Krabi, Thailand.
Hello 2016 ! This gonna be my first trip
for 2016. Where to? Heyy ofcoz Krabi, Thailand ! This is my second time ke
Krabi. Last time bulan September pergi like so sad sebab time monsoon. Hujan
non stop lepastu island hopping pun tak best, rugi betul rasanya. This time
bulan January sangat sesuai kalau nak pergi pantai dan pulau di sekitar
Thailand. Check disini untuk waktu yang sesuai melawat Krabi ( Krabi Forecast )
Ticket 2 months before dah siap siap
beli. Harga ticket retun KUL-KBV-KUL rm300 per person.
Kami pergi berlima. Plan just a few weeks before sebab saya dah ke sini so dah
tahu sedikit selok belok Krabi.
Diingatkan watu Thiland adalah awal 1 jam
dari waktu di Malaysia. So siap siap ya setting jam tangan & phone kamu
semua agar tidak keliru.
DAY
1
Kami amik second flt KLIA2 ke Krabi pada
pukul 11 pagi. Perjalanan mengambil masa tak lama pun lebih kurang 1 jam. Flt
agak full pagi ni. As usual, before sampai, flt attendant akan bagi immigration
card untuk diisi. Sampai Krabi airport terus cop passport dan turn ke lobi
bawah. Krabi airport tak besar mana pun, but just nice lah.
Terus ke lobi untuk amik shuttle bus
airport to Aonang. Harga untuk shuttle bus direct terus ke Aonang / hotel yang
kami pilih adalah sebanyak 150THB per person.
Selesai beli tickets untuk shuttle bus, kami menuju keluar ke entrance untuk
beli sim card Thailand. Actually negara Thailand ni, internet dia memang sangat
laju, even wifi pun bersepah dekat sana sini. Kedai makan a.k.a warong tepi
jalan pun ada wifi tau, jangan terkejut. Kami beli package sim card untuk 5
hari berharga 200THB untuk 5 GB kalau tak silap.
Selepas siap semua beli simcard, kami
terus ke entrance untuk mendapatkan shuttle bus. Sampai di sana, staff shuttle
bus akan dapatkan nama hotel yang kita stay di Aonang. Apabila shuttle bus
sudah penuh, kami meneruskan perjalanan menuju ke Aonang. Perjalanan mengambil
masa lebih kurang 1 jam setengah. Kalau nak relax more to beach ataupun nak
happening, I suggest kamu untuk stay di Aonang. Jika stay di Krabi town, agak
jauh untuk ke pantai. Terdapat banyak hotel or hostel backpacker di Aonang dan
murah murah.
Pada trip kali
ini kami mengambil pilihan untuk tinggal di sebuah banglo homestay yang
terletak di Aonang. Harga untuk homestay ini agak mahal tetapi sangat selesa
dan sangat bersih. Ada swimming pool lagi & tempat sangat strategik di
Aonang. Harga untuk sebuah bilik untuk 4+1 orang hanya lah rm1250 untuk 4
malam. So kami bahagi 5, jadi RM250 untuk
seorang. Boleh booking di booking.com
( Kithhome Krabi )
( Kithhome Krabi )
Shuttle bus akan berhenti di satu travel
agency berdekatan pekan Aonang. Staff akan panggil nama hotel kita, kita akan
turun di travel agency di situ. Mereka juga akan menawarkan package island
hopping di situ. Jangan risau, jika tidak mahu, cakap sahaja sudah booking dia
Aonang. Mostly price range di situ sangat mahal berbanding dengan agency yang
jual di sekitar Aonang street. Dalam lebih kurang 5 minit menunggu, satu mini
van akan dating untuk membawa kita terus ke hadapan hotel. Jangan risau, kita
tak perlu bayar apa apa lagi.
Dapur |
Living hall |
Entrance Kithhome |
Another corner untuk lepak lepak |
Staircase |
The best Kithhome memang 100% recommended |
Sampai di hadapan hotel, di Kith Home,
kami terus menunggu owner homestay tersebut untuk datang. Biasalah homestay so
tiada kaunter receptions. Owner nya ialah mat saleh ya, dia dah lama menetap di
Krabi. Selesai check in, kami terus rehat sebentar & keluar untuk late
lunch. Hari pertama kami hanya berjalan kaki sekitar Aonang street.
Untuk kedai makan yang halal, Aonang
memang bersepah dengan kedai makan yang halal. Kedai yang kami pilih adalah
kedai tomyam & seafood. Owner tu pun tahu cakap bahasa melayu. So tiada la
language barrier. Senang nak ber communicate. Untuk late lunch ni masing masing
spend dalam lingkungan 200THB per person.
Selesai makan, waktu pun dah senja, kami
pulang ke homestay. Pukul 8 malam, kami jalan kaki ke Aonang street untuk
mencari package island hopping. Oleh kerana saya sudah tahu tempat yang murah
untuk mendapatkan package island hopping, saya membawa mereka ke satu travel
agency ni untuk book island hopping untuk keesokkan harinya. Kedai ni terletak
di Aonang street. Salesgirl pun masih kenal saya lagi sejak bulan September
lepas saya booking di situ untuk island hopping.
Terdapat banyak pilihan untuk package
island hopping. Antaranya ialah;
1. - Phi
Phi Island
2. - 4
Islands
3. - 7
Islands Sunset Tour
4. - Hong
Island
Package ni berdasar kan harga dan range
price paling mahal ialah ke Phi Phi Island mencecah sehingga 1800THB per
person. Oh ya jika nak ke Phi Phi Island, bersabarlah kerana Phi Phi Island
adahal tempat yang sangat sangat padat dengan tourist. Memang sentiasa crowded,
lagi lagi time panas macam ni. Based on my last experiences, 7 islands sunset
tour pun best tapi nak kelainan kali ni, saya suggest untuk ke Hong Island
pula. Jadi kami memilih untuk ke Hong Island untuk lebih tenang & tak
terlalu crowded seperti di Phi Phi.
Harga untuk Hong Island ni adalah 700THB per person & TIDAK TERMASUK 400THB untuk
national park fees. Harga termasuk lunch halal & menaiki longtail boat.
Agak mahal, dahulu national park fees hanyalah 200THB per person. Kali ni agaknya
pihak kerajaan Thailand naikkan lagi harga mungkin sebab makin ramai tourist
datang melancong ke Krabi.
Selesai mengambil package island hopping,
kami bersiar siar di sekitar Aonang street dan dinner. Dinner cost around 200THB.
Kami kembali ke homestay awal untuk rest
kumpul tenaga untuk esok ! Yay. Groceries shopping di 7 Eleven cost around 200THB Tamat day 1.
DAY
2
As usual, free breakfast dekat homestay
but just roti bakar yang ringan ringan. Kami keluar ke restaurant berhadapan
dengan homestay untuk breakfast nasi kuning. Breakfast untuk seroang lebih
kurang 150THB.
Tuk tuk tik tik tok tok |
Yes island hopping people !! Tuk tuk
sampai di hadapan homestay kami pada pukul 9 pagi. Mostly kami tak mandi pun,
just gosok gigi cuci muka sebab kejap lagi sah sah nak menyelam ke dasar laut
kan? Hehe. Tuk tuk start ambil kami dahulu sebelum penumpang yang lain. Sampai
di Ao nammao Pier, kami diberi number plat longtail boat untuk menerusksan
island hopping. For me, I prefer longtail boat dari speedboat. Sebab speedboat
laju so tak dpat la nak menikmati view dekat tengah laut nanti kan? Boat agak
full but okay la ada je space lagi.
First pit stop, kami ke Daeng Island
untuk snorkeling. Kami diberi masa selama 30 minit untuk snorkeling ke area
tersebut. Memang tak payah merungut, air dasar laut sangat jernih. Selesai
snorkeling, kami dibawa ke Lading Island. Boat beri masa dalam 40 minit untuk
menikmati view di sini. Agak crowded tapi view memang cantik chill & relax.
Selepas Lading Island, kami ke satu lagi
snorkeling point. Seperti biasa boat akan berhenti selama 30 minit untuk
snorkeling tersebut.
Selesai snorkeling, kami bertolak ke Hong
Island. So disini agak lama dalam 1 jam setengah untuk lunch, so di sini juga
kamu akan bayar 400THB untuk
national park fees. View di sini sangat sangat cantik ! Yang penting makanan
halal sedap & boleh tambah lagi. Yes di sini sangat chill relax tak crowded
langsung. Selesai makan, kami snorkeling di sekeliling Hong Island.
Jetty Hong Island |
Lading Island |
Lading Island |
Hong Island |
#FAZFI TAKES KRABI |
Pemandu boat or staff tour akan panggil
semula kita selepas 1 jam setengah berada di Hong Island. Seterusanya destinasi
adalah ke satu point untuk snorkeling lagi sekali. Selepas itu kami dibawa ke
Hong Lagoon untuk lihat view di sana. Tetapi tidak boleh snorkeling. Air nya
pun paras pinggang sahaja. Tour tamat selepas itu.
Kami sampai ke pier dalam pukul 5 petang,
tuk tuk sedia tunggu dah hantar kami pulang ke homestay semula. Kami rehat dan
malam baru keluar semula untuk ke Aonang street.
Dinner untuk harini kami menghabiskan 250THB seorang. Selepas dinner, kami mengambil moto untuk
sewa. Moto scooter Thailand adalah 200THB manakala untuk scooter Noovo 250THB.
Sewa adalah untuk satu hari. Kami terus ke hotel Aonang Eco Inn untuk sewa
moto. Jika kamu ingin menyewa moto, better sewa under hotel, kerana setiap
sewaan moto, mereka akan memegang passport anda. Jika anda sewa moto under
hotel, tidak usah risau kerana mereka memang sentiasa ada di receptions.
Elakkan sewa moto di sekitar kaki lima Aonang street.
Kami mengambil 2 biji scooter Thailand
& 1 biji scooter Noovo untuk disewa selama 2 hari. So seorang jatuh kepada 260THB.
Kami terus mengisi petrol penuh untuk ketiga tiga moto yg berharga 300THB. Jadi
kami share hanya membayar seorang 60THB. Kami bersiar siar di sekitar Aonang pada
malam tersebut & ke foot massage. Foot massage selama 1 jam di charge
sebanyak 200THB.
Habis massage kami terus pulang ke homestay untuk rest. Tamat day2.
DAY
3
Kami plan untuk ke Emerald Pool dangan
menaiki moto. So kami mengguna kan waze sepanjang perjalanan. Yes sangat sangat
jauh & perjalanan mengambil masa selama 2 jam untuk pergi sahaja. Sangat
penat dengan panas terik lagi. Waze sangat membantu untuk ke sini. Pesanan saya
agar anda berhati hati menaiki moto kerasa jalan nya agak sesak di Krabi town
menghala ke Emerald Pool. Jika anda ingin mengambil package van pun ada, tetapi
kami lebih prefer untuk menaiki moto sambil melihat view sepanjang jalan menuju
ke sini. Well, cuma penat je la. Huhu.
Sampai di Emerald Pool, kami membayar
parking moto berharga 20THB. Entrance fees untuk ke Emerald pool adalah
sebanyak 200THB per person. Kami menghabiskan masa di sana selama 2
jam juga. Semasa kami berada disini, orang tidaklah berapa ramai sangat. So
dapatlah spend masa mandi lama sedikit.
Selesai mandi, kami terus berjalan menuju
ke dalam hutan untuk melihat Blue Pool. Akan tetapi, Blue Pool ini tidak
dibenarkan untuk sesiapa mandi di dalam nya. Agak jauh juga route laluan nak ke
Blue Pool ni. Mungkin berjalan lebih kurang 20 minit baru sampai ke situ.
Pretty Blue Pool |
Us again |
Setelah penat dan hari sudah petang, kami
terus keluar dan terdapat banyak kedai cenderahati serta restaurant halal di
situ. Cenderahati di sini agak mahal juga. Lunch dengan harga 300THB seorang. Setelah habis lunch, kami pulang semula ke
Aonang. Di pertengahan jalan, kami berhenti untuk mengisi petrol moto, so harga
untuk seorang 60THB.
Kami sampai di Aonang pada pukul 6.30 petang.
Setelah sampai, kami rest di homestay
sebelum keluar untuk dinner lagi. Dinner kami spend around 300THB per
person. Oh ya kalau nak dinner yang sedap, pergi ke night market area Aonang
street. Dekat situ cuba cari pancake paling sedap iaitu “Pancake Rotee
Yaminlah”.
Habis dinner kami shopping souvenir
berhadapan Masjid Aonang. Untuk shopping souvenir, di sini sangat murah
berbanding dengan harga di Aonang street. Malah penjual di sini sangat ramah,
baik hati & yang penting boleh bargain habis habisan. Saya habiskan dalam 1000THB. Setelah siap shopping, kami terus
balik ke homestay. Tamat day 3.
DAY 4
Last day
harini, seperti biasa breakfast free di homestay. But just breakfast ringan
sahaja. Kawan saya berdua ke Elephant trekking dangan harga seorang 500THB.
Around
11 pagi sempat rush pergi shopping lagi sedikit di Aonang street & sempat
massage lagi. Foot massage 200THB tetapi kali ni di spa yang lain. Mostly
sepanjang Aonang street memang banyak spa massage. Do some Thai massage without
oil. Memang best lega sakit sakit badan !
After
massage, ada masa lagi untuk lunch before balik. Last lunch dekat area Aonang
street juga. Cost around 300THB per person. Setelah selesai ke semuanya, kami
kembali ke Aonang Eco Inn untuk pulangkan semula moto.
Flt KUL
pukul 5 petang, mini van datang ke homestay around 3 petang. Mini van memang
selesa sebab hanya kami ber5 sahaja dalam mini van tersebut. Harga untuk mini
van dari homestay ke airport Krabi berharga 1200THB dan kami hanya membayar 240THB seorang.
Thank you for this wonderful trip guys |
Kami
selamat sampai di KLIA2 pada pukul 8 malam.
Do email me for more info ; irfannshazwan@yahoo.com
TIPS KRABI.
1. 1. WAKTU DI KRABI ADALAH AWAL 1 JAM DARI
MALAYSIA, JADI SILA SETTING PHONE & JAM TANGAN ANDA AGAR TIDAK KELIRU
DENGAN WAKTU DI SANA.
2. 2. KALAU BOLEH BOOK HOTEL SIAP SIAP. INI KERANA,
AIRPORT SHUTTLE AKAN MENGHANTAR ANDA BETUL BETUL DI HADAPAN PINTU DENGAN HOTEL
ANDA.
3. 3. BETTER TO STAY IN AONANG DARI KRABI TOWN.
4. 4. SURVEY DI SETIAP KEDAI TRAVEL AGENCY UNTUK
DAPATKAN THE BEST PRICES FOR ISLAND HOPPING TRIP.
5. 5. LINE WIFI SANGAT KUAT & EVERYWHERE SO TAK
PAYAH RISAU JIKA TIDAK BELI SIM CARD.
BUDGET LIST DOWN PER PERSON;
THINGS
|
PRICES
(RM & THAI BAHT)
|
FLIGHT TICKETS KUL-KBV-KUL RETURN
|
RM
300
|
HOMESTAY
|
RM
250
|
SIM CARD
|
200
THB
|
AIRPORT TRANSFER SHUTTLE BUS
|
150
THB
|
DEPOSIT HOSTEL
|
100
THB
|
MEAL EXPENSES FOR 4 DAYS
|
2000
THB
|
ISLAND HOPPING TOUR
|
700
THB
|
NATIONAL PARK FEES
|
400
THB
|
GROCERIES SHOOPPING
|
200
THB
|
SCOOTER
|
260
THB
|
PETROL
|
120
THB
|
FOOT MASSAGE
|
400
THB
|
EMERALD POOL ENTRANCE & PARKING FEES
|
220
THB
|
SOUVENIR SHOPPING
|
1000
THB
|
AIRPORT TRANSFER MINI VAN
|
240
THB
|
OTHERS
|
1000
THB
|
TOTAL
|
RM 550
+ 6990 THB
|
RATE
100 THB
= RM 12.00
6990
THB = RM 838.80
**RM 550
+ RM 838.80
= RM 1388.80
No comments:
Post a Comment