Hatyai & Koh Lipe, Thailand (17-20 February 2016)

Friday, 10 March 2017



Hatyai & Koh lipe, Thailand.


Maldives of Thailand ! Lepas beberapa hari balik dari Krabi last month, ada seorang kawan saya berkesempatan untuk ke Koh Lipe, Thailand. Based on gambar yang dia post dalam IG, okay I think im in love with this place. Google punya google baca itinerary semua, not bad. Tetapi agak jauh. Oh ya untuk ke Koh Lipe, kamu boleh ke sana hanya dengan menggunakan jalan air iaitu ferry or speedboat sahaja. Check di sini untuk cuaca di Koh Lipe (Koh Lipe Weather)
Koh Lipe sangat kecil memang tiada kenderaan kereta langsung di sana. Kamu boleh pilih untuk naik dari Langkawi ataupun dari Hatyai. Berikut merupakan harga untuk return ticket.

·         LANGKAWI – KOHLIPE – LANGKAWI = RM 200
·         HATYAI - PAKBARA – KOHLIPE – PAKBARA - HATYAI = 1200 THB

Memandangkan kami hanya berdua untuk ke Koh Lipe, jadi kami bercadang untuk ke Koh Lipe melalui Hatyai.

We are ready to go !


Kami ke Hatyai dengan menaiki KTM dari KL SENTRAL terus ke HATYAI JUNCTION. Kali ni nak merasa untuk menaiki train express peninsular & kami terus book online untuk dapatkan class ADNS iaitu SUPERIOR NIGHT CLASS atau kata lain gerabak keretapi yang mempunyai katil. Kami dapat book 2 katil dan harga untuk seorang hanyalah rm52 sahaja.



DAY 1
Kami sampai di KL sentral pada pukul 10 malam. Tren dijangka tiba pada pukul 12 malam. Sila book sebulan awal sekurang kurang nya. Nasib memang menyebelahi kami kerana semasa booking untuk ADNS, hanya lah tinggal 3 sahaja katil kosong.

Koc berkatil


Tren sampai di KL sentral pada pukul 12.15 malam. Agak ramai penumpang untuk ke Hatyai pada malam tersebut. Kami turun di patform bawah untuk menaiki tren. Gerabak untuk ADNS terletak di bahagian yang paling depan sekali. Sampai di dalam gerabak, terdapat penumpang yang telah nyenyak tidur. Baru saya paham, rupanya penumpang tersebut bertolak dari Johor Bharu Sentral.
Kami terus menuju ke dalam gerabak dan mencari num katil kami yang berada di bahagian atas. Selesai semua penumpang masuk, tren bertolak ke Hatyai. Agak pening bila tidur di dalam tren sebegini. Yelah first experience kan? But overall memang not bad la dengan harga & servis KTM ni.


Perjalanan tren dari KL ke Hatyai mengambil masa selama 12 jam. Perghhh pisang 12 jam nak buat apa dalam tren lama lama. Estimated time untuk sampai ke Hatyai Junction adalah pada pukul 11 pagi waktu Thailand & pukul 12 tengahari waktu Malaysia.
Saya menghabiskan masa untuk tidur sepanjang perjalanan kerana terlalu gelap di luar so memang tidak nampak apa apa pun. Apabila pagi, view memang sangat cantik apabila tren lalu di area sawah padi di Kedah.


Good morning



Kami selamat sampai di immigration Padang Besar tepat pada pukul 9 pagi. Di sini harus berjaga jaga, sila bawa barang berharga anda untuk keluar bersama semasa cop passport. Kepala tren KTM (Malaysia) akan ditukarkan kepada kepala tren Thailand. Proses tersebut akan dilakukan semasa kami beratur untuk cop passport.
Tren akan kembali semula ke platform asal selepas 1 jam. Selepas cop passport, anda boleh ke bahagian atas untuk breakfast. Kami breakfast hanya roti bakar dan juga teh hijau penas. Teh hijau adalah satu kewajipan untuk dirasa setiap kali datang ke Thailand. Di sini masih menggunakan nilai RM. Kami menghabiskan RM10 untuk breakfast pagi ini.


Selesai breakfast, kami turun semula ke platform untuk menunggu tren. Di sini terdapat seorang makcik yang boleh berurusan untuk tukar matawang. Kami sempat menukar lagi sedikit untuk simpanan. Kadar pertukaran yang di jual agak murah berbanding dengan pengurup wang di KL.


Dalam 10 minit menunggu, tren sampai di patform yang sama. Kami terus masuk ke gerabak yang sama dan katil yang sama. Perjalanan dari station Padang Besar ke station Hatyai mengambil masa lebih kurang 1 jam.



Padang Besar Station


Kami selamat sampai di Hatyai Junction pada pukul 11 pagi waktu Thailand. Keluar dari station terdapat ramai yang akan approach untuk menaiki tuk tuk masing masing. Kami hanya angkat tangan tanda tidak mahu dan senyum.


Kami ingin berjalan kaki untuk ke guesthouse yang kami sudah booked di Hatyai. Hotel ‘Get Guesthouse’ tidak berapa jauh dari Hatyai Junction. Sebelum itu pastikan ada sudah ada maps Hatyai. Kami tidak menggunakan waze kerana masih belum membeli sim card Thailand lagi.


Kami terus berjalan sekitar Hatyai town untuk mencari travel agency untuk ke Koh Lipe pada keesokkan harinya. Perjalanan untuk ke Koh Lipe dari Hatyai akan start dari Hatyai menaiki mini van ke jetty Pakbara & dari jetty akan menaiki speedboat terus ke Koh Lipe. Pastikan anda membeli tiket ini siap siap. Harga untuk ticket ini adalah dalam lingkungan 1200THB – 1500THB untuk return ya.


Jadi kami sempat survey beberapa agency di Hatyai town, dah finally kami jumpa satu agency yang menjualnya murah dari range price yang sepatutnya. Kami ke Cathay Tour Hatyai.

Cathay Tour Hatyai


Kami dapat dengan harga yang berpatutan dengan hanya 1100THB seorang untuk return ticket HATYAI-PAKBARA-KOHLIPE-PAKBARA-HATYAI. Bargain selagi boleh ya. Terdapat 3 masa untuk ke Koh Lipe. Pagi, tengahari & petang. Jadi kami pilih untuk bertolak dari Hatyai pagi, so tak rugi masa kan? Baiklah saya jelaskan dengan lebih details ya ;

1.   Hatyai – Pakbara
 ** mini van akan jemput anda di hadapan hotel pada masa yang anda  pilih. Mini van akan ke jetty Pakbara. Perjalanan mengambil masa  selama 2 jam.

2.      Pakbara – Koh Lipe
 ** turun sahaja mini van, kamu terus ke jetty untuk menaiki    speedboat menuju ke Koh Lipe. Perjalanan mengambil masa lebih  kurang 1 jam.


Oh ya kami juga terus membeli ticket bus KKKL HATYAI-TBS KL siap siap untuk hari terakhir kami. Ticket sehala dijual dengan harga 500THB seorang. Jadi pesanan saya sila lah pandai mengatur masa untuk mengelakkan kerugian masa semasa holiday.


Selesai membeli ticket Koh Lipe & ticket bus pulang ke KL, kami terus berjalan untuk ke guesthouse kami. Sempat kami tanya staff di Cathay tadi untuk direction ke guesthouse kami. Staff di situ sangat friendly & sangat membantu. Kami terus mencari sim card. Harga untuk sim card kali ini sama seperti harga di Krabi tempoh hari, 200THB.


Kami terus berjalan dan sampai di Get Guesthouse (Get Guesthouse). Bilik yang kami pilih ialah standard double-decker room yang berharga hanyalah 700THB untuk satu malam. Saya sudah book di booking.com & perlu bayar dengan matawang Thailand. Jadi kami bahagi dua dan seorang hanyalah bayar sebanyak 350THB.

Private room for 2 double decker


Get Gueshouse


Lobby



Sangat recommended kerana bilik yang bersih, tempat agak strategik & staff yang sangat baik. Selesai semua, kami rehat dan tidur sebentar.

Pada pukul 5 petang, kami keluar untuk makan petang. Staff guesthouse siap bagi direction & info untuk cari makanan yang halal. For sure jika sampai di Thailand, tak sah kalau tak makan nasi kuning bersama ayam goreng ranggup serta iced green tea!
Kami terus menuju ke Kim Yong market. Di sana terdapat satu gerai menjual nasi kuning halal. Makan petang kami menghabiskan dalam 100THB per person.



Kim Yong Street


Selesai makan, kami bersiar siar di sekitar Hatyai town & ke Lee Garden. Waktu hampir senja & kami mengambil keputusan untuk ke Asean Night Market yang agak jauh sedikit dari town Hatyai. So kami mencari tuktuk & harga untuk seorang hanyalah 40THB.

Tuk tuk



Asean night market ini sangat meriah pada waktu malam, terdapat pelbagai jenis makan halal & pakaian & macam macam lagi. Mostly restaurant di sini adalah halal. Kami sempat shopping di sini kerana harga di sini agak murah. Saya membelanja kan lebih kurang 500THB di sini.

Asean Night Market



Penat shopping, kami terus ke bahagian atas untuk makan malam. Jadi saya memilih untuk makan ayam goreng crispy bersama salad, iced green tea & tidak lupa pulut mangga! Harga keseluruhan dalam 200THB.

Dah lapar


Ayam madu bijan dia perghh sedappp


Crispy chicken with salad


Pulut mangga


Terpaling sedapppp



Pukul 9 kami terus balik ke guesthouse dengan menaiki tuktuk, kali ni agak mahal sedikit berbanding dengan tuktuk semasa pergi. Kami di charge seorang dengan harga 50THB untuk kembali ke guesthouse. Balik, siap siap mandi & staff guesthouse cadangkan kami untuk ke Chinatown Nightmarket yang berdekatan dengan guesthouse kami.
Kami keluar ke Chinatown untuk bersiar siar. Pelbagai jenis cenderahati juga ada di sini & makanan. Tetapi makanan di sini kebanyakkanya tidak halal.


Serangga goreng 


Tanglungs


Strawberry satu paket only 20THB



Selesai jalan jalan di Chinatown, kami terus ke 7 Eleven untuk groceries shopping. Prepare air mineral siap siap & juga maggi untuk ke Koh Lipe esok. Dengar cerita di 7 Eleven Koh Lipe, harga agak mahal berbanding dengan harga 7 Eleven di Hatyai. Saya membelanja kan lebih kurang 150THB untuk snacks.
Kami terus balik packing barang untuk check out awal esok pagi.Tamat day 1.



DAY 2
Mini van datang tepat di hadapan pintu guesthouse kami pada pukul 8 pagi. Kami sempat breakfast siap siap di guesthouse. Mini van akan mengambil penumpang lain di sekitar Hatyai town. Setelah van penuh, kami meneruskan perjalan ke jetty Pakbara yang mengambil masa selama 2 jam untuk sampai ke sana.


View sepanjang perjalanan agak membosan kan kerana van tersebut lalu jalan kampung. Saya menghabiskan masa untuk tidur sahaja di dalam van.
Kami selamat sampai di jetty Pakbara dalam pukul 10.30 pagi. Kami terus masuk ke jetty untuk menunggu speedboat. Sebelum itu, kamu perlu membayar 20THB untuk entrance fees jetty & 50THB untuk environmental fees di jetty Pakbara.


Pak Bara Pier



Selesai bayar, kami terus masuk ke jetty & menunggu di platform yang telah ditetapkan di dalam ticket tadi. Dalam 10 minit menunggu, kami menaiki speedboat & terus ke Koh Lipe.
Perjalanan mengambil masa selama 1 jam. View sangat cantik kerana cuaca sangat panas terik. Jangan lupa untuk memakai sunblock, kalau tidak, memang rentung habis.


Setelah 1 jam perjalanan, kami sampai di Koh Lipe. Oh ya speedboat tidak boleh turunkan kami di persisiran pantai Koh Lipe kerana kipas enjin nya akan merosakkan batu karang di situ. Jadi kami di turunkan di jetty terapung. Di sini kamu perlu membayar 200THB seorang untuk national park fees.


** Sila pastikan ticket national park fees tersimpan dengan anda kerana jika anda ingat mengambil package snorkeling, anda perlu tunjukkan ticket tersebbut kepada agent di sana.
Selesai bayar, kami perlu membayar lagi 50THB seorang untuk longtail boat dari jetty terapung menuju ke persisiran Koh Lipe. Perjalanan dari jetty terapung ke persisiran Pattaya beach Koh Lipe hanyalah 5 minit.


Yayyy finally, dapat jejak kaki ke Koh Lipe !

Indahnya


Jatuh hati terus tengok air dia


Our speedboat


** ANJING SANGAT BANYAK YA DI KOH LIPE
Air sangat sangat sangat jernih, boleh Nampak batu karang direct dari atas longtail boat. Sangat mengujakan. Kami terus ke Koh Lipe Walking Street untuk check in hostel kami.


Kami booked backpacker hostel di A+ Plus Lipe hostel(A Plus Lipe) Harga untuk satu malam adalah 800THB. Jadi kami check in selama 2 malam & seorang perlu membayar dengan harga 1600THB. Deposit untuk satu locker adalah 500THB. Hotel ini adalah seperti cube hotel sangat privacy walaupun di anggap seperti dorm.

Shared toilet & bathroom


A Plus Lipe




Private dorm


Saya recommend untuk stay di sini kerana tempat ni sangat sangat strategic. Memang betul betul belakang Lipe Walking Street. Tetapi ingin diingatkan hostel ini adalah shared bathroom. But overall memang sesuai untuk orang bujang & tandas semua memang bersih !

Selesai check in, kami terus keluar Pattaya beach untuk mandi manda. Air sangat jernih & pasir sangat putih & halus. Di Koh Lipe, terdapat 3 pantai utama iaitu, Pattaya beach, Sunset beach & Sunrise beach. Jadi untuk mandi manda yang sesuai adalah di Pattaya beach & Sunrise beach.


Longtail boat


Crystal blue



Seterusnya kami terus mencari pancake untuk makan petang. Chocolate banana pancake & iced green tea dengan harga 130THB. Agak mahal sedikit disini. Mungkin sebab pulau. Jangan lupa juga untuk mencuba coconut ice cream yang sedap dengan harga 80THB.
Kami terus mencari agent untuk island hopping esok di area walking street. Terdapat 3 jenis package island hopping & harga nya berlainan. Jadi kami pilih untuk 550THB seorang. Package ini termasuk lunch halal untuk tengahari esok.


Brochure untuk snorkeling trip  



Kami sempat ke Sunset beach yang terletak jauh sedikit di bahagian belakang pulau. Pastikan anda ambil maps di hostel tersebut. View di sunset beach tersangat lah indah dengan berlatar kan matahari terbenam. Kami terus pulang ke hostel apabila hari sudah gelap. Kami rest sebelum keluar untuk dinner.


Restaurant halal di sini agak kurang, tetapi masih ada. Kami terus dinner di Bung Roon restaurant berhadapan Pattaya beach. Di sini ada live band so sangat happening. Dinner kali ni saya spend dalam 300THB. Sempat beli snacks di 7 Eleven sedikit dan menghabiskan dalam 150THB.

Makanan sini semua sedap sedap


Selesai makan, kami terus pulang untuk berehat. Tamat day 2.



DAY 3
Tepat pukul 9 kami sampai di hadapan kedai agent island hopping. Kami akan bertolak untuk island hopping bersama tourist yang lain. Kami menaiki longtail boat dari Pattaya beach dan ia memuatkan seramai 8 orang kesemuanya.


First pit stop kami ialah di tengah laut untuk snorkeling. Untuk snorkeling yang pertama ini agak kurang cantik kerana mungkin air terlalu kuat arusnya.

Seterusnya kami singgah di black marble stone island iaitu di Koh Hin-Ngam. Cuaca sangat panas, pastikan anda memakai selipar untuk turun ke pualu kecil ini. Pulau kecil ini dipenuhi batu marble berwarna hitam yang sangat cantik.

Koh Hin Ngam 


Marble stones



Seterusnya kami ke satu lagi pit stop iaitu di Koh Puang untuk snorkeling. Okay disini sangat sangat jernih & cantik ! Seperti biasa boat akan berhenti 30-40 minit untuk setiap snorkeling point.
Selesai snorkeling, kami terus ke Koh Rawi untuk makan tengahari. Makanan untuk lunch adalah nasi goreng bersama air & tembikai. Kurang memuaskan & tidak seperti di Krabi, makanan semua sedap sedap. View di Koh Rawi sangat cantik, pasir halus & putih. Selepas lunch kami snorkeling di sekitar Koh Rawi. Air memang sangat jernih.

Di Koh Rawi


Lebih kurang 40 minit berada di sana, kami terus untuk ke last point untuk snorkeling iaitu di Koh Jabang. Kali ini snorkeling pun sangat cantik view dasar laut. Kami pulang semula ke Pattaya Beach pada pukul 4 petang.

** Overall island hopping kali ni lebih cantik dari island hopping di Krabi.

Kami terus pulang ke hostel untuk berehat & keluar untuk mengejar sunset semula di Sunset beach.


Perfect sunset for the day


Malam kami menghabiskan masa sekitar walking street & shopping cenderahati di sana. Agak mahal sedikit disini tetapi hanya di sini sahaja yang menjual cenderahati. Terdapat banyak kedai namun harga lebih kurang sama tak banyak beza. Saya menghabiskan 500THB di sini.


Kami sekali lagi ke Bung Roon untuk makan malam. Kali ni saya spend dalam 400THB untuk dinner.
Pulang ke hostel & start packing untuk gerak balik pagi esok.





DAY 4
Awal pagi kami gerak ke sunrise beach. Sunrise sangat cantik di sini, wajib pergi bila sampai di Koh Lipe. Seterusnya kami pulang ke hostel untuk breakfast & check out. Kami check out awal pukul 10. Kami tinggalkan backpack di lobi hostel & keluar semula ke sunrise beach untuk mandi pantai. Kami pergi ke walking street untuk quick lunch, pancake & iced green tea, 130THB.

So smooth






Sunrise beach


Crystal clear water


Huge dream catcher



Speedboat akan tunggu di platform jetty terapung pada pukul 1 petang. Jadi selepas kami ambil backpack, kami terus ke Pattaya beach untuk menaiki longtail boat terus ke jetty terapung.

See you soon Lipe :(


Into the blue


Sekali lagi kamu perlu bayar 50THB seorang untuk ke jetty terapung.
Sampai di jetty terapung, speedboat sudah tunggu di sana. Perjalanan juga mengambil masa selama 1 jam untuk sampai ke jetty Pakbara.

With our new friend from UK




Jetty terapung



Sampai di jetty Pakbara, mini van sudah menuggu untuk pick up terus balik ke Hatyai.
Perjalanan ke Hatyai juga ambil masa selama 2 jam. Mini van akan terus ke Hatyai & akan berhenti di Cathay Tour Hatyai. Kami sampai di sana pada pukul 5 petang. Bus balik ke KL pula pada pukul 8 malam. Bus akan berhenti & mengambil penumpang di hadapan Cathay tour tersebut. Jadi kami simpan backpack di sana & keluar bersiar siar sekitar Hatyai.


Sekali lagi kami ke Kim Yong market untuk makan petang. Seperti biasa nasi kuning & iced green tea, 100THB. Selepas itu, kami sempat shopping sebentar di sana. Burned 400THB.

Shopping di hadapan Lee Garden Plaza juga murah


Thanon Nipatuthit 3 Street


Kami pulang ke Cathay tour & tunggu bus. Bus sampai tidak lama kemudian. Perjalanan dari Hatyai town menuju ke immigration Bukit Kayu Hitam makan masa selama 1 jam setengah.
Samapi di sana kami cop passport dan kembali masuk ke dalam bus. Bus sampai TBS dalam pukul 4 pagi.


For sure saya akan kembali to this beautiful island! So in love J



Do email me for more info ; irfannshazwan@yahoo.com


TIPS HATYAI & KOH LIPE
1.1.  RAJIN SURVEY TOUR AGENCY UNTUK DAPATKAN HARAG YANG MURAH.
2. 2. BEWARE OF TUK TUK, MAKE SURE BARGAIN HARGA SEBELUM NAIK.
3. 3. AS USUAL, SIAP SIAP BOOK HOTEL DI AGODA ATAUPUN DI BOOKING.COM.
4. 4. JANGAN RISAU TENTANG MAKANAN HALAL DI HATYAI MEMANG SANGAT BANYAK. CUMA DI KOH LIPE AGAK KURANG & HARGA AGAK MAHAL SEDIKIT.
5. 5. WAJIB PERGI ASEAN NIGHT MARKET DI HATYAI.
6. 6. SEDIAKAN PANADOL OR VICKS UNTUK SESIAPA YANG MABUK LAUT KERANA PERJALANAN MENAIKI SPEEDBOAT AGAK LAMA MENGHALA KE KOH LIPE.
7. 7. JANGAN RISAU TENTANG KENDERAAN DI KOH LIPE KERANA MOSTLY SEMUA MEMANG JUST WALKING DISTANCE SAHAJA TIDAK JAUH KERANA PULAU KOH LIPE SANGAT KECIL.

















BUDGET LIST DOWN PER PERSON;
THINGS
PRICES (RM & THAI BAHT)
KTM TICKETS ONE WAY KL-HATYAI
RM 52
BREAKFAST PADANG BESAR
RM 10
SIM CARD
200 THB
GUESTHOUSE HATYAI
350 THB
HOSTEL KOH LIPE
1600 THB
MEAL EXPENSES FOR 4 DAYS
1440 THB
ISLAND HOPPING TOUR
550 THB
NATIONAL PARK FEES
200 THB
JETTY & NATIONAL PARK FEES PAKBARA
70 THB
GROCERIES SHOOPPING
300 THB
TICKETS HATYAI-KOHLIPE-HATYAI
1100 THB
TICKETS BUS HATYAI- KL
500 THB
TUK TUK HATYAI
90 THB
SOUVENIR SHOPPING
900 THB
OTHERS
1000 THB
TOTAL
RM 62 + 8300 THB


RATE
100 THB =  RM 11.50
8300 THB  = RM 954.50
**RM 62 + RM 954.50


= RM 1016.50

No comments:

Post a Comment

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS