab tu kami habiskan
all out harini. Kami ke airport dengan menaiki airport express. Dari station
Tsim Sha Tsui, kami terus ke Lai King station untuk tukar ke platform menuju ke
Tsing Yi station.
Dari Tsi Ying station kami terus amik airport express menuju ke Hong Kong International Airport. Harga airport express RM23 pun kami beli di KLOOK.
Dari Tsi Ying station kami terus amik airport express menuju ke Hong Kong International Airport. Harga airport express RM23 pun kami beli di KLOOK.
Till next time Hong Kong, thank you :) |
Flight balik kami pukul 8+ malam & nasib baik tak
delayed. So far Hong Kong is one of my favorite city la. Cuma a bit expensive
la semua benda dekat sini. Till next time Hong Kong :)
BUDGET LIST DOWN PER PERSON;
THINGS
|
PRICES (RM & HKD)
|
FLIGHT
TICKETS RETURN AAX
|
RM 650
|
INSURANCE
|
RM 26
|
LAS
VEGAS GUESTHOUSE
|
RM 300
|
SIMCARD
|
RM 28
|
OCTOPUS
CARD
|
RM 48 +
$300
|
DISNEYLAND
HONG KONG TICKET
|
RM 281
|
PEAK
TRAM COMBO TICKET
|
RM 51
|
AIRPORT
EXPRESS TICKET ONE WAY
|
RM 23
|
SHOPPING
|
$ 1000
|
MEALS
|
$ 600
|
OTHERS
(HKD)
|
$ 700
|
OTHERS
(RM)
|
RM 300
|
TOTAL
|
RM 1707
+ $ 2600
|
RATE
$ 2600 = RM +- 1385
= RM 1707 + RM 1385
= RM 3092.00
No comments:
Post a Comment