Boracay, Philippines (21-25 September 2016)

Thursday, 9 March 2017

Boracay, Philippines.



Get ready




Bucketlist untuk tahun 2016 akhirnya tercapai. Mabuhay Boracay ! Untuk trip kali ini ke Boracay, saya hanya pergi berdua sahaja bersama aunty kesayangan. Planning untuk ke Boracay hanya mengambil masa selama 3 bulan. Kami beli ticket flt pada 25 July dengan harga hanya RM250 return KUL-Kalibo-KUL. Actually, boleh dapat murah lagi. Depends on tarikh yang available.


Im excited !


DAY 1
Perjalanan dari KUL ke Kalibo mengambil masa lebih kurang 4 jam. Air asia hanya terdapat satu waktu sahaja untuk penerbangan KUL-Kalibo iaitu pada pukul 10 pagi. Flt untuk hari tersebut tidak berapa ramai.



Mabuhay


Kalibo International Airport yay 

Kami selamat sampai Kalibo airport tepat pada pukul 2.00 tengahari. Sebelum mendarat, flt attendant akan edar sekeping immigration card. Setelah cop passport, kami terus ke pintu utama airport untuk membeli sim card & mengambil mini van menuju ke Caticlan Jetty.

Arrival Card



Untuk pilihan sim card, terdapat dua jenis sim card iaitu Globe & SMART. Kami memilih SMART sebab ramai yang syorkan line laju apabila sampai di Boracay. Harga untuk sim card hanya 300pesos untuk 5 hari. Selesai membeli sim card, kami ke luar airport & terdapat ramai agent mini van yang menawarkan perkhidmatan untuk ke Caticlan Jetty. Pilih sahaja mana yang sesuai & mostly harga yang mereka tawarkan adalah sama iaitu 250pesos per person untuk sehala. Harga yang mereka tawarkan ini termasuk mini van dari airport ke jetty & ticket boat dari jetty ke pulau Boracay. Untuk menaiki mini van ini, kamu akan share dengan passengers yang lain.


Van bertolak dari airport lebih kurang pada pukul 2.30 petang selepas penuh dengan passengers lain. Cuaca agak gloomy. Mungkin kami tersalah pilih tarikh sebab pada waktu tersebut adalah musim monsoon & habagat. Check di sini untuk cuaca di Boracay (Boracay Weather) Tapi kami berharap juga untuk dapat cuaca yang panas sepanjang 5 hari di sana.


Perjalan dari airport ke jeti pula mengambil masa lebih kurang 2 jam menaiki mini van. Jalan raya di sini agak mengelirukan. Just sit back & relax sepanjang perjalanan kamu semua dapat lihat sawah padi yang sangat luas. View seakan akan Kedah & Langkawi. Setelah tidur bangun sebanyak 2 kali, akhirnya kami sampai di Caticlan Jetty.



Caticlan Jetty

Muka excited + penat 






Cuaca a bit gloomy petang tu


Sesampai di sana, pemandu van akan memberi tiket boat yang telah kamu bayar tadi. Untuk jetty fees, kamu akan bayar sebanyak 20pesos per person dan environmental fees dikena kan sebanyak 50pesos per person. Boat dari jetty ke Boracay mengambil masa selama lebih kurang 10-15 minit sahaja.


Kami sampai di jetty Boracay lebih kurang pada pukul 5 petang. Saya nasihatkan agar kamu semua berhati hati untuk memilih tricycle dari jetty Boracay untuk ke hotel. Saya pernah terbaca satu review di mana mereka akan mengenakan charge yang tinggi untuk tourist menaiki tricycle. Sebelum naik tricycle, better tunjuk dahulu alamat hotel ataupun nama hotel kepada pemandu tricycle. Dan kebiasaanya satu tricycle standard charge hanyalah 100pesos. Kami dapat dengan hanya 80pesos untuk tricycle dari jetty ke hotel kami yang terletak di Bulabog Beach. 80pesos bahagi 2 so seorang hanya bayar 40pesos.


Second Wind Hostel by MNL

Lobi hostel



Perjalanan tricycle ke Bulabog Beach hanya mengambil masa selama 5-10 minit. Hotel kami mempunyai dua cawangan iaitu MNL Boracay Beach Hostel & juga Second Wind Hostel by MNL. Kami pilih Second Wind Hostel by MNL untuk standard twin room with breakfast. Boleh check di sini (Second Wind Hostel) Harga untuk 4 malam di sana hanyalah rm560, so bahagi 2 sorang hanya RM280 untuk 4 malam. Seriously, hostel ni sangat sangat recommended! Bersih, tempat strategik & staff yang sangat sangat baik & membantu. Deposit 250pesos.


Selesai check in, kami terus mandi & early dinner. Bayangkan lah dari pukul 10 pagi sampai ke 6.30 petang kami tak makan satu apa pun. Dalam flt plan nak beli nasi lemak, tapi dah sold out. Better pre booked meal awal awal jangan jadi macam kami kelaparan. Oh yaa, kamu semua better bawa makanan siap siap dari Malaysia seperti Brahim’s. Sini sangat sangat susah untuk cari makanan halal. Tak seperti Thailand. So untuk makanan, siap siap terus dari Malaysia. Jangan risau, di immigration Kalibo, mereka tidak tanya tentang makanan yang dibawa.



Pukul 7.30 malam kami terus keluar menuju ke D’Mall. D’Mall terletak lebih kurang 5-10 minit berjalan kaki dari hostel kami. D’Mall ni macam area Aonang Street ataupun seperti di Pantai Cenang, Langkawi. Di sana terdapat banyak restaurant & juga kedai cenderahati. Kami ke sini hanya untuk dapatkan package aktiviti selama 5 hari di sini. Jalan punya jalan, terjumpa seorang pinoy yang offer untuk aktiviti di sini. Mostly, mereka akan terus approach kita ketika kita berjalan. Jika tidak mahu, just senyum & buat tak tahu sahaja. Jika kamu melayu, memang sangat senang untuk bargain harga. Sepanjang kami di sana, kebanyakkan pinoy yang kami jumpa berborak dengan kami dalam bahasa Tagalog. Maaf tak paham satu apa pun, haha. Back to the package aktiviti, kami mengambil 5 aktiviti kesemua nya. Sangat banyak aktiviti yang mereka tawarkan.


Antara aktiviti yang kami ambil ;
-       Helmet diving
-      Island hopping & snorkeling
-      Parasailing
-      Zipline
-      Sunset sailing


Setelah tawar menawar kami dapat kesemua aktiviti tersebut dengan harga 4000pesos seorang bersamaan RM400 seorang. Agak mahal tetapi sangat worth it. Kami bahagikan 5 aktiviti tersebut kepada 2 hari iaitu hari ke2 & hari ke3. Untuk hari ke2 iaitu esok nya, kami memilih untuk aktiviti helmet diving & island hopping. Dan selebihnya kami lalukan untuk hari ke3. **p/s Sila pastikan agent yang kamu pilih adalah agent sah. Harus berjaga jaga juga takut kena tipu. So kami mengambil keputusan untuk membayar half dari 4000pesos pada malam tersebut & bakinya apabila habis kesemua aktiviti tersebut. Selesai memilih package tersebut, kami hanya berjalan sepanjang station 1, 2 dan 3. Bar & restaurant kiri kanan dan sangat happening. Tepat pukul 10 kami sampai hotel dan tidur. Kena rest puas puas nak collect semula tenaga untuk aktiviti esok. Tamat day 1.

Wajib snap gambar ID diaorang sebab takut kena scam





Our tour guide untuk all the activities



Seronok dia dapat icecream


DAY 2
Kuya (abang dalam bahasa tagalog) kami datang menjemput kami di hadapan hostel tepat pukul 9 pagi. Aktiviti pertama kami ialah helmet diving !


Here we go ! *towel sewa dari hostel haha



HELMET DIVING
First time ni nak merasa pakai helmet seberat 30kg dalam laut. Kebanyakkan aktiviti air terletak di Bulabog Beach. Helmet diving station terletak jauh dari pantai, so kami di bawa ke sana dengan speedboat selama 10 minit untuk sampai ke station tersebut. Waktu kami sampai, memang seorang pun tourist tiada di sana. Sangat sangat selesa sebab tidak sesak so view permandangan di bawah laut dapat jelas, yayyyyy.
Short briefing akan diberi dalam 5 minit. Mula mula memang gelabah kot nak masuk air pakai helmet berat tu. Seorang guide akan ikut kita ke dasar laut. Bila dah sampai dasar laut bila dapat jejak kaki dekat pasir, bukan main happy lagi.

Seriously permandangan dasar laut sangat sangat sangat cantik. Bila dah dalam air, helmet yang seberat 30kg tu rasa ringan. Mula mula telinga memang rasa pressure tapi lama lama rasa okay. Ikan sangat banyak, air pun jernih sangat. Rezeki kami memang time kami pergi tiada seorang tourist lain pun yang ada di dasar laut. Gambar pun apa lagi cantik la, tak crowded langsung.

Please bring along your gopro sekali. Rugi kalau tak bergambar dalam dasar laut. Oh ya, untuk aktiviti ni, guide tu akan snap gambar anda dalam dasar laut & akan burn di vcd & its FREE ! Kamu akan berada dalam dasar laut lebih kurang 30 minit. Wajib cuba helmet diving bila sampai di Boracay ya !!


Selesai aktiviti helmet diving, kami dibawa semula untuk ke Bulabog beach. ** SERIOUSLY DEKAT BORACAY NI MOSTLY DIAORANG AKAN MINTAK TIPS EXTRA LAGI, SO SEDIAKAN DUIT SYILING SIAP SIAP. BOLEH JE KALAU TAK NAK BAGI, JUST BUAT MUKA TAK TAHU JE. TAPI DIAORANG SIAP TUNJUK LAGI TIPS BOX BILA DAH SETTLE SESUATU AKTIVITI. TAK IKHLAS BETUL LA DIAORANG BUAT KERJA HAHAHA. Okay dah sampai Bulabog beach, kami tunggu kuya di satu khemah. Kami akan teruskan lagi aktiviti island hopping. Yayy tak sabar !

Banyakkk ikannnnnn


Boleh bagi ikan makan


Wuuuuuuu
.

Too excited haha







Jangan lupa amik VCD after activity sebab mmg free termasuk pakej





ISLAND HOPPING
Island hopping bermula di Bulabog beach pada pukul 1. Kami terserempak dengan pasangan Chinese Kuala Lumpur semasa aktiviti ini. So apa lagi jadi geng la. First stop untuk island hopping adalah di Puka Beach. View di Puka Beach sangat cantik. Ya terdapat aktiviti lain iaitu berkayak disini. Yang menariknya, kayak yang kamu naik adalah transparency kayak. Lantai kayak terus nampak dasar laut. Aktiviti ini lebih kurang 200pesos untuk 2 orang selama 30 minit. Tetapi kami tidak mengambil pun aktiviti berkayak tersebut.


Lebih kurang 30 minit di sini, kami terus menuju ke snorkeling point. Current dasar laut untuk snorkeling sangat kuat, jadi kami berkesempatan untuk turun sebentar sahaja. Tak larat nak melawan arus yang sangat kuat. Dasar laut di snorkeling point tu tidak lah secantik dasar laut di Koh Lipe ya. Hampaaaa.

Selesai snorkeling, kami dibawa ke satu tempat untuk lunch. Lunch untuk kali ini dah termasuk dalam package so tak perlu bayar apa apa. Semalam kami sudah bagitahu kepada kuya kami & request untuk makanan halal semasa island hopping, dan dia cakap memang tersedia makan halal di sana. Sesampai kami di restaurant tersebut, terdapat sate pork & sayur bayam bersama pork & ia bercampur dengan lauk lauk lain just like buffet. So, kami hanya makan buah buahan yang disediakan sahaja untuk mengalas perut.

Selesai lunch, kami di bawa untuk ke Crystal Cove & juga Magic Island. Macam biasa aktiviti island hopping dia akan pergi ke satu satu tempat yang akan dikena kan charge lain iaitu entrance fees. Terdapat 2 tempat iaitu di Crystal Cove 200pesos per person & juga di Magic Island (cliff jumping) 150pesos per person. Sampai di Crystal Cove, bagi sesiapa yang tidak mahu masuk ke dalam, boleh lah lepak lepak di tepi pantai tersebut & mandi. Boat berhenti di sini lebih kurang 30 minit.


Di entrance Crystal Cove




What a view


Magic Island ready to jump !


Selepas Crystal Cove, kami terus menuju ke Magic Island yang berhadapan dengannya. Yes yang paling di tunggu tunggu CLIFF JUMPING di Magic Island ! Selepas bayar entrance fees, kami terus ke platform untuk cliff jumping. Terdapat platform 3m,5m,7m,9m & 10m. Sukahati kamu nak buat berapa kali lompatan, unlimited haa. Mula mula buat 3m dulu baru langkah terus ke 5m & 10m. Yay cliff jumping di Magic Island checked !! Tapi rasa tak puas nak melompat sebab boat hanya beri tempoh masa selama 30 minit sahaja.
Selepas tu, kami terus dibawa balik ke Bulabog beach semula. Aktiviti untuk island hopping tamat pukul 5 petang.



Kami sampai di Bulabog beach & kuya kami tunggu di sana untuk membawa kami pulang semula ke hostel. Pada waktu malam, kami sekali lagi keluar untuk ke D’mall & groceries shopping di 7 Eleven di sana. Agak mahal juga snacks di sana. Maggi Chef untuk 1 cup tu pun dah 60pesos bersamaan RM6. Mungkin sebab pulau & tempat pelacong. Kami habiskan dalam 300pesos seorang untuk snacks & lain lain. Hari ke 2 tamat.






DAY 3
Hari ke3 kita start dengan aktiviti parasailing dahulu. Seperti biasa kuya kami sampai di hostel pada pukul 9 pagi juga untuk membawa kami berdua ke Bulabog beach. Actually hostel kami untuk ke Bulabog beach tak la sejauh mana just 10 minit berjalan kaki, tapi kuya kami baik sangat so dia pick up juga untuk pagi harini.

Sampai sini wajib beli cheese squeeze ni sedapp




Parasailing
Aktiviti ni yang aunty saya suka sangat. Okay lah layan kan saja hahaha. Dari Bulabog beach, kami dibawa ke station parasailing di tengah laut. Dari situ, kami transfer boat parasailing. Satu boat ada 3 couple untuk aktiviti ini. Kami dapat turn yang terakhir so yayy. Yes view untuk parasailing dekat Boracay sangat sangat cantik. Alhamdulilah cuaca harini sangat cerah & cantik. Kamu akan dapat lihat Mount Luho platform 360 view dari aktiviti parasailing. Aktiviti ni ambik masa dalam 15-20 minit.


Ni parasailing my aunty excited sangat


Selepas habis aktiviti tersebut, kami sekali lagi dibawa ke station parasailing untuk transfer boat menuju balik ke Bulabog beach semula. Sampai di sana, kuya kami dah siap tunggu untuk aktiviti seterusnya iaitu zipline di Mount Luho. Dari Bulabog beach kami menaiki moto (ber3 yeeeee) menuju ke zipline yang jalan dia berbukit. Scary betul bayang kan lah naik moto ber3 pula tu.


Its time to flyyyyyy


Haluuu


THE BEST VIEW !!


Superman 



Zipline Mount Luho
Kami sampai di platform zipline dah menunggu turn untuk aktiviti ini. Dalam 10 minit menunggu, turn kami pula. View sangat sangat cantik. Memang tinggi tapi seriously best. Actually, zipline ni just macam flying fox, tapi yang bezanya cuma kamu berada dalam keadaan baring untuk aktiviti ni. Yes sounds interesting ! Tapi siapa yang takut gayat tu haha try la, mahu tercabut jantung dibuat nya. Selesai pakai helmet & baju kami terus terbang melintasi gunung di Mount Luho. Jarak dari platform starting point ke ending point tak jauh pun lebih kurang 5 minit terbang di zipline tu. Bila sampai di ending point, kamu akan menaiki cable car untuk balik semula ke starting point. Actually bukan cable car pun, cuma kerusi yang tergantung haha memang menakutkan.


Yay habis aktiviti, kami terus balik ke hostel. Late lunch & tidur sekejap. Cuaca so far harini panas terik. Tak larat nak keluar. Dalam pukul 5 petang, kuya kami dah janji tunggu dekat Starbucks station 2 untuk aktiviti terakhir iaitu sunset sailing.





Zipline & awesome view 




After zipline kita balik semula naik cable car macam ni haha gerunnn


Flyy flyyyy


Sunset sailing
Sunset sailing start dari White Beach di station 1. View di sepanjang White Beach dari station 1 sampai ke station 3 memang banyak sail boat. Aktiviti ni paling relax & chill. Duduk borak makan Lays sambil tengok sunset. Lebih kurang 30 minit untuk aktiviti ni. Setiap satu sail boat boleh muat lebih kurang 8 passengers. So kamu akan share dengan tourist yang lain semasa aktiviti ini.
Sailing boat everywhere di White Beach


Haluuuuu



Sunset


Sunset sailing one of my favorite 







Selesai aktiviti sunset sailing, kami terus ke White beach semula. Say good bye to kuya sebab aktiviti kami dah habis dengan dia. Sangat recommended untuk amik package dengan dia. Sangat friendly & affordable. At the end, kami bagi dia tips 200pesos. Suka betul dia. Yelah taraf hidup diaorang tak sama dengan kita.


Kami terus stay di White beach untuk sunset sampai matahari terbenam habis. Malam kami berjalan kaki sampai ke station 3 yang terdapat satu tempat shopping cenderahati yang sangat murah iaitu di D’Talipapa. Saya nasihat kan agar shopping cenderahati di sini sebab memang murah & boleh bargain lagi. Jika di D’mall, harga sangat mahal. Ramai yang tidak tahu D’Talipapa ni sebenarnya jauh lebih murah dan banyak pilihan. Saya habiskan 1000pesos untuk cenderahati disini. ** JANGAN LUPA BELI DRIED MANGO 7D CEBU UNTUK BAWA PULANG KE MALAYSIA ! HARGA SATU PACKET 60PESOS. Tamat hari ke3.


Thank you Kuya 




DAY 4
Hari ke4 bangun pagi breakfast macam biasa. Harini boleh bebas tidak ada aktiviti lagi. Kami sekali lagi keluar di sekitar White beach untuk mandi pantai. Air di White beach sangat jernih. Kami menghabiskan masa banyak di sana sambil lepak di bar tepi White beach. Waktu petang kami jalan di sekitar White beach untuk mencari local people yang membuat sand castle. Jika lihat ramai pelancong tidak lepaskan peluang bergambar di sand castle berlatarkan White beach, tulisan Boracay, tarikh & juga nama di ukir di sand castle tersebut. Kebanyakkan nya anak anak nelayan mencari rezeki membina sand castle untuk pelacong. Boleh bargain juga. Kami dapat lebih kurang 80pesos per person untuk ukiran nama di sand castle tersebut. Agak mahal tetapi boleh lah untuk gambar kenangan.



Tadaaaaa


Yehaaaaa



Kami terus menuju ke station 1 untuk ke kedai Jonah’s Fruitshakes. Tak boleh kata apa apa lagi lah, fruitshakes dia sangat sangat sedappppppp. Satu botol range berharga 100pesos-150pesos. Sangat rugi kalau ke Boracay tidak rasa fruitshakes disini. Saya ambil banana chocolate with peanut butter fruitshake dgn harga 120pesos. Fuhhhh terangkat rasa dia memang sedappp habis. Seronok sambil layan fruitshake yang sedap sambil tengok view sunset. Heaven on earth !


Yesssss




Malam hari ke4 kami juga mengabiskan masa di sekitar station 1-3 & lepak di Starbucks. Suasana malam di sini memang non stop happening. Balik hostel terus kami pack bag siap siap esok awal pagi dah nak check out. Tamat day 4.



Area station 2-3



DAY 5
Flt untuk balik ke KUL dalam pukul 3 petang. So memang harus keluar check out hostel awal. Paling lambat pun pukul 10 pagi. Takut tak sempat untuk kejar flt pula nanti. Awal pagi kami dah siap breakfast dan keluar ke untuk ke station 1. Sekali lagi kami ke Jonah’s untuk fruitshake. Kali ni saya ambil banana avocaldo fruitshake 100pesos. Fuhhh memang semua flavor sedap habis. Selepas tu, kami terus ke Willy’s Rock berhadapan dengan kedai tersebut.


Tu belakang tu Willy's Rock





Selesai semua kami sempat lagi singgah di D’mall untuk last minit shopping cendehati. Nak ke D’talipapa tapi memang tak sempat sebab nak kejar masa. So terpaksa la bermahal sedikit di D’mall. Saya menghabiskan dalam 500pesos di sini.


Tepat pukul 9.30 pagi kami check out dan say good bye to friendly staff. They’re very nice though sampai sempat tahan kan tricycle depan hostel untuk kami pulang ke jetty. Tricycle hostel ke jetty Boracay macam biasa 40pesos per person. Sampai di jetty Boracay, kami terus beli ticket untuk boat ke Caticlan Jetty & mini van transfer ke airport Kalibo. Harga pun sama juga 250pesos untuk seorang. Jika pulang ataupun keluar Boracay, kamu tidak perlu untuk bayar jetty fees & environmental fees.



3 orang staff yang sangat friendly


Sampai di Caticlan Jetty, agent untuk mini van sudah menunggu kami di sana. Perjalanan mengambil masa 2 jam untuk sampai ke airport. Sampai di airport, kami bersiar siar di sekitar luar airport. Masa lama lagi untuk boarding. Jangan risau airport Kalibo ni macam bustand bus je. TBS tu lagi besar ya. So anda boleh bayangkan la airport dia rupa bagaimana hahaha. Oh ingat nak beli lagi dried mango 7D dekat luar airport, sekali tengok harga 90pesos per packet. Menyesal tak beli banyak dekat Boracay semalam.



Good bye Boracay :(



** AIRPORT TAX SEBANYAK 700PESOS PER PERSON JANGAN LUPA !!!
Mostly yang saya lihat ramai passengers kelam kabut ya untuk menukar currency RM-Pesos untuk membayar airport tax. So siap siap ya 700pesos dalam wallet untuk bayar airport tax semasa balik. Oh ya tolong siapa yang bawa backpack besar tu jangan lah duk berdiri lama lama depan kaunter check in luggage Air Asia. Kawan saya pernah kena panggil oleh staff Air Asia dan timbang backpack dia dan staff Air Asia suruh check in on the spot. Fuhhh bahaya tu. Maybe sebab dia nampak backpack tu besar sangat & yaa airport kecik so senang la staff dia nak tengok everywhere kan? Huhu.



Depan Kalibo International Airport





Selesai bayar airport tax, kami terus ke immigration. Tak strict sangat pun. Cuma dia suruh buka kasut or selipar untuk masuk dalam scanner tu sekali, lol. Flt a bit delay time balik. Tapi tak lama sangat menunggu. But seriously aiport Kalibo ni agak teruk, aircond sangat slow kot. Dah bayar airport tax mahal mahal duhh. Sempat beli Lays dekat airport yg large size tu a bit expensive sikit 180pesos & mineral water 20pesos. After 20 minutes delay tu terus naik flt. Spend dalam 250pesos dalam flight beli makanan. Nasib baik boleh pakai pesos sebab nak habiskan duit pesos. Nak tukar semula ke RM rasa macam rugi je. So habiskan la sikit sikit dalam flt.


See you again Boracay :)



Selamat sampai KLIA2 around 6.30 petang. Yang paling best sempat layan sunset dekat Mcd KLIA2. Just perfect ending for this wonderful trip.


Do email me for more info ; irfannshazwan@yahoo.com




TIPS BORACAY;
1. PILIH TARIKH YANG SESUAI @ SEASONS YANG SESUAI. JANGAN PERGI TIME MOONSON BAHAYA & A BIT MENYESAL NANTI.
2    2. BOOK HOTEL SIAP SIAP DI AGODA @ BOOKING.COM . A BIT RISK KALAU WALK IN NANTI.
3.      3. STATION 1 (5-4 STARS HOTEL) // STATION 2 (4-3 STARS HOTEL) // STATION 3 (MOSTLY BACKPACKERS) // BULABOG BEACH PUN OKAY.
4.     4. KALAU NAK MERIAH STAY AREA STATION 2 & 3, STATION 1 MORE LIKE HONEYMOON PLACES & SUNYI.
5.      5. BAWA BRAHIM’S SIAP SIAP SEBAB MEMANG SUSAH NAK CARI MAKAN HALAL DI SINI.  ADA SATU KEDAI MAKANAN HALAL DI D’TALIPAPA.
6.      6. SEDIAKAN SYILING IN PESOS SIAP SIAP. SEBAB EVERY ACTIVITY, DIAORANG AKAN MINTAK TIPS. AT LEAST GIVE THEM COINS PUN OKAY DAH.
7.     7. ALWAYS BE CAREFUL WITH PICKPOCKETS.
8.      8. 5 ACTIVITIES FOR 4000 PESOS KIRA MURAH LAGI, MORE THAN 4500 PESOS DAH KIRA MAHAL SO BETTER TOLAK OFFER DIAORANG.
9     9. JONAH’S FRUITSHAKES WAJIB PERGI !
1   10. AIRPORT TAX 700 PESOS PER PERSON JANGAN LUPA ! PALING PENTING KALAU TAK, TERLEPAS FLIGHT DUDUK LA AWAK DEKAT BORACAY TU LOL.














BUDGET LIST DOWN PER PERSON;
THINGS
PRICES (RM & PESO)
FLIGHT TICKETS KUL-KALIBO RETURN
RM 250
HOSTEL
RM 280
SIM CARD
300 PESOS
AIRPORT TRANSFER + BOAT TICKETS RETURN
500 PESOS
DEPOSIT HOSTEL
250 PESOS
JETTY FEES
20 PESOS
ENVIROMENTAL FEES
50 PESOS
TRICYCLE RETURN
80 PESOS
ACTIVITIES PACKAGE
4000 PESOS
CRYSTAL COVE
200 PESOS
MAGIC ISLAND
150 PESOS
GROCERIES SHOPPING
300 PESOS
TIPS
200 PESOS
SOUVENIR SHOPPING
1500 PESOS
DRIED MANGO 7D x 5 PACKET
300 PESOS
JONAH’S FRUITSHAKES
220 PESOS
SAND CASTLE BORACAY
80 PESOS
AIRPORT TAX
700 PESOS
AIRPORT SHOPPING
200 PESOS
IN FLIGHT MEAL
250 PESOS
OTHERS
1000 PESOS
TOTAL
RM 530 + 10300 PESOS


RATE
100 PESOS =  RM 9.05
10300 PESOS  = RM 950
**RM 530 + RM 950
= RM 1480








No comments:

Post a Comment

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS