Perth, Western Australia.
After balik dari Boracay, one of my best friend suddenly ajak
untuk ulang lagi trip ke Koh Lipe, Thailand. Kami plan next trip bulan Nov.
Bulan Nov im not sure cuaca dekat sana rasanya still monsoon. Okay so cancel
Koh Lipe. Next try cari tix flt ke Bali pula. Mostly semua cecah almost 500+
maybe sebab bulan Nov dah start cuti sekolah. Okay cancel Bali. So kita cari
flt ke Bandung pula. Harga pun almost the same dengan Bali. Kitaorang plan
untuk budget destination kali ni huhu.
Lepas dua tiga hari, kami cari lagi tix flt yang murah untuk our
next destination. Cari punya cari, tetiba terpikir untuk ke route Australia.
Okay so kitaorang terus tengok tix ke Perth. Wow not bad, kitaorang dapat dalam
rm650 return AAX not more than rm700. Well, nak tak nak
alang alang pergi je la.
Kitaorang prepare everything around less than 2 months. Paling
sakit time ni currency dah makin menaik. First tukar $1= rm3.05 lepastu kali
kedua tukar lagi terus naik rm3.35. Pengsan sekejap.
Mostly kami study some on the itinerary dekat sini :
-
(The Voket)
-
(Mada's World)
-
Group facebook ( Tips Cuti Cuti Perth )sangat
membantu
So lets go !
Day 1
Flt kami pagi pada pukul 10.10 am D7 232. Kami dah siap print
boarding pass, but dekat tix tu dia akan tulis ‘this is not your boarding pass’
So what you have to do, pergi counter check in untuk dapat kan lagi boarding
pass yang sah. Ini kerana Australia menggunakan visa, so ground staff Air Asia
akan double check visa & akan reprint new boarding pass. Make sure datang
awal sebab mmg ramai beratur untuk pengesahan document visa ini di counter
check in.
Untuk visa, kami beli melalui agent dengan harga RM20
sahaja per person. Ini butiran beliau. Sangat recommended.
Visa dah ready ! |
Untuk insurance saya ambil AXA yang berharga RM40 (Insurance)
Boarding pass yang dah ditukar |
Fav doughnut |
Flt KL-Perth mengambil masa selama 5 jam menaiki Air Asia X.
Well sepanjang jalan apa lagi, kami habiskan dengan tidur. Bangun tidur dua
kali tak sampai sampai. Seperti biasa, flt attendant akan mengedarkan arrival
card.
Flt sampai di Perth pada pukul 3 petang. Waktu Perth &
Malaysia adalah sama cuma di sana akan terang awal sama macam di Sabah Sarawak.
Kami terus menuju ke immigration. Sementara beratur di
immigration, kami sempat lagi berkenalan dengan orang Malaysia. Mostly mmg
ramai orang Malaysia untuk melancong ke Perth. Wifi airport sangat laju ya.
Setelah lepas immigration, kami terus menuju ke bawah untuk
final check. Di sini sangat ketat kerana setiap makanan yang dibawa akan di
check. Jadi untuk memudahkan kerja, kami awal awal lagi dah asingkan bag untuk
makanan sahaja. Kami bawa paket instant Brahim’s sahaja. Alhamdulillah memang
lepas.
Selepas itu, kami terus keluar untuk mencari simcard di dalam
airport Perth. Mostly orang akan recommended untuk mengambil simcard Optus yang
berharga $10 untuk 5 hari. Malang nya semasa kami sampai di situ, servis down.
So kami pilih simcard Vodafone yang berharga $15 untuk
10GB. Not bad line sangat laju.
$15 |
Selesai beli simcard, kami ke satu information corner untuk
collect semua brochure activity yang menarik di Perth.
Kami memilih untuk tinggl di hotel yang berbeza sepanjang 6 hari
di sini. Untuk 3 hari awal kami memilih untuk tinggal di Wombat Backpackers yang terletak di Hay Street.
Di sini ada dorm. Jadi, kami terus memilih untuk
booked private room untuk 2 orang sahaja. Agak mahal sedikit tetapi selesa bagi
kami. Kami kurang gemar jika tinggal di dorm yang bercampur dengan tourist
lain.
Harga private room untuk 2 orang adalah $56 untuk
satu malam. Jadi kami booked untuk 13-16 Nov. Untuk hostel ni, saya hanya bg 5
over 10 stars. Boleh baca review di booking. com ya nanti haha.
Saya saran kan agar anda stay di hostel@hostel yang berada di
area CDB (central business district)Ini kerana terdapat banyak bustop untuk
free bus iaitu CAT Bus.
Jadi untuk ke Wombat Backpackers dari airport, kami mengambil
bus TransPerth yang bernumber 308 yang berharga $4.60. Bus akan berhenti di
Elizabeth Quay. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 mins. Boleh refer di Transperth (Transperth)
Sampai di Elizabeth Quay, kami terus mencari free CAT bus untuk
ke hostel. Laluan CAT bus untuk ke hostel kami adalah RED bus line. Dari
Malaysia siap siap ya print out map untuk route CAT bus ni. Senang sampai di
sana terus cari.
Kami menaiki BLUE bus line & berhenti di bustop no 14. Jalan
kaki sedikit melintas sebelah jalan, kami tunggu untuk menaiki RED bus line
untuk ke hostel. Kami akan berhenti di bustop no 29 Queens Garden untuk ke
Wombat Backpackers.
Sepanjang perjalanan saya dapati every each of person yang turun
atau naik free CAT bus ni sangat sangat polite & friendly. Setiap kali
passengers keluar, mereka akan ucapkan thank you kepada driver bus tersebut.
Sangat polite.
Sesampai di bustop number 29, kami perlu berjalan kaki lebih kurang
3 minit untuk sampai ke Wombat Backapckers. Waktu dah menunjukkan pukul 4.30
petang. Jadi kami terus check in dan masuk bilik. Untuk deposit kamu kena
sediakan $20 sahaja untuk satu bilik. Jadi total untuk private
room untuk 3 malam berharga $168 untuk dua orang, so seorang hanya bayar $84 (Wombat Backpackers)
Hello |
Bilik kecik tapi okay la |
Di sini terdapat dapur untuk anda masak. Complete dapur, peti
ais, microwave semua ada dibahagian basement hostel ini. Jadi kami terus ke
dapur untuk panaskan Brahim’s yang kami bawa.
Tadaaaaa |
Chef of the day |
Semua masak sendiri puas hati |
Pukul 5 pm mostly kedai dah banyak tutup. Mereka memang tutup
awal, so yang buka hanyalah shopping mall.
Waktu free CAT bus juga akan
berakhir lebih kurang pukul 7 malam macam tu. Jadi kami sempat untuk menaiki
free CAT bus untuk ke Murray Street. Kami keluar untuk beli snacks di Woolworths
di Murray Street.
Di Woolworths barang dapur sangat murah & banyak pilihan.
Pilih saja semua jenis ada di sana. Strawberry, buah buahan & sayur semua
fresh fresh. Kami berbelanja lebih kurang $30 untuk makanan
di sini.
My fav |
Fresh strawberry |
Nuts |
Walnuts |
Yang ni paling fav |
Setelah selesai, kami terus pulang dengan berjalan kaki ke
hostel kami. Agak jauh juga Murray Street dengan hostel kami lebih kurang 3 km,
tapi tak terasa penat sebab cuaca malam tu hanyalah 17c.
Sejuk |
Kami terus balik ke hostel & tidur. End of day 1.
DAY 2
Im excitedddddddd for day 2 ! Harini kita akan pergi ke
Caversham Wildlife Park. Nak jumpa kangaroo yayy. Kami breakfast di hostel
dahulu sebelum keluar. Untuk ke Caversham route agak jauh jika menaiki public
transport.
Goodmorning |
Blue skies |
8 am |
Kami keluar pada pukul 8 pagi. Seperti biasa kami akan ke free
CAT bustop di no 29 Queens Garden & akan berhenti di bustop no 10 Forest
Place. Anda perlu melintas jalan untuk ke Perth Station. Jangan pergi ke Perth Underground ya. Sampai di Perth
Station, beli tix sehala untuk ke Basseandean Station iaitu di Zone 2 yang
berharga $4.60 untuk seorang. Jika anda confuse, sila Tanya di
information counter ataupun local people di sana. Mereka tersangat la friendly
& membantu.
Perth Station |
Platform 7 |
Train tix |
Sampai di Bassendean Station, anda perlu keluar dari station
untuk ke bustop yang ber number 955&956 & turun di Whiteman Park. Anda
tidak perlu untuk membeli tix bus lagi, tunjuk sahaja tix train tadi kepada
pemandu bus tersebut. Be alert untuk turun di Whiteman Park, ataupun cakap saja
kepada pemandu bus tersebut untuk berhentikan anda di sana.
Kami sampai di Whiteman Park pada pukul 11 pagi, terdapat satu
pondok telephone untuk ke Caversham Wildlife Park. Call sahaja di situ &
ada staff Caversham akan dtg untuk menjemput anda. Jika jalan kaki agak jauh
untuk masuk ke entrance Caversham.
Hello Whiteman Park |
Entrance fee untuk masuk ke Caversham Wildlife Park berharga $28 per person untuk adult. Agak mahal but really worth
it. Kami menghabiskan masa di Caversham sehingga pukul 3 petang. Terdapat
pelbagai show di sana. Cuma alert dengan masa show.
Di sini terdapat satu zone dimana semua kangaroo bebas untuk
kesana sini. Anda boleh feed kangaroo secara percuma. Dinasihatkan datang awal
pagi untuk feed kangaroo kerana mereka lapar pada awal pagi.
Banyakkkk Kangaroooo |
Mostly 90% orang Malaysia ada dekat sini hahaha |
White Kangaroo |
Possum |
Inilah dia Wombat |
Koala malu la |
Amik gambar pun kena beratur 20 mins haha |
Lets feed them ! |
Selesai di Caversham, kami meminta staff Caversham untuk
menghantar kami semula ke pondok telephone tadi. Sampai di pondok telephone,
kami terus melintas jalan untuk ke bustop. Tunngu bus 955&956 untuk ke
Basssendean Station semula. Di sini anda perlu sekali lagi membeli tix yang
berharga $4.60.
Sampai di Bassendean Station, anda tidak perlu lagi untuk
membeli tix train untuk pulang ke Perth Station.
Kami terus ke Murray Street untuk window shopping pada petang
itu.
Pada waktu malam, kami banyak menghabiskan masa di hostel kerana
penat berjalan satu hari. End of day 2.
DAY 3
As usual, breakfast dulu di hostel. Tapi tak nak breakfast berat
berat sbb kita nak makan fish & chip hehe.
Wuhuuu kita kan spend time di Fremantle ! Yayy. Okay untuk ke
Fremantle kita akan naik train di Perth Station juga.
Kami keluar hostel lewat sedikit pada pukul 11 pagi. So sampai
di Perth Station, terus beli tix Zone 2 untuk ke Fremantle yang berharga $4.60.
Jgan risau terlepas station kerana station Fremantle adalah station terakhir.
View dalam train |
So pretty |
Fremantle Station |
So hello Fremantle.
This small town sangat fresh sangat tenang
& seriously im in love with it. InsyaAllah kalau next trip maybe akan stay
satu malam di sini. Kami sampai disini around pukul 1 tengahari. Cuaca sangat
windy & memang best sangat vibes around here.
Actually ada juga free CAT bus dekat Fremantle ni tapi kami tak
naik pun. Just jalan kaki sahaja.
Langit biru memang cantik |
Tenang je town dia |
Old building everywhere |
Cantik kan? |
Tujuan utama kitaorang ke Frementle adalah untuk lunch fish
& chip yang sedap tu. Mostly kami hanya jalan kaki je sekitar Fremantle ni.
Sambil sambil boleh tengok building yang cantik & unik.
Kami terus ke Kaili's iaitu restaurant fish & chip tu. Ada
Kaili's & Cicerello's. Got my fish & chip + diet coke total $23.
Di hadapan Cicerello's |
Yay finally ! Kaili's |
Beratur untuk order |
Fresh fresh fresh |
Banyak menu so boleh pilih mana yang nak rasa |
Haziq ambil tuna chip dengan harga $13. Nak tambah sauce kena charge $0.50
untuk satu packet.
Kami menikmati fish & chip di bahagian luar restaurant
berlatar belakang kan view laut. Fuhhh the best ! Banyak seagull di siniso
berhati hati dengan makanan anda.
Haziq punya |
Its mine ! |
Table outside resturant |
Tuna Chip apa entah tapi tak sedap sangat hahaha |
My fish & chip lagi sedap hehe |
Nyanyi lagu camar yang pulang |
Habis makan, kami terus ke Bathers Beach berdekatan dengan
restaurant tersebut. Pantai ni boleh mandi, tapi mostly orang yang datang ke
sini tidak mandi di sini.
Bather's Beach House |
Panasnya matahari |
Di Bather's Beach |
Untuk cari souvenir yang murah, ramai syor kan untuk pergi ke
Eshed market & pergi ke Megabes. Owner orang Singapore katanya. Malang nya
Eshed buka weekend sahaja.
Jadi kami terus berjalan untuk ke kedai Freo Souvenir di
Fremantle St. Ownernya adalah orang Indonesia & fasih berbahasa melayu.
Boleh nego lagi harga semua. Hoodie Aussie di sini berharga $15. Not bad juga
la. Saya menghabiskan $30 untuk souvenir di sini. Sebab esok plan nak ke
Megabes tapi di kilang nya sendiri.
Freo Souvenirs |
Selesai beli souvenir, kami terus ke Cotton On di Adelaide St.
Nasib memang baik, time kami ke sana, Cotton On baru firt day buat sale &
semua barang berharga $10 sahaja. Apa lagi shopping habis *padahal tak check in
luggage mesti bag berat. Saya menghabiskan dalam $50 untuk
shopping di sini.
Seterusnya kami ke Chemist Warehouse berdekatan dengan Cotton
On. Di sini terdapat perbagai jenis perfume & memang murah. Atually dekat
Perth city pun ada juga. Shopping lagi la nampaknya. Tapi kena beli perfume
yang 100ml ke bawah sebab kami tak check in luggage, on cabin hanya boleh bawa
liquid 100ml sahaja. Saya menghabiskan dalam $50 di
sini.
Roti canai $6.50 berhuhuhu la kita |
Fremantle Market pun buka pun buka on weekend |
Fresh flowers belakang tu |
Hari dah petang, kami terus ke Fremantle Station untuk pulang.
Kami sekali lagi bayar $4.60 untuk tix
pulang ke Perth Station.
Goodbye Fremantle.
Kami sampai di hostel & packing barang barang untuk check
out pada tengahari esok.
End of day 3.
DAY 4
Breakfast di hostel dahulu before check out. Kami pindah ke
Hyatt Regency Perth di Adelaide Terrace selama 2 malam. Harga untuk standard
twin room berharga rm1350. Jadi kami bahagi kepada 2 iaitu seorang hanya bayar
sebanyak rm675.
(Hyatt Regency)
Selesai check in di sana, kami plan untuk ronda ronda Perth City
sahaja. Mostly kami habiskan masa untuk hari ke 4 di Murray Street. Cuaca
kurang elok & hujan pada hari tersebut. Kami ke Forrest Chase Myer shopping mall.
Kami juga pergi ke London Court di area situ.
Kami juga pergi ke London Court di area situ.
Amik vibes London mana tahu next year nak ke sana pula hehe |
So London |
Wajib rasa Dare sedappppp |
DAY 5
Hari ke 5 kami ke Megabes factory yang terletak di Malaga. Agak
jauh sedikit dari Perth City. Tetapi anda masih boleh untuk menaiki bus
Transperth untuk ke sana. Make sure, untuk kesana, kamu harus email dahulu
untuk buat appointment dengan owner di situ.
Kami terus menuju ke Perth Busport bersebelahan dengan Perth
Station. Untuk ke sana, kami harus tunggu untuk bus yang ber no 362 mengahala
ke Ballajura. Jika kamu confused, just tanya kepada driver bus untuk ke Megabes
factory di Malaga. Mereka sangat membantu. Harga bus juga sama di Zone 2 $4.60.
Ala ala TBS |
Perth Busport |
Perjalanan mengambil masa selama 20 mins. Driver bus berhentikan
kami di perhentian Illawarra
Cr Before Sunset Dr. Sampai di bustop tersebut, kami buka maps untuk route ke
Megabes. Hanya dalam 900 meter berjalan kaki dah sampai.
Email dulu before dtg ya untuk appoinment |
Here we go |
Tadaaa,
kedatangan kami di sambut mesra dengan owner Megabes. Mereka sangat friendly
& harga pun masih boleh negotiate.
Rasa nak
menagis sekejap sebab harga untuk hoodie Aussie di sini hanyalah $6 sahajaaaa. Saya
membelanja kan lebih krang $40 untuk
souvenir di sini.
Huuu |
Hoodie design yang sama beli semalam $15 menangis jap |
Kami
mengabiskan masa kurang dari 2 jam kerana ingin mengejar bus di bustop tadi
semula.
Untuk
pengetahuan anda, setiap tix Transperth untuk bus mahupun train, tix tersebut
sah selama 2 jam. Jadi jika anda naik bus pulang ke Perth Busport sebelum 2 jam
dari masa tix dibeli, ianya dikira sah lagi.
Jadi kami
sampai di bustop tadi & kebetulan waktu tix dah habis & bus sampai 2
mins lewat dari time table yang sepatutnya. Di Perth setiap public transport
mereka adalah sangat sharp. Bus pun begitu juga.
Jadi kami
terlebih 2 mins & tix kami dah expired. Jadi kami tunjukkan kepada driver
bus tersebut & guess what? Dia bagi kami naik tanpa membei tix baru.
Alhamdulillah save lagi $4.60 hahaha.
Sampai di
Perth Busport kami turun dengan mengucapkan ribuan thank you kepada driver bus
tersebut. Dia hanya tersenyum gembira hahaha.
Kami terus
balik ke hotel & mandi.
Pada waktu
petang kami ke King’s Park dengan menggunakan free CAT bus. Agak jauh sedikit
jarak antara bustop & King’s Park. Jadi kami jalan kaki & banyak
bertanya kepada local people untuk entrance King’s Park.
View dari
King’s Park sangat cantik. Kita dapat lihat Perth City dari atas bukit.
Habis ke King’s Park kami cepat cepat ke bustop untuk
mendapatkan free CAT bus sebelum waktu operasi mereka tamat.
Pada malam hari, kami banyak menghabiskan masa di Elizabeth
Quay. Cuaca windy & sangat sejuk sampai ke tulang.
End of day 5.
DAY 6
Awal pagi kami keluar untuk fresh air di Langley Park yang
berada di belakang hotel kami. Just walking distance.
Selepas itu, kami sempat singgah ke Chemist Warehouse lagi untuk
final shopping perfume hehe. Kali ni saya menghabiskan dalam $40 untuk perfume lagi haha.
Hasil tangkapan dekat Chemist Warehouse haha..
Selesai semua, kami packing bag & menuju ke bustop untuk mendapatkan bus Transperth ke airport. Bus juga berharga $4.60.
Flt kami pada pukul 4.50 petang, jadi tak perlu rushing lagi.
Kami sampai di airport awal. Jadi untuk boarding pass kali ini
juga, anda perlu ke counter check in untuk pengesahan visa lagi sekali &
dapatkan boarding pass.
Nasib kurang baik, setiap bag passengers yang menaiki Air Asia
akan di timbang oleh ground staff di situ. Menangis lagi sekali kami terpaksa
check in luggage on the spot kerana terlebih 7kg hahaha.
Nak tak nak terpasksa
juga bayar. Kami minimise kan bag untuk hand carry & check in 15kg untuk 2
bag. Jadi harga untuk 15kg adalah sebanyak $60. Jadi kami share berdua &
bayar $30 seorang. Menyesal juga tak pre check in luggage awal
awal time booked tix. Rasanya jauh lagi murah.
Paan buatkan hehe |
Paan one of my best friend crew untuk flight balik Perth-Kul |
Sunset |
Mana tak nya dengan perfume, souvenir, barang shopping lagi
memang full & berat la luggage tu haha.
Flt on time & yeah see you again Perth.
Nasib baik perfume banyak banyak tak pecah. Okay dah boleh beli luggage baru |
Actually banyak tempat kami tak cover contoh nya mcam Pinnacles,
Blue Boat House & banyak lagi la sebab kami malas nak sewa kereta. Maybe
next time pergi beramai ramai, kita sewa kereta & round Western Australia.
Do email me for more info ; irfannshazwan@yahoo.com
TIPS PERTH
1. 1. RAJIN SURVEY AIR
ASIA BIASANYA PERTH MURAH & BOLEH DAPAT DALAM HANYA RM 500 RETURN.
2. 2. JUST BAWA INSTANT
BRAHIM’S JIKA INGIN BERJIMAT UNTUK MAKANAN.
3. 3. AS USUAL, SIAP SIAP
BOOK HOTEL DI AGODA ATAUPUN DI BOOKING.COM.
4. 4. JANGAN RISAU TENTANG
MAKANAN HALAL DI PERTH MEMANG SANGAT BANYAK. CUMA HARGA AGAK MAHAL SEDIKIT.
5. 5. PRINT SIAP SIAP FREE
CAT BUS MAP.
6. 6. VISA JANGAN LUPA.
7. 7. MAKE SURE PRE CHECK
IN LUGGAE SIAP SIAP TIME BOOKED TIX JANGAN JADI MCAM KAMI KENA CHECK IN ON THE
SPOT HAHAHA.
8. 8. PERTH IS SAFETY FOR
SOLO TRAVELLER.
9. 9. FREMANTLE WAJIB
PERGI JIKA DAH SAMPAI KE PERTH.
BUDGET LIST DOWN PER PERSON;
THINGS
|
PRICES (RM & AUD)
|
TIX PERTH RETURN
AAX
|
RM 650
|
VISA
|
RM 20
|
INSURANCE
|
RM 40
|
WOMBAT BACKPACKERS
(3 NIGHTS)
|
$ 84
|
SIMCARD
|
$ 15
|
TRANSPERTH TIX ALL
INCLUDED (TRAIN & BUS)
|
$ 32.20
|
FISH & CHIP
|
$ 23
|
SOUVENIR SHOPPING
|
$ 90
|
CAVERSHAM WILDLIFE
PARK
|
$ 28
|
SHOPPING
|
$ 90
|
MEALS
|
$ 50
|
GROCERIES
|
$ 30
|
HYATT REGENCY HOTEL
(2 NIGHTS)
|
RM 675
|
CHECK IN LUGGAGE
|
$ 30
|
OTHERS
|
$ 100
|
TOTAL
|
RM 1385 + $ 572.20
|
RATE
$ 1 = RM 3.35
$ 572.20 = RM 1916.87
**RM 1385 + RM
1916.87
= RM 3301.87
No comments:
Post a Comment